Sunday, August 15, 2010

Table No 44.

Semalam merupakan hari MALAS sedunia. Dunia saya, bukan dunia anda. Bangun tido dah la lambat, dekat kul 12 tengahari. Dengan tak sahurnya.Tak sembahyang Subuh. Bukan mak saya tak kejutkan tapi entah kenapa tiada kekuatan mahu membangunkan diri ini. Malah nak celikkan mata juga tidak berdaya. Ketika itu baru terasa menyesal kerana tido lambat malam sebelumnya.Dan juga merasa jijik kerana telah diselimutkan dengan selimut babi kerana tidak bangun bersembahyang Subuh. Ok, lepas ni tolong lah disiplin Cujen! Jam 10 MESTI masuk tidur.

Disebabkan saya tidak bersahur pagi itu, saya menjadi sangat-sangat tidak bermaya. Pergerakan semua menjadi sangat lembat ibarat kalau anda menonton rancangan bola lepas gol kan biasanya ade ulang tayang versi slow motion. Ha, macam tu ibarat nya pergerakan saya semalam. Ditambah pula keadaan bilik saya yang agak __________ sila isi tempat kosong berdasarkan gambar di bawah ;


Saya pun  tak tau entah berapa banyak kali saya asyik membebel pasal bilik saya yang sentiasa bersepah itu. Dan saya pun berasa musykil juga kenapa bilik saya sentiasa bersepah. Bukan saya tidak pernah kemas. Selalu juga saya kemas. Tiba waktu saya rajin, habis semua habuk saya lap. Bilah kipas dan lantai pun boleh dijadikan cermin muka sebab terlalu bersinar. Tapi biasanya keadaan macam tu akan bertahan paling lama pun 2 hari. Lepas tu bilik saya akan jadi seperti sediakala seperti gambar di atas. 

Takpe, bilik bersepah menandakan wanita bekerjaya. Oh dan juga wanita pemalas. =_=. (jangan bagi bakal mak mertua saya tengok gambar bilik saya ini)

Jadinya semalam apa je yang saya buat? Bangun tido - gosok gigi - Facebook - Cafe World - baring kejap kat sofa - Facebook balik - masuk bilik kejap (berasa rimas lantas keluar ke ruang tamu) - tengok TV - baring lagi di sofa - basuh kain - Facebook lagi - baring lagi - sidai kain - baring, baring, baring. Itu lah aktiviti saya sepanjang hari semalam. Disebabkan bulan puasa tidak boleh makan di waktu siang, aktiviti menjadi sedikit kurang. Jika tidak, sila selitkan aktiviti MAKAN di setiap tanda - di atas. 

Kerja yang berjaya saya buat semalam ialah membasuh baju sahaja. Ok la kan daripada takde. 

Memandangkan semalam juga rumah saya tak ramai orang sebab abang saya dan keluarganya sudah balik ke Batu Pahat, bapa saya juga berada di kampung, adik saya yang no 3 ikut boyfriend dia balik Kuantan (sesi berkenalan dengan ibu mertuaku), adik saya yang no 4 ade kat UTM JB, adik saya yang no. 5 pulak keluar jugak dengan boyfriend dia. Maka, tinggal lah saya dengan Mak saya, adik saya yang no. 6 dan no. 7 (wah, tettiba terasa banyaknya adik beradik aku). Kalau kecik-kecik dulu selalu mengelak ikut mak ngan abah pergi beli baju raya sebab tak suka jalan berdedai-dedai (maksudnya beramai-ramai) dengan adik beradik dan ibu bapa. Malu kerana ahli keluarga begitu ramai. Masa budak-budak memang fikiran agak cetek. Perkara begitu pun mahu berasa malu. Tapi sekarang saya bangga mempunyai ahli keluarga yang ramai. Saya sayang keluarga saya. (tetiba)

Eh, apa ni melalut ke cerita lain pula. Saya nak cerita ini; 

Memandangkan kat rumah ni tinggal kami empat beranak je, saya pun mengesyorkan kepada emak saya supaya 'kita makan luar je la mak.' Ye la, saya kan anak yang solehah kesian pulak tengok emak saya kena masak. Lagipun saya memang jarang-jarang menolong emak memasak di dapur. Bukan saya je, adik beradik lain juga begitu. Malang sungguh emak saya kerana mempunyai anak dara 6 orang tapi semuanya pemalas. Selalunya emak saya la bertungkus-lumus memasak seorang diri. Kitaorang selalu tau order je. 


