Friday, September 17, 2010

Cerita Raya La Pulak.

Raya tahun ni sama macam tahun lepas. Raya pertama di Muar, raya kedua di Sekinchan, raya ketiga dah ada kat Putrajaya, raya keempat dah keje!

Terpaksa korbankan cuti yang sememangnya tak banyak tu untuk cuti kawen. 

Dan juga raya tahun ni paling tak best sebab dua hari sebelum raya aku demam sampai la ke saat ini masih belum sembuh sepenuhnya. Sampai ilang-ilang la suara aku masa raya hari tu. Nak makan pun rasa tak best je. Tekak sakit, batuk lagi, selsema pulak tu. Hadoi ai.. dugaan sungguh. Misi untuk menambahkan berat badan di bulan syawal ini, GAGAL. Berat aku aku 39.8kg turun kepada 39.1kg. Kesian betul. Dah macam orang tak cukup zat dah aku ni. 

Yang best raya tahun ni aku dapat beraya dengan si dia. Oh ya, dan juga dapat amek gambar family lengkap. Tema tahun ni maroon yer!

Konon-konon candid yang tidak menjadi. 

Kali pertama keluarga aku amek gambar family di studio.

Rupanya tiap kali raya mmg ramai orang akan amek gambar kat studio ek. Beratur gak la menunggu giliran nak bergambo. Kayo la tokey kedai gambar tu. Tapi yang kelakar nye boleh tak 3 keluarga yang menunggu giliran sama-sama dengan kami, semua pakai baju kaler purple. Ingatkan diorang sume satu family. Rupanya 3 (tiga) keluarga yang berlainan. Hihihi. Kaler purple memang 'IN' eh tahun nie?

Raya kedua. Masih ceria walaupun sudah kehilangan suara. ^_^

Gambar gedix santai mestilah ada. Depan umah atok aku tu kubur cina tau.

Dua orang gergasi pakai baju coklat ngan itam tu adik aku.
Walapun aku kakak paling tua, tapi aku la yang paling comel!
(Mungkin sebenarnya diorang yang gergasi)

Keluarga di Sekinchan.

Boleh tahan kacak jugak bakal laki aku ni. Aummmmm.
(Raya ketiga, recycle balik baju raya pertama)

Bayangkan gambar ni 20 tahun akan datang.
Aku dengan laki aku dok depan umah menunggu
kepulangan anak-anak. Wahh!!

(abaikan adik aku yang menibuk di bawah tu)

Masa tu aku masih mintain seperti di atas. 
Masran pulak dah boroi macam mengambung 9 bln.
Hihihi.

Itu je cerita raya tahun ni. Duit raya bakal laki je bagi. Tu pun aku paksa nak jugak. Hihihi. Selebihnya aku yang kopak bagi duit raya kat orang. Uwaaaaa. Oh ni gambar last. Nak tunjuk muka berseri aku selepas mengamalkan minum inner shine setiap pagi dah malam selepas teruja dengan entry Cik Ell. Dan hasilnya;

Muka berseri-seri dengan kulit yang gebu dan bibir yang montok.
Awwww. Mak suka nok!!

7 comments:

  1. Yay !!!! Sangat suke entry nie (^__^) Gmbr paling last tue dah macam MEMEY . Pasni masran jadi NORMAN HAKIM lah kikikikiki...

    Minom innershine tu sampai BIG DAY tau. Confirm lagi berseeeeeri (^__^)

    Gmbr bertiga kt tangga kelas. Wahahaha.. tunggu anak anak balik yer? Bape orang anak la cik cujen nie ade nnt kan ;)

    ReplyDelete
  2. harap2 ade lebih dari 4...wahahaha... larat ke i nak mengandung..hihi..dengar pengalaman org bersalin rasa seram sejuk je..

    ReplyDelete
  3. bukan aku yg cam gergasi..ko tu yang ketot...haha

    ReplyDelete
  4. belum kawin dah peluk2..haih..ilang nikmat dah kawin nnti..

    ReplyDelete
  5. ala, ramai je yang tak kawen pun dah peluk-peluk. yang ambil gambar pre wedding tu sume. bertudung pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Hey, you have knowledge of having females lookin in your mouth like ewww? You probably do that's why alot of you are always on the internet. lol looking for drugs and cash because you need dental reconstruction. anyway, i'm not selling anything or anything but i do want to encourage everyone to look up veneers. google it or find it somewher or ask your dentist. it is the freaking best thing the world.

    all that tasty and delicious candy that those intelligent people at mars got you tricked you and got you andyour kids running around looking like the wicked witches and wizards of the west.

    You go to the denstist and get a cleaning but what the hell is that going to do? You've got caved in teeth, appalachan mountain teeth, rocky mountain teeth, and general crackhead related teeth.

    It's rough on you I know but it's true. I used to be the same way. I did happen to spend a couple g's on some veneers in atlanta ga (google it if you're not from the US). Now I do bust out big smiles on every occasion i meet a face, in abstract to the past where it's hide the smile! But anyway some of you might definitely need to undergo such a process.

    You should also notice, it's a great way to continue the veneer industry and make sure we have motivated dentists to come up with new innovative ways to fix our teeth. veneers is a big step over gold and silver teeth replacements which are gaudy and look crazy.

    [url="http://veneers.posterous.com/"]get veneers today in atlanta[/url]

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..