Monday, November 8, 2010

From Tioman With Love Love Love.

Hohoho baru hari ni berkesempatan nak update entry pergi Tioman hari tu. Busy nok. Macam-macam aktiviti sejak dah kawen ni. Aktiviti laki bini dah tentu la. Dengan kawan-kawan lagi, anak-anak bulus ku lagi. Tak terkejor dibuatnya. Takpe, pelan-pelan kayuh yer Cik Cujen. Eh, PUAN la. ^_^

Ok straight to the entry!

Plan ke Tioman ni sebenarnya takde lagsung dalam agenda aku mahupun agenda Perdana Menteri Kartongga. Ni sume ad hoc plan la. Asalnya tak silap aku 6 orang je kot yang nak pergi. Lepas tu yang 6 orang ni pegi kecoh2 dah sume nak ikut termasuk la aku dengan laki aku yang nak menyibuk jugak. Konon-konon pegi honeymoon la. Apehal pegi honeymoon sampai 20 orang. Cet!! Ada orang cakap kat aku watpe pergi honeymoon dengan kawan-kawan? Tak best la. Ceh, sape cakap tak best? Korang memang la tak best sebab korang takde kawan-kawan yang BEST macam kawan-kawan aku. Huhuhu. (ok, kawan-kawan aku sila sayang aku lebih sekarang!)

So tolak campur tambah bahagi, jadi la kami 19 orang yang pergi. Yang bestnya kami dapat kawan baru masa pegi tioman hari tu. Nama dia MAZ (^_^). Tapi, Maz ni takde lam gambar sebab dia memang tak suka bergambar. So dia jadi tukang amek gambar je la. Biasalah, orang baru memang kena buli kaw-kaw. Padan muka dia.

Perjalanan kitaorang dimulakan jam 11 malam. Konvoi 4 biji kereta. Estima, Harrier, BML dengan Myvi aku. Tetiba terasa hina sebab keta aku keta kecik je. @___@. Mula-mula nak sewa van naik ramai-ramai tapi sewa van mahal nak mampus. Kena sewa tuk 3 hari terus. Kitaorang sume kedekut so lupakan je la.

Sebelum gerak mestilah baca doa dulu. Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Selamat yang tak berapa Selamat. (poyo jek tu). Kalau nak tau Selamat yang mana satu, cari makhluk yang paling besar sekali dalam gambar tu. Hehehe.


Setelah hampir 4 jam meredahi onak duri dan jalan yang berliku akhirnya kami sampai juga. Belum sampai tioman lagi. Baru sampai kat jeti Mersing. Baru tau Tioman ni kat Johor rupanya. Kenapa aku asik ingat Tioman ni kat belah-belah utara ar?? Tah sape yang bagi aku ajaran sesat nih. Cis!!Kitaorang sampai awal sebab nak kejarkan bot kul 6 pagi. Tapi biasalah kata kul 6 pagi, tapi bot sampai dekat kul 8 jugak la. Hangen betul aku.

Peace je la bila tak tau nak buat pose apa. Muka masing-masing menahan sabar menunggu kedatangan bot. 



Ni muka orang yang dah ilang sabar. (sila lihat baris belakang paling kiri sekali)

Yeyah. Dah naik bot. Muka nak kerek jer. Hehehe.

Pemandangan indah di Tioman Island

Lebih indah dihiasi wajah kami berdua ^_^


Best gila woo chalet ni!

Malangnya yang td tu bukan chalet kami. Ini yang sebenarnya.... (mata berkaca)

Yeah, welcome to the jungle!

Dah sampai!!

Hampir kul 10 baru sampai. Gila betol naik bot sampai dua jam. Naik kematu bontot aku dibuatnya. Nasib baik tak mabuk laut. Kalau tak ikan-ikan sume leh jadi Badang sebab makan muntah aku. Hehehe.


Shoping Complex dia kalah Pavilion tau. BEST GILER!



After check in, isi perut dulu kasi kenyang lepas tu menikmati keindahan pantai...

Heyy, wohooo....wohooooo...
Mari kawan-kawanku semuanya ke pantai...
untuk menghiburkan hati yang sedang duka lara....
di pantai yang menarik dari pandangan mata...
menjadi tumpuan muda mudi di senja hari... 
oh hari......

Tetiba kumpulan Kristal menyibuk. Syoh! Syoh! Nyibuk je orang nak feeling nie.

Ini bukan aku.

Maklumlah orang takde kamera, terpaksalah curi gambar orang lain. Hihi. Credit to Cik Wendy.

Korang nampak tak laut kat depan tu? Tak nampak? Jap, aku zoom.

Cantik hokey laut dia. Ikan boleh nampak clear. Masa lalu atas jeti tu aku bley nampak baby shark lalu. Peh, memang tipu betul statement aku ni. Hihihi.

Laut cantik-cantik macam ni rugilah kalau tengok aje. Petang tu jugak kami-kami sume terjun dalam laut. Memang best!




Tetiba rasa penat pulak nak habiskan entry ni. Dari pagi td dok mengadapt pc naik juling dah mata aku. Nak pilih gambar lagi. Haih, letih nok. Kasi mak rehat dulu yer. Nanti kalau rajin aku sambung.
Tata.

6 comments:

  1. hahahah dh 6 tahun last aku ke tioman

    ikutkan hr tue aku ke sane
    amek lesen skuba

    tp keperiodan melanda

    damnnn

    harus gak ku jejak tahun depan

    ReplyDelete
  2. aku pun period gak...wat tak tau jer... nasib baik takde jerung..klu tak, habis bontot aku kena mkn jerung..hahaha...

    bestnye amek lesen skuba..
    aku snorkeling pun takot2...tah pape

    ReplyDelete
  3. wow ! cekci puan cujen pakai bikiniss gitew .. dah ala-ala paris hilton ! ;D

    i've been to tioman island long time ago. i took the round island by speedboat and they stop at this on spot where they got a very very beautiful waterfall ! damn.. best gilakkk !!

    ReplyDelete
  4. honestly i tak baca entri smpi habis.. tp teruja tgk gambar2 tu.. suka gila ok.. :D

    murah tak pakej? :D

    ReplyDelete
  5. honestly i tak baca entri smpi habis.. tp teruja tgk gambar2 tu.. suka gila ok.. :D

    murah tak pakej? :D

    ReplyDelete
  6. bley tahan gak la.. i pegi ari tu sorg rm 300 include bot pegi balik, chalet for 3 days 2 nite makan sehari 3 kali n snorkeling

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..