Thursday, June 24, 2010

Emo.

Hohoho.

Hari ni dua kali update blog. Keadaan sedang emo sekarang. Jangan tanya kenapa. Jangan tanya kenapa. (entah kenapa lagu Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang terngiang2 dalam kepala hotak aku ni). Ade kena mengena kes?? Tengok2 aku nak taip ke jadi kes. Malas nak padam. Hari ni nak cuba menaop tanpa bacspace. Kita tengok apa jadi. Sebagai seorang PA yang berkaliber saya harus memastikan tiada kesipalan ketika menaip. Ini kerana setiap kali saya menaip surat atau laporan yang akdang2 saya rasa memang dah takde sesilapan, tapi bila bos bagi balik kat saya mesti ade yang dia bualtkan. Bulat tanda silap ejaan. Cis.. Bos saya ni menag suka main bulat2. Bulat kecil bulat kecil bulatlah besar. Sayang mama sayang papa. Gelak ketawa. Tiga kali tiga jawapnya enam. Yay, dah jadi beruang.

Tengok la, nak lukis beruang pun nak kena nyanyi dulu. Itupun rasa macam cacat je beruang aku. Sape tau lagu nak lukis beruang tolong send kat aku eh. Macam best pulak main lukis2 beruang sambil menyanyi.

Oh ya nak bagitau satu perkara. Saya memang manusia yang tak pandai langsung melukis. Jangan akta nak lukis gambar pemnadnagan, nak lukis gambar org lidi pun tak pandai. Masa sekolah dulu subjek yang paling saya benci adalah LUKISAN. Pernah sekali cikgu saya adakan pertandingan lukisan. Tajuk lukisan BEBAS. Hoh! Lagilah saya naik gila. Nak lukis apa pun saya tak tau. Lepas tu saya nampak kawan saya, budak+lelaki+cina+yang+memang+nakal+jahat+masa +kat+sekolah. Saya nampak dia lukis gambar pokok pastu dia kalerkan je kertas lukisan tu dengan kaler kuning. Lepas tu dia simpan bawah emja dia. Saya pun tanpa segan silu telah meniru perbuatannya. Tapi saya kalerkan kertas lukisan saya dengan kaler merah. Penuh kaler merah kat kertas lukisan tu. Lepas tu saya simpan bawah meja dan mula termenung memikirkan masa depan. Masa tu saya form 2.

Abes je masa, cikgu kutip semua lukisan yang dah siap. Masa cikgu kuitip lukisan kawan saya tu, tetiba saya nampak lukisan dia dah siap. Hoh??!! ajaibnyak. Gambar pemndangan sawah padi siap padi melambai2. Ok, tipu. Tapi bab lukisan dia yang dah siap tu memang saya tak tipu. Rupa-ripanya saya yang tertipu. Masa dia kalerkan kertas lukisan dia dengan warna kuning tu, rupanya dia hanya kalerkan gambar latar belakang je. Pastu dia simpan dan pergi tandas. Entah bila dia siapkan lukisan dia tu saya pun tak perasan. Yer la masa tu saya perasan saya hot. Akhirnya saya apsrah je la dengan lukisan saya yang berkaler merah tu. Sejak itu saya nekad saya akan amek aliran sains tulen bila saya form 4 nanti sebab kalau amek aliran sastera, kena amek subjek lukisan. Saya takmo. Trauma lukisan merah masih menghantui saya hingga sekarang.

Apa lagi nak cerita ni ek? Saya sebenarnya dilanda kebosanan yang maha hebat hari ni. Bila dah bosan mula lah nak cari seseorang nak layan kebosanan kita tu. Bila orang yang kita cari tu pulak busy, mulalah kita nak naik angin kan. Bila angin dah naik mulalah rasa cam nak ttikam orang. Tapi sebab tak boleh nak tikam terpakslaah perasaan angin tu kena simpan diam2. Maka blog ni la jadi mangsa. Pastu korang pun jadi mangsa kena baca entry sampah nie. Hohohoho. Padan muka korang.


Gambar takde kena mengena. Saja nak tunjuk yang sekarang ni suka kumpul cekak rambut yang comel2 macam tu. Kalau jumpa cekak yang comel2 mcm tu jangan la segan silu hadiahkan kat aku eh. Hehehe. Eh, kenapa gambar semalam ngan hari nampak cam sama je ek??


perkataan yang di bold dan bewarna merah tu adalah kesilapan tatanbahasa yang dapat dikesan hasil dari entry tanpa backspace ini. ok, saya dah nampak apa masalah saya sekarang. kena amek kelas menaip semula nampaknya nie.

4 comments:

  1. aduh cujen ..
    hebatlah kamu .. bosan2 pun buleh buat entry 'mau gelak sampai guling2' .. kelakar siutt ..

    ReplyDelete
  2. kelakar ke?
    aku rasa cam nak marah tgk entry sendiri.. hihi

    ReplyDelete
  3. syabass. saya pun cuba komen tanpa tekan backspace. hoh. agak2 lecturer kite dekat polipd dulu nak lagi ke ambik kita kalau kita repeat paper menaip? hakahkhhaha.

    ReplyDelete
  4. Kau pakai keyboarding skill tak? Buat degree pun kena train lagi. Letih. Tapi, kalau tak apply, rasa rugi pulak belajau. :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..