Wednesday, June 16, 2010

Ada Apa Dengan Facebook #3

Bila anda berada dalam sesuatu hubungan dimana pasangan anda juga berada di dalam list kawan-kawan anda dan kawan-kawan anda juga mengenali pasangan anda, maka anda perlu berhati-hati ketika mengupdate status. I mean status 'what's on your mind'

Bila status aku berbunyi

"lain kali peka dengan perasaan orang sekeliling boleh tak?" atau "aku tak marah orang cakap aku marah, sekarang aku memang nak marah" atau "sakit hati!!" atau "hati ini telah dilukai" dan tiba-tiba boyfren ko pulak buat status "hilang petunjuk" maka, itu semua akan mengundang persoalan dikalangan teman-teman.

Nanti ada lah orang tanya aku 'ko gaduh ngan boyfren ko ke?'. Kalau tak pun akan tanya boyfren aku. Yang lagi best siap simpati kat boyfren aku. Hmm. Nampak sangat macam aku bersalah. Padahal tak tau hujung pangkal. Bukan salah mereka nak bertanya. Baguslah ada orang amek berat tapi ini jadi satu pengajaran kat aku. Lain kali perlu berhati-hati mengupdate status. Lebih baik tak yah update langsung.

Tapi bagi aku yang menjadikan Facebook tu salah satu medium untuk aku lepaskan perasaan marah, sedih dan gembira aku, agak susah la. Dapat pulak aku jenis tak reti nak menyimpan perasaan. Facebook aku, suka hati aku la. Boleh macam tu?

4 comments:

  1. "Facebook aku, suka hati aku la."
    setujuk ;)

    ReplyDelete
  2. betul..kita punya suka la..facebook kita

    ReplyDelete
  3. I've been thru this situation many times :)

    Its really hard when u have the same circle of friends with your loves one. I mean hard when we have conflict of course la kan..

    Time happy mmg best je kwn2 pun happy sama. Tp time kite sedih, marah ltk status sikit .. dia plak balas balik .. dah menambahkan lagi ketegangan dlm relationship kita :)

    Paling tak best , org tak tahu cerita sebenar tp buat assumption yg bukan2. Eeeee.. benci benci ;(

    Anyhoo, semoga u dpt menanganinya dengan baik skali k? ;)

    PS: No wonder u dont have FB anymore .. U freeze kan eyh ?

    ReplyDelete
  4. tu la ell.. susah kan mende2 camni.. i dah malas nak on fb.. blog ni pun mcm nak private je tak lama lagi... bosan dengan dunia IT.. huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..