Monday, July 5, 2010

Kahwin # 2 : Kad Kahwin

Citer bab kad kawen ni aku agak cerewet sket la. Cerewet sebab aku nak cari kad yang cantik, moden dan yan paling penting sekali MURAH. Aku takkan sekali2 menghabiskan duit aku tuk kad kawen yang pada aku orang akan baca sekali pastu orang buang. Baik aku spend duit tuk makanan yang sedap2. Lagipun ade ke orang simpan kad kawen? Kalau ade pun tak lama kot dia simpan. Sok2 buang jugak. So aku rasa tak perlu membazir tuk benda2 macam tu. Pada aku kad ni cukup la sekadar untuk senang dibaca dan senang orang nak bukak. Ni tak, kad kawen dah macam watikah ape benda tah. Siap sampul2. Nak bukak pun susah. Tak paham sungguh. Maybe diorang ni dah banyak sangat duit. Jadi tak kisah la ngan mende2 camtu. Tuk orang yang tak berapa nak berduit ngan aku toksah banyak cakap la. Diam-diam sudeh!!

Sepanjang minggu lepas aku busy dok suvey kad-kad kawen. Susah beetul nak cari kad kawen yang cantik, moden dan murah. Banyak yang aku jumpa murah2 gak la tapi tak kena ngan citarasa aku. Aku tak berapa minat kad-kad yang kerawang2 la, gambar masjid la, gambar bunga la. So lame. Walaupun aku tau kad kawen ni orang akan buang pas habis majlis tapi aku tetap nak jugak kad yang ikut citarasa aku. Hehe. Mengada betul. So, survey punya survey aku jumpa la satu website ni :

KAD-KAD KAHWIN

Hohoho. Kad-kad diorang memang menepati citarasa aku. Sekali tengok diorang punya showroom pun kat muar je. Perfect!! Balik kampung nak jumpa mak andam nanti boleh la tengok kad sekali. Tapi siyes la kad diorang memang lain daripada yang lain. Harga pun tak mahal sangat. Ni contoh2 kad yang aku suka. Credit to kad-kadkahwin.com

Aku memang berkenan betul design macam ni.


Yang ni pun best. Ade pelangi. Macam blog aku. ^_^


Yang ni simple je. Tapi cantik.

Yang ni pun ok. Tapi kalau tunjuk kat orang2 tua mesti diorang tak berkenan.



Pendek kata sume kad diorang best2 la. Tapi aku belum decide lagi nak amek ke tak. Sebab aku dah ada design lain yang aku berkenan. Gambar kartun orang lidi. Tapi tu kena wat sendiri. Sebab gambar amek orang punya. Hehehe. Tapi kalau buat pun tak banyak la kot. Untuk kawan je. Tuk orang2 kampung aku dah decide nak amek kat website nie;

KAD EKONOMI

Kad kat website ni memang puas hati sebab murah. 19 sen je beb. No minimum order tuk kad 19 sen tu. So kalau aku order 1000 baru RM 190.00. Jimat-jimat. Kad pun cun dan simple. Korang kalau nak jimat boleh la survey website tu. Berbalo-baloi.

3 comments:

  1. wah bagus ko nih.. pasni blog ko leh jd wedding checklist ;)

    ReplyDelete
  2. ala comey yer kad kwin...bape ni...
    kat web mane nak ngok??

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..