Wednesday, December 8, 2010

Gaduh.

Semua orang pernah bergaduh.

Kawan dengan kawan.
Boyfriend dengan girlfriend.
Adik dengan abang.
Suami dengan isteri.
Even mak dengan anak pun kadang-kadang bergaduh.

Perselisihan faham dalam kehidupan ni dah jadi lumrah. Kadang-kadang kita memang tak dapat lari dari bergaduh. Cuma cara kita bergaduh dan menangani perselisihan faham tu je yang berbeza. Ada orang bila gaduh atau tak puas hati suka diam dan buat tak tau je. Ada orang suka diam tapi simpan dendam. Ada orang pulak suka bising-bising. Ada pulak suka cari 'geng'. Paling dasyat jenis yang suka mencanang-canang cerita. Masa baik siap cemolot bagai. Bila gaduh habis semua cerita dalam kain pun terbongkar. (spesis ni paling bahaya dan paling banyak di dunia)

Tak kisah la macam mana korang nak gaduh sekalipun. Tapi janganlah sampai gaduh dengan orang A, orang B pun terlibat sama. Tak puas hati dengan orang C, masam muka dengan orang D pulak. Bengang dengan orang E, ajak orang F sama-sama bengang dengan orang E.

Bergaduh ni perkara biasa yang tak perlu diperbesar-besarkan pun. Yang penting kalau tengok orang bergaduh tak payah nak jadi hero cuba mendamaikan diorang dan janganlah pulak jadi nak BATU API. Kadang-kadang orang yang bergaduh takde benda pun sebenarnya tapi disebabkan batu api ni, habis jahanam semuanya. Kita semua dah besar. Pandai-pandailah nak setel masalah sendiri. Lagi satu kalau tak nak BATU API ni masuk campur dalam perselisihan faham kita, jangan la tunjuk-tunjuk kat orang kita tengah bergaduh. Diam-diam sudah. Kalau kita tak tunjuk dan cakap, orang pun takkan tau kan?? (^_^)

Fikir-fikirkanlah.

p/s : ada yang nak gaduh ngan aku ke? meh aku tomoi dia. hihihi

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..