Tuesday, May 4, 2010

ISNIN : Kenapa Mesti Traffic Light Yang Aku Lalu Semua Hari Ni Mesti Bertukar Kepada Merah?

Ok tajuk je dah boleh buat aku stress. Ini bukan memain. Semua traffic light yang aku lalu semalam bila tiba kat keta aku je mesti bertukar jadi merah. Dari rumah nak ke tempat kerja, aku kena lalu 3 traffic light. Lepas tu tengahari lak aku mengada nak lunch bersama kekasih hati kat Cheras. Jauh tak? (Percayalah cakap aku, bila anda berada dalam mood 'bercinta', setakat Putrajaya - Cheras dah rasa macam dari bilik aku nak ke bilik air je). Kat Bandar Tun Razak Cheras tu ko tau je berapa banyak traffic light kat situ. Jenis pulak kalau lampu hijau, dapat lepas 3 biji keta je. Pastu dah bertukar ke merah pulak. Tu satu hal pasal traffic light. Pastu masa balik dari Cheras, masa kat Mines boleh pulak ade trailer bodoh wat u-turn kat situ. Bapak sengal punya pemandu lori. Dah le melintang pulak trailer tu kat tengah2 jalan2. Yang geramnya time tu keta aku ngam2 belakang lori. Arghhhhhh... kenapa mesti macam nie???? Sudahnya kul 3 baru sampai opis. Nasib baik bos takde. -_-

Balik dari keje pun kena jugak. Selalu balik keje aku kena tempuh 5 traffic light je dah sampai umah. Tapi sekarang ni Jambatan Maksiat kat putrajaya yang menghubungkan opis aku dan rumah, ditutup sementara kerana kerja-kerja pembaikan. Dan disebabkan itu terpaksa lah aku ikut jalan lain yang lebih jauh dan lebih banyak pula traffic light nye. Dan semua traffic light tersebut bertukar menjadi merah bila tiba kat kereta aku. Pastu boleh pulak ade satu motor yang dinaiki dua orang awek yang feeling2 ala-ala macam awie ngan erra zaman sembilu dulu dok kat tengah2 jalan kat lane paling kanan sekali. Hadoi ..... memang menguji tahap kesabaran aku betul la. Dan yang paling best semalam, boleh pulak kat simpang nak masuk umah aku JPJ wat road block. dan boleh pulak dalam banyak2 keta yang lalu kat situ, kereta aku jugak yang ditahannye. Arghhhhh....tensen!! Nasib baik aku bawak lesen dan tinted kereta aku melepasi piawaian yang dibenarkan.

Memang mencabar sungguh hari Isnin aku kali ni. Stress punya pasal, balik keje aku tido sampai kul 9 malam. Hohoho. Sungguh tak senonoh. Bangun2 tido terpikir ; Cemana la aku nak kawen kalau perangai aku masih macam nie. Haish!!!


3 comments:

  1. hehe~ cobaan di hari selasa nmenya nih. sabau jek la labu =)

    ReplyDelete
  2. hahahha... memang padan muka.. hahahaha (gelak jahat giler) haahaha

    dugaan org bercinta tu kan~

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..