Thursday, October 14, 2010

And The Journey Is Begin.


Kembali bekerja sebagai ISTERI ORANG (^_^)

Perasaan aku selepas menjadi isteri orang? Happy la tapi aku still rasa hubby aku tu macam boyfriend aku je. Bila aku tanya hubby aku, dia pun cakap benda yang sama. Boleh tak lepas nikah, masa dia tercari2 aku yang busy di dapur, dia tanya kawan dia "nampak tak girlfriend aku?" Cet!!

Alhamdulilah majlis aku berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit kekecohan malam nikah tu. Boleh pulak ngam2 pengantin lelaki sampai, rumah aku BLACKOUT!!! Haha, ingat gimik ke? Takde maknanya. Memang blackout betul. Banyak sangat guna elektrik, sampai overdose dibuatnya. Menggelabah jugak la aku dibuatnya. Malam sebelum nikah tu memang dah ade hint2 letrik kejap ade kejal takde. Tapi kejap je. Macam kena petir camtu. Tapi kali ni lama gak la. Dekat setengah jam. Rombongan pengantin lelaki dah tunggu kat luar. Aku pulak dah kepanasan dalam bilik. Risau jugak la. Sape pulak nak sabotaj aku nie. Hish!! Dalam hati berdoa je supaya elektrik ada balik. Kalau tak, majlis nikah aku disirami cahaya lilin. Kelas nok!!

 Majlis nikah aku pakai lilin je. Kau ada? 

Akhirnya malam tu PAK ITAM aku la yang menjadi hero. Cayalah! Bertepuk tangan family aku sume dah macam dalam filem tamil pulak rasanya. Hihihi.

Lepas je elektrik dah kembali pulih, tanpa berlengah lagi majlis nikah pun diteruskan. Alhamdulilah, lepas dua kali akad aku sah bergelar isteri kepada En. Masran. (Yeyey!!)

En. Suami yang konfiden kononnya. Sekali kena ulang balik daaa.
(Imam yang nikahkan kitaorg tu muda weh..)

Wang hantaran dan mas kahwin.

Boleh tak lepas upacara batal air sembahyang, aku lupa nak salam laki aku. Hahaha. (Bukan lupa, tapi masa aku nak salam tu, pak imam dah terus baca apa tah. Langsung lupa nak salam bagai cium dahi bagai.) Last2 buat ulang tayang dalam bilik je untuk amek gambar je. Hampeh betul.


 Yay, dah sah! ;p

Ayo, perlu aku dok skema macam tu atas pelamin. Hihihi.

Family In Law



My Family :-)


 ANL Family




Alhamdulilah selesai sudah.

BIG THANKS to all my family, sedara mara, orang kampung yang bersusah payah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. Tak terbalas budi dan jasa kalian.

SPECIAL THANKS juga kepada ANL Family yang datang dengan rombongan pihak lelaki. Korang memang best!! Susah nak dapat kawan-kawan yang sporting macam korang.

THANKS A LOT to all kawan-kawan, officemate, ex bos yang sanggup datang dari jauh untuk memeriahkan majlis. Sorry tak dapat sebut nama satu2 sebab ramai sangat. Thanks jugak untuk hadiah2 yang best2. (ada org bg aku baju tido cantik gila tapi tak tulis nama..sape bagi tu angkat tangan??) Hehehe.

Itu aje untuk update kali nie. Gambar tak dapat nak letak sume sebab takde dalam simpanan. Maklumlah, pengantin takkan nak amek gambar sendiri kan. Ni pun ehsan dari photographer tak berbayar, ADIK AKU. Hehehe. Nanti2 update lagi.

Daaa.

11 comments:

  1. klaka la bab lupa salam tu..haha tp biasala kan bila time2 cmtu sume kelam kabut..mekap lawa n u look gorjes!

    congrats n selamat menjalani hidup rumah tangga!

    ReplyDelete
  2. cantikkkkk! tahniah! moga kekal hingga ke akhir hayat. :)

    ReplyDelete
  3. aik, dah keje????


    selamat pengantin baruuu!

    ReplyDelete
  4. cujen selamat pengantin baru.smg rumahtangga kekal abadi sampai akhir hayat.

    p/s ko gojes dek non :D

    ReplyDelete
  5. pn cujen dh naik keje ke. huhuhu..

    p/s: nk angkat tgn leh x ;)

    ReplyDelete
  6. kau ke yg bagi khalid?? awat la tak tulis nama..puas aku cari2 kot2 ade kad kecik tu... tapi, baju tu cantik la..aku suka...hehehehe

    Thanks

    ReplyDelete
  7. aku ltk kad kt luar kotak. tp myb ttggl kot. huhuhu.

    ReplyDelete
  8. pak itam laa punca blackout tu aku rasa sebab dia yg tgh godek2 box-box speaker gedabak dia kat garaj keta tuu... pahtu dia yg pomen balik kasik on balik lampu. klaka bet0l! hahahaa... kang xpasal2 jadi CANDLE LIGHT WEDDING.. heeheheh spesel punya nok~~

    ReplyDelete
  9. congrats pn masran! hehehe.
    ur pelamin is the bomb!
    i mmg suka colour merah camtu! :D
    baju pun cantik semuanya perfecto..

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Pelamin lawa. Cuak gila nak nikah takda api! Huish. :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..