Tuesday, September 7, 2010

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tolong la jangan raya hari Khamis. Kalau raya Khamis, alamatnya aku raya pakai t shirt dengan kain batik je la jawabnya... sob..sob..sob... Tu la padahnya kalau tak nak amek baju awal-awal. Tempah bukan main lama dah. 2 bulan lepas. Nun jauh kat Muar sana. Haish! Nama je mak tukang jahit, tapi anak tailor sendiri hantar baju kat orang lain. Nak buek cemana. Untung la tahun ni aku de baju raya. Tahun lepas nye baju raya lagi sadis. Beli kat Mydin jek! Hahaha. 

Persiapan raya tahun ni macam tahun-tahun lepas jugak la. Ala kadar je. Takde la nak beria sangat. Lagipun sibuk pikir pasal persiapan kawen sampai takde masa nak pikir persiapan raya. Cuti pun amek sehari je. Kahsian!! Nanti orang lain sibuk beraya sana sini, aku dah tercongok kat opis. Apa boleh buat. Tahun ni kena berkorban la jawabnya. Ala, lagipun cuti lama-lama aku bukan buat apa pun. Raya pertama kat Muar. Raya kedua balik Sekinchan. Silap2 raya ketiga dah ade kat Putrajaya. 

Tapi sekarang ni memang siyes mood bekerja dah takde. Mood cuti dah menguasai diri aku ni. Malas je nak kerja. Cepatlah kul 5. 

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..