Monday, December 27, 2010

JODOH.

Tadi tak ada kerja aku saje-saje la buat applicationn My Status In 2010 kat Facebook. Ha, amek ko sampai 43 page aku punya status untuk tahun 2010 je. Huhuhu. Bila baca balik rasa cam kelakar pun ada. Bodoh pun yer jugak. Semua benda nak update kan. Perlu ke???? Hehehe.

Tapi kan dalam banyak-banyak status aku tu, aku tertarik dengan satu status aku ni.




Status aku pada 18 Februari 2010;

"Aku dapat rasakan jodoh aku dah nak sampai tak lama lagi. ekekkeke...boleh tak rasa camtu???"  


Ok, aku jumpa dan kenal laki aku pada 21 Februari 2010!


Maknanya 3 hari sebelum jumpa dia aku macam dah dapat rasa dah kehadiran dia dan juga jodoh aku..Wahahahha statement geli betul. Tapi serius beb, masa aku update status macam tu memang perasaan aku kuat yang jodoh aku nak sampai. Aku tak tau nak describe macam mana tapi perasaan tu memang ada. Tapi aku wat tak tau je sebab masa tu boyfren pun takde. Jangan kata boyfren, bayang-bayang boyfren pun tak nampak. Tapi itulah yang dikatakan jodoh. Jumpa dan kenal bulan Februari. Bertunang bulan Jun. Kawen bulan Oktober. Tak sangka kan?

Betul la cakap orang, jodoh tu akan datang jugak dalam situasi dan masa yang langsung kita tak boleh duga. Yang penting percayalah kata hati anda. ^_^


You Complete Me

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..