Saturday, September 4, 2010

Fitting Room.

Sape yang tak pernah buat perkara keji di dalam fitting room sangat menipu ok. Jap. Maksud aku bukan perkara keji bercumbu dengan boyfriend ko di dalam fitting room, tapi perkara keji dengan menge'test' sehingga 5-6 pasang baju, snap-snap gambar lepas tu keluar tanpa rasa bersalah dan tanpa membeli sehelai pun dari baju-baju tersebut. Lagi keji buat-buat tanya kat pekerja kedai tu mcm ni;

baju ni ade color lain tak? color ni tak sesuai la ngan kulit i (padahal ko dah tau takde kaler lain pun)
size lain takde ke? nak beli tuk adik i sebenarnya.W
pattern lain ada tak? baju ni kalau takde poket depan lagi cun. ada poket ni wat slack pulak. kalau tak memang i dah beli dah.

Penah tak? Penah tak? Hehehe. Aku le orangnya tu. Tapi kan sekarang susah sket nak gedix2 dalam fitting room sebab ade sesetengah butik tu dia tulis 'camera not allowed'. Cet!! Pastu pulak sekarang, hp yang ade kamera kebanyakannya dah takde function nak disable bunyi camera. Henpon2 baru sekarang kalau amek gambar, dia punya bunyi, mak aii macam bunyi hape. Owh, betapa aku rindukan henpon lama ku. Sony Ericsson W910i. Setakat ni aku rasa kamera henpon paling cantik adalah henpon Sony Ericsson. Memang terbaik! Eh, ape citer pasal henpon lak nie. Suka melalut tau.








Itu la antara aksi-aksi keji aku di dalam fitting room. Hehehe. Hanya gambar no 3 ngan gambar last je aku beli. ^_^.  Bukan apa, banyak kali dah terkena test dalam fitting room nampak cantik gila. Sekali bawak balik rumah rasa cam tak best je. Mungkin sebab fitting room punya cermin lagi mahal, ditambah pulak lighting2 yang menarik. Gambar pun nampak ok la gitu kan. Hakikatnya hampeh!!

Kesimpulannya, jangan terpedaya dengan gambar di dalam fitting room. Mungkin itu hanya ilusi anda semata. Hehehehe.

3 comments:

  1. fitting room alamanda..heheh...tak beli pun dress tu

    ReplyDelete
  2. yg last tu nichii nye kan? ctk. tapi jarang kot. dah wat curly ke rambut? mungkin lagik comei kalau anda ber'curly hair'.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..