Wednesday, August 4, 2010

Ada Apa Dengan Facebook #4

Dua entry dalam satu hari.

Baca dengan muka serius sebab entry aku kali ni agak serius. Hal yang berkaitan dengan Facebook.Yang mungkin boleh diambil sebagai pengajaran untuk kita semua. Sebelum tu izinkan aku quote satu perenggan dari entry Mukabuku & Twitter - SUSUDALAMBOTOL ;

Untuk itu aku harap kita semua saling berjaga-jaga dengan ketagihan internet di zaman ini. Lagi-lagi bagi mereka yang selalu buat status tak puas hati dekat bos ke atau apa-apa yang berkaitan pejabat. Kalau sesiapa yang ada add aku di Facebook, aku memang tak akan dah update apa-apa status yang berkaitan pejabat sebab aku tau impak dia memang besar. KECUALI kau memang takde add orang-orang pejabat kau lah. Orang yang dengki ada di mana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tak bermaksud begitu pun. Kita semua sedang diperhatikan. Hati-hati.

Baru-baru ini status kawan aku di Facebook berbunyi;

Aku tak sangka Johor ni hina.  Tak ada Famos Amos kat JB, yang ada pun kat Senai airport je. Bandar konon. Gerek apanya. What a jerk .... 
 Ya Allah, hinanya JB. Nama je dekat Singapore. Belum maju rupanya. Baik aku dok Kulim jer cenggini. What a jerk ... 

Dan kesan dari status dia yang macam tu, berbakul-bakul kata makian dia terima. Dan lebih teruk ada pula page ' SI POLAN menghina negeri Johor. Banned dia'. Dan setakat ini (aku rasa tak sampai 2 hari pun) page dia tu mendapat 3000 ++ tanda LIKE. Tak cukup dengan tu dia diugut dengan bermacam-macam ugutan. Sampaikan pihak TV3 call pejabat dia. (untuk apa aku tak pasti la)

Ok, sebelum tu biar aku tegaskan di sini. Aku orang Johor. Lahir pun dekat Johor. Bapak aku asal Johor. Atok aku pun lahir kat Johor. Sedara mara aku pun banyak kat Johor. Dan aku sangat berbangga menjadi warga Johor. Walau macam mana rupa pun negeri Johor tu aku tetap bangga.

Sebagai anak jati Johor, memang la aku akan marah kalau ada orang lain kutuk-kutuk negeri aku. Dan status kawan aku tu pun dah menimbulkan kemarahan rakyat jelata especially warga Johor yang memang terkenal dengan semangat Johorean nya. (Aku pun sama jugak kadang-kadang). Memang. Memang sape-sape pun akan marah. Takde sapa yang suka tanah kelahiran diorang dicaci, dikutuk sesuka hati. Lebih-lebih lagi kerana hal-hal kecik seperti biskut Famos Amos tu.

Tapi, kenapa aku takde rasa apa-apa pun masa aku baca status dia tu? Kenapa aku boleh buat relax je? Aku takde komen apa-apa pun kat status dia tu. Padahal aku la manusia paling suka dan pantas nak mengomen status kawan-kawan. Oh, mungkin korang akan cakap aku takde semangat kenegerian. Aku tak sayang Negeri aku. Aku lupa diri. Ok, katakan apa saja. Tapi aku nak tegaskan di sini, aku tak rasa apa-apa masa baca status dia tu sebabaku tau dia bergurau. Kitaorang memang dah biasa bergurau macam tu. Perkataan 'HINA' tu memang selalu kitaorang sebut. Contoh ayat;

Hinanya ko pakai telefon tak boleh MMS.
Hinanya tak tau cekedis tu apa.
Apa la hina sangat tempat ko nie. Biskut tiger pun takde jual.

Contoh ok. Tapi ayat-ayat kitaorang bergurau memang macam tu. Memang agak kasar. Setiap orang ada cara tersendiri bila bergurau dengan kawan-kawan. Korang pun takkan tak pernah bergurau kasar. Ok la kalau korang kata kitaorang memang biadap. Tak diajar. Mak bapak tak ajar sopan santun. So, kepada mereka yang mengutuk kawan aku di page Facebook tu baik sangat ke bahasa? Sopan santun ke menegur kesilapan orang?

Yes, kawan aku silap. Silap sebab tak berhati-hati ketika mengutarakan ketidakpuasan hati dia. Mungkin dia lupa di Facebook ni orang sentiasa memerhatikan kita. Lebih-lebih lagi bila kita tak set private untuk segala aktiviti kita. Dapat pulak masa kita update status tu, ada kawan-kawan yang menyokong status kita. Lepas tu perbualan menjadi semakin rancak.

Aku terpanggil nak buat entry ni bukan sebab dia itu kawan aku. Bukan sebab aku nak backup dia. Takde isu nak backup sape-sape di sini. Kalau dia bukan kawan aku pun, aku rasa kita tak patut nak blame dia sampai macam tu sekali. Kalau pun memang dia bersalah, kenapa tidak tegur secara berhemah. Aku rasa tak perlu la perbesarkan hal ni sampaikan sanggup nak copy gambar dia dengan anak dia siap dengan screen shoot status dia lepas tu tag kat semua orang. Cukup la kalau anda menegur di Inbox sahaja. Kalau dah tegur pun dia still tak nak remove or tak nak mintak maaf baru la buat cara lain. Itu pun aku still tak setuju dengan cara menyebarkan kesilapan orang kat orang lain dengan tujuan untuk mendapat sokongan. Sekali kita tutup keaiban orang, 10 kali tuhan tutup keaiban kita. 