'Mak, ari ni masak udang pedas', kata saya selaku anak no. 2.

'Ala, masak ayam kicap la', sampuk adik saya yang no. 3.

'Asik kicap je, buatlah tomyam pulak', adik no. 4 pulak berkata-kata.

'Adik nak KARI', jerit adik yang no 7. 


'Korang ingat aku ni bibik? Dah la tak reti nak tolong, main order je. Dah dah .. ema tolong basuh pinggan ni .. ain pergi kedai beli asam jawa .. habis pulak .. kak uda tolong potong buah .... ' mak aku pulak membebel dengan jayanya.

Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup 'Mak ngko masak sardin je la', sekali bapak aku pulak request nak makan sardin.

Akhirnya kami sekeluarga berbuka lauk sardin pada hari itu. Nak buat macam mana. terpaksa ikut kuasa veto. Pemerintahan kuku besi. 

Ok, selingan je tu.

Pening jugak semalam nak cari tempat berbuka puasa best-best. Tiba-tiba teringat makanan lazat di Penang Village. Apa lagi, terus bukak Pakcik Google tengok no phone Penang Village kat Alamanda. Sekali tanya harga RM 50 ++ sorang. Terus book atas nama Liza sebab malu nak guna nama sendiri. Sebenarnya dengar harga je terus rasa nak pitam tapi nak cakap tak jadi sebab mahal, terasa seperti menikam diri sendiri, jadi confirm booking menggunakan nama orang lain. Kesian Liza. (bukan tak ada duit, sume kena berjimat cermat supaya tidak ada yang makan maggi kerat 4 di hujung-hujung bulan puasa.) =_=

Akhirnya aku decide berbuka di Village View, Bangi je. Konon-konon dengan ada perkataan Village di situ, makanan akan sesedap di Penang Village juga. Agak susah juga nak dapatkan no phone Village View ni. Dah la takde website, blog pun takde, Facebook pun takde.Kan dah susah nak kontek. lain kali celik IT sket la bai, barulah perniagaan boleh maju. Tak tau lagi ke internet ni adalah medan pengiklanan paling berkesan sekali? Huh!  Aku ni pulak memang jenis suka call jek. Nak pergi main redah je kang dah tentu-tentu la takde tempat duduk. Tapi berkat kesungguhan dan kecanggihan en Google, berjaya jugak la aku dapatkan no phone. Terus call booking segala dan order sekali. Sekarang tinggal membawa diri sahaja ke sana. 

Ok ni table saya. Mengikut kepercayaan orang cina no 4 ni feng shui tak berapa bagus. Ah, karut.

Macam biasa la kalau pergi tempat  makan macam ni menu yang biasa akan di order ialah; Tomyam seafod, siakap masak pedas, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan juga kerabu mangga. 

Makan empat orang, dua dewasa dan dua kanak-kanak tapi ikan dia bagi, nahh.. amek ko. Boleh makan 5 orang dewasa. Makanan kat sini takde lah sedap sangat. Biasa2 jek. Tomyam dia rasa manis. Aku pun pelik nape tomyam dia manis. Pastu siakap masak pedas pun biasa-biasa je. Kailan ikan masin pun ok je. Tapi kerabu mangga dia the worst pernah aku rasa. Memang tak sedap! Kecewa aku tau. Bersungguh-sungguh aku nak menghabiskan semua makanan tu dengan jayanya sebab tgk gaya macam tak boleh habis. Rasa macam bersalah bayar mahal-mahal kalau tak habis makan.

