Sunday, July 11, 2010

Cuti yang sia-sia.

Ok. Sekarang sudah mula merasakan tekanan bila memikirkan tentang hari perkahwinan saya yang genap tinggal 3 bulan sahaja lagi. Lebih kurang 90 hari je lagi. Dan aku masih boleh relax2 bergelak ketawa bersuka ria berpoya-poya tanpa rasa bersalah. Padahal banyak lagi belum setel. Bila blogwalking blog orang lain especially blog bride to be, barulah aku mula merasakan tekanan. Bayangkan diorang yang ade lagi 7 bulan pun dah fenin2, aku yang tinggal 3 bulan ni boleh buat derk je.

Jumaat semalam amek cuti konon nak setelkan mana yang belum setel. Nak balik Muar tempah mak andam, singgah Melaka tempah kad kawen, nak buat HIV test, nak pergi IKEA beli doorgift. Malangnya satu pun yang aku plan tak menjadi. Balik Muar tak jadi sebab plan nak balik sekali masa sumbit borang nikah. HIV test pulak, dia kata kena buat appointment. See sayang, kan i dah cakap kena wat appointment. U tak caye cakap i. Sesia je pergi. Tapi actually my sayang dah tanya pun masa hari tu kena wat appointment ke tak. Nurse yang sangat sengal tu kata tak payah. Datang je kul 2.30 petang terus buat. Bila kami dengan konfidennya datang nak buat HIV test, dan2 la pulak kena appointment dulu. Fundek betul!

Pastu pergi IKEA nak cari doorgift. Ade satu mug tu aku dah berkenan sangat. Tak la mahal sangat. 85 sen je satu. Ok sangat2 dah tu. Below my budget. Sampai2 je IKEA aku dengan konfidennya terus amek troli. Yer la, beli doorgif mestilah banyak kan. At least aku beli 100 biji. Tapi cari punya cari tak jumpa. Bila tanya dia cakap oh, yang tu.. dah habis stok. Stok baru tak tau bila masuk. Huh! Fundek kuasa dua betul. Dengan perasaan hampa kuciwa plus malu, slow2 letak balik troli. Last2 ko tau hape yang aku beli? Ni ha ;


Pokok bunga matahari ngan bunga rose. Beli sebab berkenan dengan pasu kaler pink. Sekarang ni beli apa sume nak kaler pink. Tah sejak bila aku obses dengan kaler pink ni pun tak tahu ler. Padahal sebelum ni kaler pink la yang paling aku anti sangat. Aku rasa pompua gedix je suka kaler2 pink ni. Owh, adakah itu bermakna aku sudah berubah menjadi pompuan gedix??? Hohoho. Tu la orang cakap, jangan benci2 nanti jatuh cinta.

Takpelah. Lupakan je la hal yang dah berlalu tu. Ni aku cerita pasal wedding dress yang menjadi idaman aku. Memandangkan aku suka mende2 klasik, so wedding dress yang aku nak tu haruslah bercirikan klasik, kan nok?? So inilah dia sebenarnya wedding dress idaman haku ;


Hamek ko. Ni la wedding dress idaman aku. Since aku penggemar kaler pink sekarang, apa kata kita tukar dress tu jadi kaler pink. Bertukar!!




Gojes nyah! Sejak pertama kali tengok VC Love Story ni, aku memang dah berkenan nak baju camni. Siap dah berangan2 kawen nanti nak pakai camni. Buat rambut ala-ala camni jugak. Tapi, ko gila apa nak pakai baju nampak2 ketiak ni masa bersanding. Dah la aku buat kat kampung. Nanti kena hina ngan orang kampung kata aku nak jadi kafir. Silap2 lom sempat pakai baju ni dah kena cincang ngan atok aku. Huhu. So, lupakan je la nok. Tapi, aku bertekad nak pakai jugak dress ni. Maybe nanti ade duit aku tempah satu pastu pakai masa anniversary aku. Tu pun kalau badan aku mintain macam sekarang ni la. Kalau badan aku macam oprah, maka kempunan la aku sampai nak mati nak merasa sarung dress camnie. Takut nanti orang konpius, tu cujen ke nangka. Huahahaha.

Ok2 dah kul 2.30 pagi. Masa untuk tido. Esok nak bangun pagi sebab nak balik Muar jumpa mak andam aku. Pas pikir2 balik aku rasa better aku jumpa dia awal2 senang nak diskas apa2 nanti. Nak tunggu masa sumbit borang nikah tah bila la agaknya. Semangat nak balik kampung esok. My sayang kata dia nak gerak awal. Sampai umah aku dalam kul 7 camtu. (aku nak tengok dia bangun kul berapa eosk). Aku pun beria nak buat breakfast tuk dia. Prektis beb prektis. Tak hagak2 aku nak buat nasi lemak dengan sambal udang petai. Udang dah siap masak pun tadi. Takut nanti tak terbangun pulak. Kul 2.30 baru nak tido, ko bajet aku nak bangun kul berapa? Takut2 kang ade yang kempunan nak makan makan nasi lemak aku. Cerita dah beria kan? Memandangkan aku pertama kali memasak tuk dia, nak jugak tepek hasil masakan aku yang tak seberapa tu. Hehehe.



Nampak tak berapa menarik sebab kualiti gambar yang cikai pakai kamera henpon je. Kalau pakai slr ni mesti gambar nampak lagi cantik. Masa tu baru leh tulis 'gambar sekadar hiasan'. (ceh, nak salahkan kamera pulak. ^_^). Ah, ape2 je la. Yang penting aku rasa sedap dan paling penting first time memasak tuk bakal laki. Kira ok la kan?

6 comments:

  1. All the best cujen!!

    btw, sambal udang petai tue nmpk sedap.... nyum2.... :D

    ReplyDelete
  2. peh mmg terbaik sb slame aku jadi pembace blog ni,ni petame kali aku tengok ko masak cujen.cayalah.prektis beb prektis.kih2.

    ReplyDelete
  3. wow! very the princessy punya dress! :D

    ReplyDelete
  4. ?unde? perkataan ni xbest la..

    ReplyDelete
  5. aku suka pink le..tgk nama blog la..hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..