Wednesday, June 30, 2010

Kahwin # 1 : Wedding Budget Planner

Ok terimalah hakikat yang anda sedang membaca blog pompuan yang excited nak kawen. Huhu. Entry semenjak dua menjak ni citer pasal kawen je. Bawak bersabo je la kawan-kawan yer.

Bukan apa, aku ni kan rajin survey2, jalan2 blog orang time takde kerja kat opis tu. Jadi bila dah selalu berjalan2 tu luas la pemandangan kan? Jadi memandangkan pemandangan aku dah semakin luas, maka tak salah rasanya aku berkongsi apa yang aku dapat sepanjang aku berjalan2 tu. Especially bab kawen2 ni la. Mana tau leh jadi rujukan untuk korang yang bakal nak kawen tu nanti. (rujukan tuk aku dah tentu la kan).

Dah dah, takmo membebel banyak2. Nak cuba buat entry pendek2 tapi padat dan mantop. Hihi. For the first thing aku nak cerita pasal wedding budget planner atau dalam bahasa melayunya bajet perkahwinan. Bajet ni sangat penting yer kawan-kawan lagi2 orang yang mempunyai bajet ciput tapi selera besar macam aku. Hohoho. Lagipun dengan adanya wedding budget planner macam ni boleh mengelakkan pembaziran amalan syaiton dan boleh bagi korang nampak apa yang korang dah belanjakan tuk perkahwinan korang.

Hasil dari survey2 aku untuk hari ni, aku terjumpalah satu blog yang sangat2 best.


Dah la blog dia cantik, tuan punya blog pun cantik, banyak info pulak tu. Best2. Tagline dia A Guide For Brides From Ex Brides. See, dia dah kawen dah pun tapi still bagi guide tuk bakal2 pengantin macam aku. Banyak sangat info2 berguna dalam blog tu tapi aku tertarik dengan satu entry ni;


DOWNLOAD FREEBIES - WEDDING BUDGET PLANNER

Kat entry tu dia bagi freebies tuk download wedding budget planner yang dia dah buat siap2 dalam dalam file xls. So korang just isi je jumlah2 kat ruang2 yang dia dah buat. Ade ruang tuk estimate ngan actual. Nanti boleh la korang bandingkan anggaran belanja ngan belanja sebenar yang korang buat nanti. Memang complete dia punya list anggaran belanjawan ni. Dari bab hantaran, pakaian, aksesori, pakaian & aksesori tuk ibu bapa pengantin, pengapit, bilik pengantin, kek, majlis resepsi tuk dua belah pihak even sampai bab bunga-bungaan pun ade. Gila ah. Memang detail dan lengkap. Senang sket kerja aku. Tak yah la blur2 nak buat list. Semua dah ada. Isi je la. Pastu kira sendiri bape riban korang dah habis. Masa tu la baru terasa banyaknya duit habis.. huk.huk..huk..

Ni dia budget planner yang aku dah download.

So korang kalau berminat boleh la pergi kat blog ni dan donwload la sendiri yer. Aku pun nak wat kira2 tuk aku pulak. (Macam dah banyak je duit habis). Huwaaaaaa!!!

Oh ya, satu lagi yang korang perlukan ialah;


Tadaaaa... Buku dan juga pen yang perlu dibawa kemana2. Senang nak catit apa2. Tapi kalau ade PDA lagi best kan.


No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..