Thursday, June 17, 2010

6 tahun.

15 Jun 2010.

Genap 6 tahun aku bekerja di sini. Masih di Jabatan yang sama, cawangan yang sama, tempat yang sama, kerusi meja yang sama dan rutin yang sama. Owh, itu sangat kahsian ok. Tapi apa boleh buat. Dah kat sini rezeki aku. Bukan aku tak pernah rasa nak tukar. Banyak kali dah perasaan tu datang tanpa diundang. Pernah gak aku membebel pasal hal pertukaran ni satu ketika dulu kat entry nie ; TUKAR TEMPAT KERJA [EDISI MEMBEBEL]. Tapi yang nyatanya aku masih lagi disini. Nampak sangat aku jenis tak berani amek risiko kan. Takpelah, keje kat sni pun ok sebenarnya. Cuma ade sikit boring la. Mau tak boring, 6 tahun di tempat yg sama dan buat rutin yang sama. Bos dah 4 kali tukar ganti, staff lain pun silih berganti. Keadaan opis pun dah banyak berubah tapi aku?? Masih lagi di sini .....

Agagagaga. 6 tahun di tempat yang sama.
Ko boleh tahan?



Imbas kembali.

15 Jun 2004.

Aku lewat sehari melapor diri kat opis aku ni. Sepatutnya lapor diri 14 Jun 2004 tapi dok menunggu si Farain buat dia nye proses pertukaran suka sama suka dengan sorg lagi kawan. Tambah pulak masa tu kitaorg sesat. Tak jumpa presint 2 kat mana. Masa tu kat presint 2 ni bukan macam skrg. Banyak bangunan belum naik. Yang ade tu je la bangunan MOF. Dekat sejam jugak la kitaorang berpusing2 tempat yang sama. Sudahnya kitaorang sampai kul 4.30. Lima belas minit lagi nak balik. Masa tu balik kul 4.45. Sebab still kerja on Saturday. So tak jadi la nak melapor diri hari tu.

Esoknya baru la aku ngan Farain pergi melapor diri. Masa tu ada 8 orang PA baru lapor diri. 4 orang dari Poli PD yang mana sume budak2 kelas aku jugak masa belajar dulu. Lagi 4 orang dari Polisas Kuantan. Muka masing2 masa tu kerek je. (aku la tu). Hehehe.

Geng2 PA yang sama2 melapor diri.
Muka inesen je.
(Kursus Induksi 2005)

Seminggu pertama memang kitaorang takde kerja. Dok bergosip dalam bilik meeting tunggu penempatan. Memang bosan gila la. Dah la sejuk macam dalam peti ais. Mula2 kerja mana la ade blazer bagai. Menggigil2 aku kesejukan dalam bilik tu. Lepas semnggu barulah kitaorang diberi penempatan. Masa memula kerja tu memang aku blur la. Tak tau nak buat apa. Seminggu aku dok termenung je kat opis. Nasib baik bos aku ni prihatin. Hari pertama aku jumpa dia tu terus dia bagi PC n printer baru. Yang pertama aku buat masa tu check line internet dulu. Haha. Nasib baik ade. So takde la boring sangat. Bos aku pun masa tu tak tau nak bagi kerja apa kat aku sebab dia dah biasa buat kerja sendiri. Tapi slow2 la aku belajar. Masa tu la aku belajar guna mesin fotostat, belajar guna mesin faks yang sebelum ni memang aku tak pernah sentuh langsung. Terkial2 jugak la aku. Kata takde pengalaman bekerja. Tapi slow2 aku belajar dan sekarang alhamdulilah aku dah boleh nak handle kerja aku.

