Thursday, June 10, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

25 kali ulang dengar lagu ni sejak dari pagi tadi. Tau, aku memang slow. Orang lain dah nak muak, aku baru nak download lagu ni pagi tadi. Dah tua-tua ni jarang pulak nak amek port perkembangan lagu-lagu baru. (sindrom orang tua semakin ketara dalam diri ini...uhuk)

Tapi lagu ni memang layan la. Terkenang zaman2 bercinta dulu. Zaman cinta-cinta tak matang dulu. Agaknya kalau masa tu lagu ni ngah femes, mesti lagu ni akan jadi lagu tema aku. Mesti lagu tu jadi ringtone n caller ringtone. Takpun tajuk lagu jadi status kat FB. Hahaha.

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Dulu-dulu ni la yang akan berlaku. Bila nak bincang je, mesti akah berakhir dengan pergaduhan. Last-last dah tak larat nak bergaduh, perpisahan je cara terbaik. Betul la, kalau dah cannot go, baik blah je. Tunggu2 pun wat sakit hati je watpe kan.

Ok, nak sambung nyanyi. (dengan penuh perasaan)

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Agak2 lagu ni dah ade kat Redbox tak? Karaoke jom!

2 comments:

  1. hi cujen..i dont know what happen to my email..i tak boleh send email lah..gila punya yahoo

    ni blog qudyn, ada contact no dia..just give him a call..

    http://qudyn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha..

    Nie pown my favourite song. Sampai semua org naik menyampah bile lagu kuar radio I akan pasang kuat2 dan mintak semua orang senyap !! :)

    Ade kot kat Redbox..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..