Ok, total semua RM 80 hengget. Rasa nak menangis bila teringatkan kakak sepupu aku cakap (masa aku pergi rumah dia amek kucing), dia cakap kat sana - Parit Jawa makan ikan siakap tuk 2 orang siap set dengan lauk, sayur, telur dadar dan 2 gelas air sirap baru RM 12  hengget. Tiba-tiba rasa seperti mahu berpindah ke sana. Eh, apa ni. Sebagai anak yang solehah mana boleh berkira dengan ahli keluarga macam ni. Sekali sekalai bawak mak ngan adik-adik makan kat luar apa salahnya kan. Syurga lah tempatmu! Hihi.

Lepas habis makan, hantar mak balik dulu. Lepas tu aku ngan adik aku yang no.6 tu pergi Alamanda. Nak pergi amek contact lens aku dan belikan buku untuk adik aku tu. Ok, aku memang anak yang solehah dan kakak yang penyayang. Sesampai di Alamanda entah kenapa dengan tak semena-semena nafsu untuk berkaroke kembali menjelma di dalam diri. Baru perasan dah agak lama aku juga aku tidak menjejakkan kaki ke karaoke. Sejak Partner In Crime aku, Kak Linda mengandung, aktiviti berkaroke terpaksa ku lupakan. Dapat pulak kali ni boyfriend aku bukan kaki karoke. Sejak kenal dia pada bulan Februari sampailah ke bulan Ogos ni, baru 2 -3 kali pergi karoke. Bayangkan lah aku punya gian tu cemana. 

So semalam, aku paksa jugak adik aku ikut aku berkaroke. Aku tak kira!

Tapi sesampai di pusat karoke kembali rasa bersalah kerana sebelah pusat karoke itu dijadikan surau sementara untuk orang beriman sembahyang tarawih. Bayangkan sebelah pusat karoke ada surau. Bayangkannnnnnn. Aku tak tau la mampu ke tak aku nak melalak di kala semua orang sedang takbir. Haish. 

Masih bergambar dengan gembira walaupun dihantiu perasaan bersalah.
Belakang aku tu pusat karoke, sebelah aku yang dah siap mangga tu, SURAU.
Gambar diambil setelah selesai menyumbangkan suara dengan jayanya.

Rupanya perasaan bersalah saya tu hanya ketika melintasi surau sementara itu. Masuk-masuk je dalam pusat karoke tu, perasaan bersalah terus hilang malah diganti pula dengan perasaan teruja dan suka. Astaga. Syaiton apa la yang dah merasuk aku ni. 

Ok, bulan Ramadhan syaiton semua kena ikat. Jadi, lu pikir la sendiri.

Ini ketika mendendangkan lagu I'm Yours.
Baru sedar saya tidak mampu menyanyikan lagu Bahasa Inggeris dengan baik.

Rupanya adik saya lagi hebat menyanyi dari saya. Lagu yang dia nyanyi semua lagu omputih. Wa caya sama lu. Siap hafal tak payah tengok skrin. hebat..hebat. Haish... Tak boleh dibawak lagi ke tempat-tempat sebegini. Ok, mulai esok saya akan kembali semula bertarawih.

Tapi, balik-balik saya piyed daaa. Cis patutlah tadi tergerak hati membeli pad dengan banyak sehinggakan abang di Watson memandang saya dengan pandangan sinis. Ok, bang. Ini bukan untuk saya sorang je ok. Adik beradik saya 6 orang perempuan ok. 



Ok, saya seharusnya berhenti di sini kerana cerita saya semakin melalut. Cerita pasal semalam sudah mencececah 10 perenggan. Begitu dasyat! Saya perlu belajar untuk menulis blogpen. (BLOG PENDEK).

Ok, selamat berpuasa semua.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..