Wednesday, November 24, 2010

Sebelum dan Selepas.

Sebelum kawen :
Tak pernah langsung fikir pasal  DAPUR. Masuk dapur pun sebab lapar. Bukan masak pun, cedok nasi, cedok lauk, makan! Lepas makan pinggan pun tak basuh. Membebel-bebel la mak aku kat dapur tu. Pernah jugak seminggu tak masuk dapur. Asik makan kat luar je. Nasib baik tak lupa lagi jalan nak ke dapur.

Selepas kawen :
DAPUR telah menjadi tempat yang paling kerap aku kunjungi. Pagi, tengahari, petang, tengah malam sume ada. Kadang-kadang rasa separuh hariku dihabiskan di dapur je. Tu belum lagi tiba-tiba laki aku order 'yang..nak nescafe', 'yang...kalau u goreng kopok lekor tu pun best jugak petang-petang camni'. Huhu. Kalau dulu balik keje je terus membongkang dalam bilik. Sekarang ni balik keje masuk dapur dulu. Dapurku Syurgaku!


Sebelum kawen :
Masak?? Euwww...masak ke? Mestilah mak i yang masak. I tak reti la nak masak-masak ni. Ikan pun kenal ikan sardin dalam tin dengan ikan bilis je. Sayur lagi la haram tak kenal. Yang tau sayur kobis je sebab bentuk dia lain macam sket. Nak soh aku masak kari, lemak cili padi, asam pedas??? PENGSAN!!!

Selepas kawen :
Secara tiba-tiba menjadi rajin untuk mencuba pelbagai resipi. Semangat nak masak juga tiba-tiba merasuk diri. Blog resipi pun dah siap-siap bookmark. Borak ngan kawan  pun (yang dah kawen la) citer pasal 'ko masak pe ar arini??' 'bagilah aku resipi nasi kangkang beriani yang ko buat ari tu'. Kalau mak aku tau ni harus dia sujud syukur. Kalau tak dulu, anak dia ni la paling tak kuasa sekali nak masak tau! Setahun sekali je masak. Tu pun masak maggi dan sebab badan dah menggeletar kelaparan.


Sebelum kawen :
Kemas rumah seminggu sekali. Tu pun sebab dah susah nak lalu. Mop lantai? 2 minggu sekali pun dah cukup baik. Bersihkan kipas? Adalah setahun 3-4 kali. Sapu lantai? Tengok mood la.

Selepas kawen :
Rumah kena kemas hari2 okey sebab dapat laki yang rajin mengemas dan tak suka rumah bersepah. Tapi kadang2 aku ni datang jugak malasnya. Wat tak reti je. Tapi, kalau aku wat tak reti laki aku pulak rajin nak mengemas. Dah tu takkan aku nak tengok je kot?? Tak best la kan.  Kenalah kemas2 jugak walaupun dia tak merungut. Baru sebulan ni mmg la tak merungut. Takut lama-lama nanti fedap lak dia. Mulalah nak gunakan alasan ni kannn...!


Sebelum kawen :
Aku memang kaki karaoke. Dalam seminggu tu ade la 2-3 kali pergi karaoke walaupun dah tau suara tak sedap. Habis dah sume pusat karaoke sekitar KL ni aku try. Bulan pose pun bantai gak pergi karoke.

Selepas kawen :
Jangan kata seminggu sekali. Sebulan sekali pun belum tentu pergi karoke sebab dapat laki bukan kaki karoke. Apa nak buat...berkorban apa saja...harta atau nyawa... Alamak..ternyanyi pulak...ni yang rasa nak pergi karoke nie..


Sebelum kawen :
Memang liat nak bangun pagi. Subuh pun subuh gajah. Hujung minggu lagi la jahanam. Opis pun dah buat cam opis nenek moyang aku. Kalau sebulan keje 20 hari, 19 hari aku datang lewat. Hari yang aku datang awal tu, bos boleh buat sujud syukur. Pastu petang balik keje pulak terus bantai tido. Malam sket bangun untuk makan dan kalau rajin mandi. Pastu tido balik. Memang jahanam hari-hari aku.

Selepas kawen :
Belum kul 7.00 pagi aku dah sampai opis weh!! Paling tak tahan, gigih aku bangun kul 5.00 pagi semata-mata nak masak nasi goreng. Attendance list aku bulan ni kalau bos aku tengok, mau dia rasa nak pergi Haji. Hihihi.


Sebelum kawen :
Tak kisah langsung bab makan. Tahan aku makan biskut ngan roti je. Seminggu tak masak nasi pun takpe. Beras beli 10 kilo boleh tahan setahun. Bawang-bawang pun sampai tumbuh cendawan dibuatnya. 


Selepas kawen :
Mestilah balik rumah je terus masak nasi! Perut aku memang la kebal. Perut laki aku?? Nak nak pulak dia jenis tak boleh tak makan nasi. Kena makan jugak. Sekarang ni pun dah mula amek tau bahan-bahan masakan di dapur..


Sebelum kawen :
Peti ais aku penuh dengan air gas, aiskrim, nugget, corflakes, coklat. Pendek kata sume makanan ringan la. Tu pun payah nak habiskan sebab aku jarang makan.

Selepas kawen :
Peti ais aku mula dipenuhi dengan lada yang dah diblender, ikan bilis, belacan, sotong, udang, ikan, ayam, cili padi, sayur, tomato, kiub ikan bilis, ikan kering ........


Pendek kata lepas kawen life aku totally change. Ke arah yang lebih baik pastinya. Aku pun tak sangka aku boleh buat semua tu. Padahal sebelum kawen benda2 kat atas ni la paling aku risau sekali. Takut tak boleh buat. Tapi ajaibnya aku boleh buat semua tu secara SEMULAJADI. Dan yang lebih ajaib, aku buat tu sume dengan kerelaan hati tanpa ada rasa TERPAKSA sikit pun. 

Ajaib kan? ^_^


7 comments:

  1. phewwwww

    ni yg aku seram
    mampu ke aku

    ReplyDelete
  2. Salute la kt ko:)after life marriege mesti byk perubahan n pastinye best!.Ape2pun keep it up girl.Kalu ade pe2 jgn segan n pilu tuk btnye ok:)

    ReplyDelete
  3. cOngrats cuJen!!! camNiLar iSteri sOLEhah. :)

    ReplyDelete
  4. kita serupa..haha..xpa hidup selepas berkawen mmg berubah..bukannya indah saja..sweet..salam perkenalan daari saya ^_^

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..