Kawan aku tu mengandung. Mungkin dia teringin sangat nak makan biskut Famous Amos tu. Lagipun status tu sekadar gurauan sahaja. Tak perlu la kita nak perbesarkan isu nie. Banyak lagi isu lain yang memerlukan perhatian kita. Cukup-cukup la dengan kata makian yang dia dah terima. Aku yakin dia pun dah serik. I know her. Dia bukan macam perempuan yang korang labelkan. Lagi satu kalau dia yang buat silap, kenapa mesti kaitkan suami dia, anak dia, mak bapak dia dalam hal ni? Mereka-mereka yang lain tu tak bersalah ok. Cubalah tanam perasaan belas kasihan sesama manusia. Sesama umat Islam. Malu la tengok orang Islam bergaduh kerana hal-hal yang macam ni. (aku rasa yang dok memaki hamun kawan aku dalam page tu, kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam). Lain la kalau bab menghina agama. Itupun kadang-kadang bila ada orang hina agama kita, kita boleh buat diam je. Tapi hal-hal macam ni cepat pulak nak melenting.

Kawan aku pun dah mintak maaf. Jadi aku rasa tak salah kita memafkan dia. Lebih-lebih lagi nak masuk bulan Ramadhan. Biarlah kita semua menyambut Ramadhan dengan hati yang tenang. 

Apapun, perkara sebegini sememangnya menjadi pengajaran kepada aku dan kita semua. Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati ketika menggunakan Internet. Bak kata Puan Susudalambotol ; KITA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN. 


p/s: Entry ni bukan nak menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar luahan perasaan dan ingatan untuk aku jugak. Jangan pulak lepas ni ada yang buat page banned kata aku backup kawan aku pulak. ;p

SALAM SATU MALAYSIA

XOXO.
Cujen The Lejen.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betol tuh...aku pon baru tau cite nih pagi tadik...haihh...aku pon org johor...tp takde la emosi sgt camtu...cepat betol diorang melabelkan orang lain...yg memaki hamun tuh lagik teruk sebenarnyee...tak paham aku!!

    ReplyDelete
  3. kak hidd faham sebenarnya dia memang bergurau sesama kawan-kawan dia. memang faham sangat, tp itulah kan kerana menaip badan binasa (ayat ni dah berapa kali dah kak hidd taip untuk hari ini)

    paling tak patut tetiba nak tagged semua orang and kutuk-kutuk this girl. siap letak gambar dengan anak dia. itu mmg kesian lah.

    itulah yang bahaya kalau ada strangers dalam friendlist kita. kan kak hidd dah kata, derang ni add kita untuk stalk je lepastu kutuk2 dgn kawan2 derang. that's FB!

    kak hidd baru tau dia Jr kak hidd. itu pun sbb perasan kamal ada komen. tu yg syak dia Jr Poly.

    Sebabkan nak biskut, rosak satu nama. jadikan pengajaran untuk kita semua.

    sadaqallahulazim :)

    ReplyDelete
  4. FB ni memang bahaya. hati-hatilah lain kali. sebab ramai sangat orang yang menunggu kita buat salah dan tak sabar nak mengaibkan kita.

    selalu-selalulah search nama sendiri. mana nak tau.

    ReplyDelete
  5. hi, cujen u nih kawan Ani kan? PA kat JPT kan? brw sy kawan ani. PA di KPT. :)

    sy dah baca isu itu dan dah baca komen2 diornmg kat fan page tuh. no wonder la sy pernah tgk azita tuh. i think dia PA jugak kot. itula soal benda2 mcm ni kadang2 kita anggap apa yg kita perkatakan tuh 1 gurauan dan org lain anggap serius then terus jd mcm nih. seram bila baca komen2 org terhadap dia. kesian pun ada. samapiakan ank dia pun turut dikutuk. nauzubillah.

    harap-harap semua nih jd pengajaran utk kita. jangan biarkan kemajuan IT sekarang membuatakn kita bertambah bodoh. pandai2 la menilainya. :)

    salam kenal.
    (^_^)

    ReplyDelete
  6. pity her. hopefully bnd nih cpt reda kn. risau gler.

    ReplyDelete
  7. hai ezzah,
    saya kawan ani..tapi bukan kat jpt.. pejabat saya depan opis awak jer.. ;p. salam kenal dr sy jugak.

    khaled,
    aku tak rasa akan reda sebab dah kuar paper la...

    ReplyDelete
  8. mak ai !! ini betol betol serious nie .. takkan pasal status biskut pon sampai beriya org banned bagai ? ish . joking kot ;)

    i nie dok kutuk2 labuan tu..abis la i pasnie.. kena banned 10,000 LIKE :-S aargh.. takot takot. hahaha..

    isu kecik pon kecoh kn? rileks la. itu maknanya dia nk suh org bukak branch femes emes kt johor ;) think and see on the +ve side . hehehehe ..

    ReplyDelete
  9. agak kawan ko...huhu skrg ni nk tulis pape pon kena berjaga2...terus je kg ada fanpage bagai...gile betul kuasa fb ni..hahaha

    ReplyDelete
  10. huhuhu siannyer dia...
    apelah nk emosi bagai

    aku pun selalu guna perkataan hina tue

    adehhh kecohjek lah

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..