Friday, July 23, 2010

Umpama Mimpi Dalam Mimpi.

Hari ni nak cerita pasal mimpi. Tapi bukan mimpi aku. Ni pasal filem baru Leonardo Dicaprio : INCEPTION.

Aku berkesempatan menonton filem ni minggu lepas. Citer ni takde dalam list movie2 yang akan ku tonton untuk tahun 2010 ni, tapi disebabkan dah takde cerita lain yang menarik minat aku, so filem ni la jadi mangsa.

Ingatkan filem ni biasa-biasa je, tapi lepas abes tengok aku berani bagi 9/10 bintang untuk filem ni.

Cerita pasal mimpi. Boleh masuk dalam mimpi, lepas mimpi lagi dan lagi. Macam lagu damasutra tu Umpama mimpi dalam mimpi. Huhu. Melalui mimpi tu diorang boleh buat macam-macam. Biasalah, nama pun mimpi kan. Diorang ni ade satu mission nak 'tanam idea' melalui mimpi.

Cerita ni memang agak pening sket. Dan korang takkan boleh terlepas satu scene pun masa tengok movie ni. Jangan nak mengada2 berbual2 dengan orang sebelah sebab kalau tak concentrate memang boleh buat pening. (sebenarnya aku pun masih pening lagi ni).

Cerita ni jenis heavy. Kalau korang memang malas nak berfikir, tak payah tengok la sebab tak paham. Tapi kalau korang jenis yang suka tengok filem ala-ala Matrix, Avatar, anda wajib menonton filem ni. Kalau korang kata Matrix tu best, Inception ni lagi best dari Matrix.

Aku memang lemah bab buat-buat rumusan ni tapi kalau korang nak baca review pasal movie ni, korang boleh baca kat sini;

http://mforum3.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=9&page=1

Ok la tu je.
Selamat menonton!

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..