Friday, December 10, 2010

Ini Cerita 30 November Yang Lepas.



Ok, dah tau kan apa ada dengan 30 November lepas. Kali ni ANL Family sekali lagi berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir salah seorang anggota family kami iaitu Cik Qareena Qaren. (perlu ke ayat skema macam karangan budak darjah 6?? Hihihi)

Ok back to the track. Suprise Birthday Party ni dirancang oleh En. Renji yang jua merupakan kekasih buah hati pengarang jantung i lap u kepada Cik Qaren. Dan aku Puan Cujen beserta suami terlibat sama sebagai orang kuat majlis merangkap tukang beli kek, tukang roger kawan-kawan lain, tukang fikir pasal tema dan tukang sibuk.

Mula-mula pening jugak nak wat suprise birthday party ni. Tak tau nak wat kat mana. Bincang punya bincang (nak bincang pun susah sebab takut kantoi ngan Qaren) last2 En. Renji cakap wat kat look out point je. Hoh?? Menatang apa look out point tu. Nasib baik ada Mr. Google. Baru tau apa itu Look Out Point. Aku panggil tempat ni Bukit Ampang je. Dah pernah pergi sini rupanya dulu. Tak tau pulak ada tempat makan-makan kat situ. Masa aku pergi dulu macam takde pape je. Ada menara tinjau tu je. Maybe aku pergi waktu siang kot. Pagi2 buta pulak tu. Dua kali aku pergi tempat ni, dua-dua waktu pagi lam kul 7 macam tu. Patutlah sunyi je macam takde pape. Rupanya ada tempat makan best.

Semua urusan booking tempat diuruskan sendiri oleh En. Renji. Aku sebagai orang kuat kononnya tidak menjalankan tugas dengan baik. Berlagak kuat seperti Malek Noor sahaja. Hihihi. Ala nak buat apa pun. Beli kek pastu tunggu je la kat tempat tu sampai diorang datang. Setting belon seperti di atas diuruskan oleh pihak restoran dengan caj RM 50 hengget. Huh! Setakat letak belon 3 singgit tu baik aku je yang buat. Weh, renji kalau aku tau la diorg wat camni je baik aku je yang buat pastu aku charge ko seratus. Meja letak kek tu pun birthday girl dah nak sampai baru nak buat. Tu pun kitaorg yang soh buat. Belon2 kat kerusi tu belum sempat duduk dah pecah. Sepecah hatiku jua. Hihi.

Kat bukit ampang tu ada 4 restoran. Look Out Point Western Food, Haven Restaurant, Panorama Restaurant dan Gasolin Cafe. (baru je tau ni sebab baru google tadi. hehehe). Renji booking kat restoran ni ; HAVEN


Heaven ke tak heaven restoran ni sat gi aku cerita eh.

Sampai sana dalam kul 8 sebab Renji nak majlis start kul 9. Orang yang menepati masa macam aku ni biasalah mestilah datang awal. Datang sama-sama ngan aku ialah Agas, Nuar & Fatin. Lepas tu baru la makhluk2 lain datang. Aimi & Boy, Zam & Aril, Naim & Zaki (mereka berdua malam tu jadi pasangan gay). Hahaha. Dvia & Mazz, Mape & Ain dan Affa & Azli. (jemputan tak ramai sebab Renji kedekut). Hahaha. Gila ko nak ramai-ramai. Mau tinggal spender je nanti si Renji. Kitaorang punya style siapa punya birthday dia yang kena belanja. Memandangkan Renji ni kekasih buah hati pengarang jantung kepada Qaren, maka paham-paham sendiri la ye. (baru ko tau Renji). Oh lupa pulak sebenarnya yang paling awal sampai Aimi & Boy.

Kat atas ni parking tak berapa susah. Bagi je kat JOKER. (laki aku cakap kat semua kereta tak payah susah-susah nak parking, bagi je kat JOKER. Caj 3 ringgit.) Aku pun sengal terikut2 dia cakap parking kat JOKER. Nasib baik takde orang perasan time aku cakap. Hihihi. Jockey la sayang. Bukan Joker.

Semua sampai before kul 9. Bagus betul diorang ni. Soh pakai baju kaler merah semua mengikut arahan. Padahal aku saje-saje je soh diorg pakai merah. Macam tak best pulak takde tema. Nanti amek gambar tak cantik. Kitaorg punya style lagi, kalau event2 mcm ni bukan nya nak meraikan sangat pun. Nak amek gambar je sebenarnya. GC - Gila Camera.


Semua berkumpul dalam bilik rahsia konon-konon nak terperanjatkan Qaren. Yang pakai baju hitam tu nama dia Zam. Dia ditugaskan untuk mengangkat kek sebab degil ketegaq takmo pakai baju merah. Tengok semua orang pakai merah, dia pakai hitam. Jotos kepala kang.

Bithday girl sampai dalam kul 9 lebih camtu. Apalagi ;


SUPRISE!!!