Aku bersyukur sangat dengan kerja yang aku ada sekarang walaupun kerja ni cita-cita asal aku. Masa kecik2 dulu aku bercita2 nak jadi penulis. Penulis ape pun tak tau la. Penulis blog la kot. Tapi bila baca hasil penulisan aku kat blog ni aku rasa memang tak layak pun aku jadi penulis. Takde bakat. :-p. Ok, back to the topic. Aku dikategorikan dalam golongan yang bertuah jugak la sebab tak perlu susah payah cari kerja. Kerja yang datang cari aku. Budak2 DSK (Diploma Sains Kesetiausahaan) Politeknik memang semua bertuah. Sebab kitaorang memang dah dioffer oleh pihak JPA untuk kerja lepas habis belajar. Masa kitaorang dioffer dulu tu, kitaorang belum habis belajar pun. Diploma pun lom dapat. Tapi diorang dah disuruh kerja. Rezeki kan.

Ingat lagi masa mula-mula aku amek course DSK ni. Ada sedara aku yang tak setuju. Diorang suruh aku sambung form 6 sebab diorg cakap amek course ni nanti nak kerja apa. Nah, sekali rezeki datang bergolek2. Tau-tau ade jugak sedara mara aku mengikut jejak langkah aku. Dan sekarang ni rezeki makin bertambah sebab awal tahun hari tu PA yang ada diploma dinaikkan ke Gred 27. Alhamdulilah. Walaupun kerja ni asalnya bukan cita-cita aku dan aku sendiri tak pernah simpan cita-cita nak kerja dengan kerajaan apatah lagi jadi PA, tapi makin hari aku makin suka dengan kerja aku. Orang cakap kerja PA senang. Kaki bodek bos. Cet!! Senang atau kerja tu sebenarnya bergantung pada diri sendiri dan juga BOS. Hihi. Betul tau. Kalau bos ko jenis senang, senang la kerja ko. Dapat bos yang jenis cerewet masak la ko dibuatnya.

Alhamdulilah sepanjang aku kerja ni aku dikurniakan dengan bos yang baik-baik belaka. Rezeki aku kan. Setakat ni aku dah bertukar bos sebanyak 4 kali. Semua bos aku memang baik2 belaka. Aku tak pernah lagi kena marah apatah lagi nak kena maki ngan bos. Tapi kadang2 aku pulak naik lemak. Hihihi. Apa yang penting antara bos dengan PA bagi aku ialah komunikasi. Kalau komunikasi tak berapa bagus memang susah la nak buat kerja. Aku sekarang ni ade masalah komunikasi ngan bos aku yang latest ni. Tak tau la samada aku yang pandai amek hati dia atau dia jenis tak banyak cakap. Susah jugak dapat bos yang tak banyak cakap ni. Aku takleh nak bace pikiran dia. Tapi dia ok je. Aku je KO. Hihi.

Eh, panjang lebar pulak citer pasal kerja ni. (Ikutkan lagi panjang sebenarnya tapi kalau nak cerita sampai hujung tahun pun tak habis). Apapun aku bersyukur sebab ada kerja dan sekarang aku dalam proses meningkatkan prestasi kerja aku. (takmo cuti dan mc selalu). Nasihat aku untuk diri aku dan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, hargailah kerja anda. Jangan sebab kita senang2 dapat kerja, boleh wat main2 je ngan kerja. Enjoy2 jugak tapi kerja kena jaga. Kalau takde kerja cemana nak enjoy. Betul tak?

Dah dah. Gi buat kerja sekarang!

Opisku Syurgaku

Er, nak tambah sket. Kerja setiausaha ni best sebab tiap-tiap tahun ada Secretary's Week.
Jangan jeles!

6 comments:

  1. hebat..
    ceq yg baru 6 bulan keja kt sini da mula stat boring..
    huuuu!

    ReplyDelete
  2. hua hue hua
    ko g keja pake selendang ke babe

    baik nyer :p

    ReplyDelete
  3. memula tak pakai tudung, pastu pakai, pastu pakai selendang je, pastu bukak terus.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. cujen.thanks entri ni.aku lupe lah date tu 6 tahun kita kerjakan?syukurlah, 6 tahun tu keje..seniorita da tu.hehe.alhamdulillah :)

    aku suke ko kreatip.dari ke bilik tido sampai opis.ceria :)

    ReplyDelete
  5. Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..