Tuesday, June 29, 2010

Don't Say Love When You Are Lonely, Say Love When You Are Ready.

Melafazkan cinta di saat-saat anda kesunyian atau terdesak hanya akan mengundang masalah di kemudian hari. Anda juga berkemungkinan akan melukakan hati insan lain yang tidak berdosa. Pastikan betul2 perasaan anda terhadap si dia. Bila dah bersedia barulah lafazkan perkataan cinta. Jangan jadikan cinta anda terlalu murah dan tiada harga.

Madah cinta hujung bulan Jun by Cujen The Lejen. Dah macam rancangan citra cinta kat radio pulak. Ganda 70 kebabow!! Request lagu Taylor Swift Am I Ready For Love satu!



Am i ready to get married and have a kids???


Bukan takat ready je. Dah tak sabo-sabo dah nie. Hehe. Miang sungguh nak berlaki hang ni cik cujen oi! Mende baik, buat apa nak ditangguh kan? Rugi.

Weekend lepas aku pergi kursus kawen. Ni kali kedua aku pergi kursus kawen sebab sijil aku kursus dulu ex aku pegang tak nak pulang2. Aku pun malas lak nak mintak. Sebab kalau nak mintak nanti, nak kena pegi jumpa dia. So aku malas dan tak hingin. Lebih aku aku pergi sekali lagi. Lagipun leh jugak teman bakal laki aku sekali. Kesian nanti dia sorang2 kat sana. (tapi masa kursus tu pun bukan leh dok skali. dok asing2 lelaki pompuan .. boring tul). Nasib baik penceramah sume ok. Tapi kerusi tak best. Bayangkan sehari setengah attend kursus kawen, balik rumah sakit2 pinggang aku. Rugi tak isi borang maklumbalas. Kalau tak boleh jugak aku komplen kerusi tak best. Soh dia tukar pakai kerusi urut osim. Sambil dengar ceramah boleh jugak geli2 main kerusi urut. Barulah ade feeling nak kawen. Hihihi. Keji.

So sesiapa yang ada masalah osteoperosis tu tak payah la pegi kursus kawen kat MARA tu. Sakit pinggang korang nanti. Tapi kalau nak pergi jugak, aku nasihatkan korang minum lah susu ANLENE banyak2. Buat persediaan sebelum tulang korang reput cam tulang aku. Dah la badan tinggal tulang je, tulang pun reput. Kahsian!!

Selesai je kursus kawen barulah rasa lega. Setel satu hal. Lepas ni buat HIV test. Dua minggu lagi dah boleh submit borang nikah. Yay!!

Banyak la ko punya yay cujen. 3 bulan je lagi ni ko leh wat relax2. Macam takde pape. Haish!! Aku tengok orang lain yang nak kawen tu beria2 wat preparation. 6 bulan lagi nak kawen dah setel sume. Dahsyat tul. Aku ni jugak yang terhegeh2. Takpe2 everything will be ok. Jap2 nak wat list pendek sket preparation aku setakat ni.

List menjelang hari perkahwinan;

1. Calon suami - Done. Ni checklist yang paling penting sekali. Mesti letak no 1. Kalau takde yang ni maka takdelah list2 seterusnya ok. Hihi. Dan saya yakin betul saya kunci lirik ni. Eh silap. Saya yakin betul dia pilihan terbaik saya. ^_^

2. Tarikh Nikah - Done.

3. Barang2 hantaran - Done. (barang sume dah beli n gubahan mintak tolong member buat. setakat ni dah siap 50%)

4. Kursus kawen - Done. (esok leh amek sijil)

5. HIV test. - minggu depan baru nak buat.

6. Borang nikah - 2 minggu lagi baru setelkan.

7. Tok kadi - mestilah belum. borang pun lom siap. kang tok kadi tu kata aku kemaruk nak kawen pulak.

8. Baju nikah - dah hantar tempah. sebelum raya leh siap. (tapi rasa cam nak tukar lain pulak baju tu. sempat ke nok??)

9. Mak andam - dah telefon semalam. tak tau bila nak jumpa.

10. Photographer - lom ade lagik. masih lagi survey2. bajet aku ciput so terpaksalah berkira sket dalam hal ni. (kalau korang ade suggestion mana2 photographer, bitau la aku eh)

11. Kad kawen - design sume member volunteer nak buatkan. so kira dah setel 50%.

12. Doorgift - tak decide lagi nak bagi apa. tapi barang2 lepas yang aku dah beli ada lagi. so guna je la yang tu. jangan membazir.

Hmm.. apa lagi ek? Setakat ni tu je yang mampu aku pk kan. Yang lain2 pk esok2 la. Banyak sangat nak pk kang jadi gila pulak aku. Hihi.

Er, do i look sexcited nak kawen? Rasa cam over la pulak. Excited tapi takut jugak. Fikiran aku dok dihantui ngan macam2 perkara. Haish.

Ok la. Stop kat sini dulu. Sambung lagi lenkali. Daa.

12 comments:

  1. wow. dah nak kahwin. best. jangan ikut iza. dia cerewet! haha.

    *lariii*

    ReplyDelete
  2. Haaa .. dah nak kawen ! Bagus entry nie . Simple . Tak meleret2 mengarut2 . Hahaha.. Some of my friends dok tulis entry dia nak kawen mengarut2 pnjg lebar sampai I pn ngantok nak bace :D

    List nie nanti I copy when my turns come okey? *mintak kebenaran siap2*

    Mak oi rugged pegi kursus kawen pakai camtue .. Tp kan bleh free hair jer .. Cantik u pakai tudung . Tak macam I, so yesterday =( Tak tau pakai tudung trend terkini . Sobs !!

    All the best bebeh !! Kad jemputan nak satu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BY HAND no postman owkayyy ? (^_^)

    ReplyDelete
  3. ape plak babe
    tak salah nk excited
    ko nk kawen bkn ko nk bunuh orang
    hehehehe

    ape2 pun jgn serabut2

    cool :D

    aku menunggu kad jemputanmu ;p

    ReplyDelete
  4. reen
    akak ko tu cerewet ke? tgk cam simple jek.. hehe

    ell,
    i nye list tu simple jek.. kalau u nak list yang betul2 detail nnt i bagi kat u.. mmg perfect la list tu... i nye je cincai..hihi

    kat mara tu i cam segan lak taknak pakai tudung..sume pakai tudung ngan baju kurung..i je cam ape..hehe

    ween
    ko mestilah jadi tetamu vip aku.. nnt time bagi kad, nak jumpe tau.

    ReplyDelete
  5. wah nk kawen rupenye..clap clap..tahniah dear..aku kawin sabtu ni jemputla dtg..cmnela leh tinggal ko..khaled pn aku br ajak..nk bg kad xsmpt dh bg emel eh?

    ReplyDelete
  6. emel cujern@gmail.com.
    insyaallah aku dtg

    ReplyDelete
  7. ala..saya tak boleh kawen la camni..no 1 pun dh sangkut dah, calon suami takde, camne nih? hahahaa..

    anyway, congratz kak cujen..semoga dipermudahkan segalanya yek =)

    ReplyDelete
  8. CC, kalau no 1 takde, tak dapek la den nak tolong...huhuhu..

    thanks for ur doa. ;-)
    nnt kawen, kita bagi kad..

    ReplyDelete
  9. weh majlis ktner? muar/pjaya?

    ReplyDelete
  10. videographer jgn lupa, penting tu nak capture perjalanan majlis, kenangan sampai mati!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..