Monday, November 15, 2010

Our Kids.

Ape ni, baru sebulan kawen dah ade anak???!!

^_^

Ni aku nak cerita pasal anak-anak bulus aku la. Bukan anak aku berbulu tapi anak-anak kucing yang aku ngan laki aku bela. Kenalkan anak-anak bulus ku..

 DODDY & BELLA


Ni masa baru-baru amek diorang. Muka cam takot2 je.



Aku amek diorang kat sepupu aku nun jauh di Parit Jawa, Muar. Memang dari dulu dok teringin nak bela kucing. Lagi-lagi lepas aku tolong kawan aku jaga kucing dia, OREN. (cerita pasal orang boleh klik kat labels yer). Kebetulan sepupu aku ni memang banyak kucing-kucing, so aku mintak la dua ekor. Dapat beli dengan harga paling murah. Hehehe. Thanks you Kak Long!


Kitaorang amek budak-budak 2 ekor ni masa ngah sibuk2 uruskan persiapan kawen. Masa memula amek, bukan aku yang bela, mestilah laki aku yang jaga. Letak kat rumah dia. lama gak la, dalam 4 bulan gitu. After kitaorang kawen, barulah bawak diorang ni dok sekali kat rumah.

Masa mula-mula bawak kat rumah diorang baru, diorang macam sedih je. Yer la, umah kitaorang kecik je. Takde laman diorang nak berlari sana sini. Dok je dalam rumah. Terkurungf di dalam sangkar emas. Emas la sangat! Hehehe.  Kalau kat umah mak mertua aku, bukan main diorang berlari sana sini. Boleh hilang napas aku nak kejar diorang.

Tapi kan, lepas sebulan je diorang dah pandai tunjuk belang. Ni pic terbaru diorang.




Ni la BELLA. Bella ni manja ya amat. Maklumlah pompuan kan. Asik nak berkepit je ngan aku. Pantang tengok aku duduk relax2, dia pun datang. Pastu siap massage2 aku. Habis perut aku ngan breast aku di massage nye. Dah berebut pulak ngan laki aku. Opsss!!! Hehehehehehe. Masa mula-mula Bella ni diam je. Tak aktif sangat. Selalu kena buli dengan Doddy. Doddy tu pantang tengok Bella lepak2 dia pun dok terkam. Tapi si bella ni boleh wat bodoh je. Macam takde perasaan. Aku syak bella ni period pain la. Tu yang diam je. Pastu Bella ni kurus sket dari Doddy. Kalau mandikan diorang, dah macam kucing Firaun tu pulak aku tengok. Kurus!! Tapi sekarang dah ok. Bella dah start kuat makan. Badan pun dah gemok. Lepas tu dah pandai buli Doddy pulak. Haha. Nanti tengok video dia buli Doddy.





Yang hitam legam nampak biji mata je ni la Doddy...

Eh, apa hitam2?! Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam dipandang manis tau. Aww!!

Yer la Doddy. Whatever .....

Doddy ni jantan. Tu pasal la nakal. Tak reti dok diam. Panjat sana, panjat sini. Lepas tu tak manja langsung. Asik nak cakau aku jer! Tapi sekarang ni pandai nak manja ngan aku. Kalau aku nak mandi, sibuk je nak ikut. Dok tunggu je aku depan pintu bilik air sampai aku habis mandi. Dasar kucing jantan miang. Ko nak sekodeng aku yer Doddy!

Doddy ni pandai. Time dia lapar bukan main dia manja ngan aku. Gesel-gesel kat kaki aku. Cium-cium muka aku. Cuba kalau dia kenyang, haram tak pandang langsung kat aku. Tak guna punya Doddy. Aku panggil pun dia wat bodoh je. Aku nak gurau-gurau pun tak layan. Garu-garu perut dia, boleh dia cakar aku. Hish.. geram betol aku!

Nak tau Doddy ni punya nakal macam mana?

Biasanya kitaorang bila nak tido je, akan kurung budak dua ekor ni. Nak ajak dia berak kat pasir dia. Bila dia dah pandai kitaorang pun lepas kan je. Ade la satu hari tu, laki aku biasa kalau dia bangun tido memang dia akan cari budak dua ekor ni dulu. Cari punya cari takde. Jumpa Bella jer. Kelam kabut jugak la pagi tu dok mengiau2 kul 6 pagi cari kucing. Tak jumpa jugak si Doddy sekali. Pastu masa aku nak mandi aku terdengar la sayup2 suara kucing mengiau. Jauh je bunyi nye. Hati aku dah tak senang. Aku syak Doddy dah jatuh ke bawah la. (Aku dok apartment tingkat 2).

Dan-dan tu jugak aku jengah ke bawah. Tengok si Doddy dok mengiau kuat. Takut la tu. Bergeas aku turun menyelamatkan Doddy. Ada ke patut dia nak lari masa aku nak amek dia. Heh, ko tak kenal tuan ko eh Doddy? Nasib baik dapat. Sampai sekarang aku dok terpikir celah mana la dia boleh terjatuh ari tingkat 2 tu. Tu la, aktif sangat. Kan dah kena. Nasib baik tak meninggal. Cedera sket je la kat mulut dia. Berdarah. Dah sumbing, tak ensem. Pastu seminggu jalan capik. Seminggu gak la dok biol, diam je. Tapi, seminggu tu je la. Bila dia dah sihat, nah amek kau. Sofa ngan langsir aku habis dah koyak rabak. Haish!

Dua beradik. Doddy tu hitam sangat. Tak nampak.

Ada sekali tu kan aku cari Doddy dalam bilik tak jumpa. Rupanya ada je dia dok celah almari. Tu la hitam sangat. Sampai depan mata pun aku tak nampak. Hihihi. Lagi satu Doddy suka sok melepek kat lantai. Kalau dia melepek kat lantai tu, dah macam kain buruk atau mop. Kelakar betul.

Tengok la tu kaler Doddy ngan sofa dah nak sama. Kadang2 aku pun konpius!

Ni time diorang berehat.

Tu baru aku bentang tilam kat depan. Ko bayangkan la, aku baru je bentang belum sempat baring lagi diorang dah landing dulu. Apakess?? Lepas tu wat muka tak bersalah. Tu belum lagi aku amek gambar diorang dok beromen atas katil aku. Geram betul dibuatnya.


Ni satu lagi hotspot diorang. Kat balconya rumah aku.

Korang tengok la Doddy tu, hitam legam. Kalau dia tutup mata dah tak nampak apa. Hihihi


Makin besar makin nakal. Tak larat aku nak melayan. Tugas aku bagi makan n layan diorang. Bab2 buang tahi dan mandikan kucing, laki aku yang buat. Hehehe. Nasib baik dapat laki yang suka kucing jugak. Diorang pun lagi manja dengan laki aku. Ni gambar masa bawak diorang pegi Vet.

Ha ko tengok la kat mana si Bella ni landing. Bukan main sedap lagi landing situ.

Ni sekor lagi. Syok je dok kat peha.


Laki aku tensen je. Hahaha.



 Bukan main manja lagi. Gedix. Koser haku.


Ok, itu je nak citer. Video Doddy gaduh ngan Bella aku upload kemudian la yer. Dah lapo. Nak gi makan. 
Bai.

7 comments:

  1. alor...manje nyeee ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam..alololooo..chumelnyer anak2 bulus..suke kaler si Bella tuh... hehehe..

    dok qts @ apartment kne hati2 skit kalo bela kucen..kne pasang jaring dawai utk elak dorang men kejar2 smp x sedo diri & jatuh..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..