Monday, December 20, 2010

Pertama Kali Pergi Kenduri Kahwin Member Yang Dah Ada Anak.

Er, jangan salah paham yer. Maksud aku diorang dah nikah lama, masa diorang study. Pastu lom sempat kenduri dah termengandung pulak. Sekarang baru dan nak buat kenduri kot. Kalau camtu nak panggil apa yer? Nikah gantung eh? Tapi macam best la pulak. Sanding sambil pegang baby. Kalau baby kembar lagi best. Hehehe.


Semua nak berhimpit-himpit masuk dalam gambar.
Yang penting muka aku paling besar skali. Hihihi.


Kek diorang banyak weh. Bertingkat-tingkat.
Rasa nak mintak je satu tingkat.
(er, bukan saya yang mintak. baby dalam perut yang mintak.hehe)


Kaum lelaki yang dok depan tu kena belajar behave semasa bergambar yer.


Ni orang panggil apa ar? GAMELAN eh?
Best.






Yang penting gambar tuan punya belog mestilah over kan. Dua-dua baju tu paksa mak aku siapkan malam sebelum pergi kenduri. Mak aku memang camtu. Kalau anak-anak dia punya baju esok nak pakai malam ni baru siap. Alasan, 'buat baju ko tak dapek duit'. Mak, upah kasih sayang lagi bernilai dari wang ringgit tau. ^_^



Ha, ni aku nak iklan kejap.

Mak aku tailor kat Putrajaya ni. Wah, cam hebat je. Hehe. Eh, tapi betul la. Tukang tailor dalam bahasa melayu kan tukang jahit. Mak aku amek upah jahit baju kurung, kurung moden, baju melayu, baju kurung kedah (ade lagi ke orang pakai baju kurung kedah macam opah nie?), langsir, jahit seluar koyak dan apa-apa je la yang boleh dijahit. (selagi ianya melibatkan kain dan bukan daging). Kebaya tak amek. Sebab mak aku malas nak buat.


Harga yang aku tau;

Baju kurung RM 35.
Kurung Moden RM 40. (baru naik harga sebab zip mahal)
Baju Melayu RM 70.


Ah, banyak pulak aku nak taip. Apa-apa call je mak aku 013-2575210. Panggil je Cik Misah, eh Puan Misah. Misah tau, bukan MISAI. Ko sebut misai nanti mak aku jahit baju ko jadi guni.

8 comments:

  1. statement ko bikin aku jd kak nam lar. hahaha ;)

    ReplyDelete
  2. haha..sebelum ko tanya aku mmg dah agak .. tapi malas nak delete..

    ReplyDelete
  3. Nak tempah baju kurung moden kain dr Indonesia boleh? Harga sama ke ikut jenis kain? :)

    ReplyDelete
  4. sama je..kalau lining je kena charge double..

    ReplyDelete
  5. ala bestnye cujen.klu dekat tiap2 bulanlah aku tempah ;D

    ReplyDelete
  6. wahhh akhirnya dh jumpe pengganti tailor ku

    ahaksss
    nnt aku nk anto kain utk ditempah yek

    ReplyDelete
  7. haha..boleh2..kalau melalui aku, nnt aku charge kos perkhidmatan... ;p

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Hi Cujen!
    Putrajaya kat pesint bape ek?
    Sy dok pesint 9..sush nak cari org jait bju kurung la skrg..lau ade pon lambat..huhu ade yg smpai 2 3 bulan..cutting pon da lari..huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..