Sunday, July 25, 2010

Not For Sale.



Lama tak keluar berpoya-poya menyebabkan aku jadi batak jugak la nak amek gambar depan Pavilion. Hahaha.

Semalam kuar melepak tak tentu hala dengan Masran. Dok mengukur jalan sambil cari makan sekitar Bukit Bintang. Lama tak keluar melepak macam ni buat aku jadi jakun la kejap dengan suasana bandar KL ni. Tengok budak-budak melepak depan pintu masuk Pavilion dengan macam-macam ragam dan fesyen pakaian buat aku rasa macam kat Fashion Show pulak. Bagus la diorang ni. Unik dan kreatif. I Like!! Tapi aku still tak boleh terima la budaya melepak kat shopping complex macam nie. Melepak yang takde tujuan. Err, tapi dah nama pun lepak kan, memang la takde tujuan. So kampung la u Cujen. Tapi kalau aku better aku melepak kat kedai mamak ke, coffee bean ke, kopitiam ke. Boleh jugak melepak sambil memenuhkan perut kan. Lagipun nampak la kelas sikit dari dok bersidai tak tentu hala macam tu. Aku nak masuk shopping complex tu pun rasa serabut je.


Penat mengukur jalan, kitaorang pergi layan movie Ong Bak pulak. Padahal malam sebelum tu baru je tengok movie cerita Sorcerer's Apprentice. Boleh tahan la. Betul la orang cakap, kalau dah tengok citer yang superb macam Inception hari tu, buatkan ko rasa tak selera nak tengok movie lain. Kalau tak sebab Nicholas Cage yang berlakon, sumpah aku tak tengok. But overal ok la. Takde la buat aku tetido. Cerita Ong Bak pun ok. Cuma cerita ganas2, bunuh2, berdarah sana sini memang bukan type aku la. Tak suka tau ganas-ganas nie.. Awww. ^_^.


Habis movie sempat melayan budak2 dok buat breakdance kat depan Maybank Bukit Bintang. Aku ingatkan pe benda la orang dok kerumun macam semut hurung gula. Ingatkan ade orang dok tabur2 duit ke macam dalam cerita P. Ramlee tu. Aku pun ape lagi, sekali lagi menjadi batak la. Nak jugak menyibukkan diri.


Skirt dah bertukar kepada seluar. ^_^. Topshop wat sale, sempat la sambar jeans selai. Pastu balik menyesal sebab jeans takde dalam senarai mesti beli bulan ini. Tsk..tsk..tsk..

Banyaknye orang. Ok sayang, u mmg dah gemok. Nampak perut dah mula memboyot. Diet plisss.


Ada fashion show tapi tak kuasa nak tengok sebab malas nak bersesak-sesak.

Sekali sekala dapat luangkan masa bersama macam ni memang best. Moment-moment sebegini akan jadi kenangan yang tidak boleh dijual sama sekali. Masa akan terus berlalu. Banyak benda yang akan berubah. Tapi kenangan akan tetap subur dalam ingatan. Sebab tu walaupun cerita aku agak membosankan tapi aku still jugak nak abadikannya dalam blog aku. Sok-sok dah tua boleh baca balik kan??


Thanks sayang for the happy moment yesterday. Agak-agak lepas kawen ada masa lagi tak nak berpoya-poya macam nie?

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..