Sejurus selepas kami semua menjerit SUPRISE atau dalam bahasa melayunya KEJUTAN!!!, birthday girl pun pengsan kerana terlalu terkejut. Keadaan beliau sungguh mengejutkan kami. Mata terbeliak, mulut ternganga, rambut mengerbang.  Beliau telah dihantar ke hospital ampang untuk pemeriksaan lanjut dan kami meneruskan agenda makan-makan tanpa kehadiran birthday girl.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tipu je ^_^

Ini sebenarnya yang berlaku ; (malas nak taip la, biar gambar je la menceritakan segalanya)




Birthday Girl sampai. Kitaorg pun nyanyi2 lagu Happy Birthday To You. Lepas  tu birthday girl tiup lilin. Pastu kitaorang tepuk tangan. Pastu birhday girl potong kek. Kiaorang pun tepuk tangan lagi. Birthday girl suap kek kat boyfriend dia. Kitaorang pun tepuk tangan lagi. Mula-mula tepuk tangan sendiri. Pastu tepuk tangan kawan pulak. Ala, macam gimme five tu! Pastu tepuk-tepuk dah jadi tampar-tampar. Tampar-tampar jadi penerajang. Pas sume muka dah berbirat-birat barulah dapat kek sorang sepotong. Makan kek sambil mengalirkan airmata.Memang Haven! Ok, 9 ayat  terakhir tu imaginasi aku je.

Lepas potong kek, apalagi mengketedarah la. Dah la lapar. Hujan masa tu menambah2 lagi kelaparan kami. Makan free pulak tu. Haven ganda dua lah! Tapi sebelum makan amek gambar la dulu.

Ok beratur semua. Kita nak bergambar ni. Saya cakap 1,2, 3 sume senyum ok.

Ladies First!
(nak pukul tukang amek gambar sebab gambar blur...*^^&$&(%^*%^*)


Kaum bapa.
( tak payah tengok lama-lama, sume dah berpunya ^_^ )


Ok semua sekali.

One Happy Family At Home!


Dah puas bergambar?? Jom makan!

 Nak makan apa la nie. Harga boleh tahan. Habislah ko Renji.


Sedap ni.  
(sape yang order air teh tarik macam orang tua tu??)


Ok, mankanan semua dah sampai. Mari kita makan!!

Makan pun nak posing gak ke?


Tengok orang ni. Makan tak peduli apa-apa pun.


Orang ni pun sama. 
(ooo..dah tau dah siapa yang order teh tarik. hihihi)


Yang ni lagi la dasyat.


 Yang tengah bersungguh-sungguh hirup spageti tu, laki aku. @_____@


Ok dah kenyang semua?? Hadiah jangan wat-wat lupa pulak.

Yang pegang hadiah tu eksyen je lebih. Bukan hadiah dia tu. Dia datang bawak perut je. Hihi.


 Muka gembira Birthday Girl dapat hadiah.


Hadiah dah bagi. Birthday girl pun gembira. Now, picture time!!

View cantik macam haruslah semua nak bergambar kan nok.


Kita mulakan dengan gambar mamat yang perasan gambar dia macam poskad. ^_^

Shahrul Naim in da house!
(kerja bagus, baik budi bahasa, pandai amek hati orang tua dan masih bujang)


3 dara pingitan. Ok, yang belah kanan sekali tu dah hilang dara. @____@


Dua orang ini single but not available.


Pasangan suami isteri yang romantis.
(ooo..anak tinggal kat rumah yer)


Ok dah cukup..cukup. (sakit hati sebab gambo aku ngan laki aku kat view cantik ni takde).Aku pun nak wat poskad jugak weh. Ni mesti ade orang nak sabotaj aku ni. Ciss!!


Ok laki aku takde dalam gambar. @______@







Oh lupa pulak gambar paling mahal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

RM 641.30

Yang penting fully sponsored by En. Ranji Shiro.

Mekasih En. Renji. 
Saya wakil dari ANL Family mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput kami dan membelanja kami sehingga kekenyangan. (saya merasa bersalah kerana order makan banyak-banyak). Hihihi. Semoga murah rezeki En. Renji sekeluarga. Nanti boleh la belanja kami selalu. (^_^).
(kan best kalau birthday Qaren sambut setiap bulan)

Lastly, Happy Birthday to Qaren!
May God Bless You Dear!!

p/s : kualiti gambar kurang memuaskan kerana semua tak pandai setting kamera. apa nak buat, takde sape pun dalam ANL Family ni amek photography masa belajar dulu. Hehehe


Just a reminder; Restaurat Haven ni memang best sebab view cantik. Kalau nak sambut birthday kat sini ok la. Tapi honestly cakap, makanan dia kureng memuaskan. Tahap boleh tahan je la. Air dia tak best. Juice tak bape fresh. Lagi satu service tak berapa bagus. Aku order air Barbican yang dalam botol tu pun amek masa dekat 20 minit. Pastu waiter tu nak kerek pulak. Waiter n Waitress diorang pun nampak tak terlatih. So sesape yang teringin nak pergi tu don't espect to much la for their food. But view memang nice!

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..