Friday, January 29, 2010

Kadang-Kadang Dilanda Masalah Pun Satu kebaikan.





Sekarang ni kalau aku tension, aku suka iron baju sambil dengar lagu-lagu syahdu. Dan hasilnya, baju kerja untuk 2 minggu siap di iron. Tapi kesan dengar lagu-lagu syahdu buat aku migrain. Sebab terlalu menghayati lirik yang tah pape. Ah lepas ni tukar lagu dangdut la.

Goyang Inul satu!!!!

Tuesday, January 19, 2010

Aku Benci Belon.


Kalau nak rasa penerajang maut kaki cagu dan tumit merekah, sila lah bawa belon tu kat aku. Tengok apa jadi.

Siyes beb, aku memang tak suka belon. Sebab aku tak suka rasa terkejut bila belon tu meletop. Tapi kalau belon tu tak meletop pun aku tetap tak suka. Pendek cerita cujen dengan belon ibarat air dengan minyak. Langsung tak ngam. Tak payah susah payah nak satukan diorang. Memang takkan menjadi.

Aku pernah gaduh macam nak perang dunia dengan ex aku disebabkan belon je. Masa tu aku nak keluar dating dengan dia. Macam biasalah, aku kena gi amek dia sebab dia miskin takde kereta. Masa dalam kereta tu, tetiba dia bawak keluar belon yang belum tiup lagi. Aku diam je sebab aku ngah drive kan. Perhatian kepada pemanduan harus ditumpukan sepenuhnya. Aku cakap kat dia, kalau nak main belon ke ape main kat luar. Lepas keluar dari kereta. Tapi dia memang bangsa degil, sengaja nak menganjingkan aku. Dia tiup belon tu depan muka aku. Hoh!! Pantang betul aku kalau orang menganjingkan aku ni. Aku dengan pantas amek belon tu, baling keluar pastu aku langgar laju-laju belon tu sampai penyek. Padan muka!!

Dia tak puas hati ngan aku sebab dia kata dia sayang belon tu. Dia cakap belon kaler merah dengan perkataan HOTLINK macam tu susah nak dapat. Hoh!! Sekali lagi aku panas hati sebab dia kata dia sayang belon tu. Means dia sayang belon tu lebih dari aku la? Cilakak sungguh. Dan perkara tu menyebabkan jalan kat puchong tu sesak sebab kitaorang bergaduh kat tepi jalan. Tah berapa ramai yang menyumpah kat kitaorg pun aku tak tau la.

Kejadian tu menyebabkan tahap kebencian aku kat belon makin menjadi2. Sampai sekarang aku dendam dengan belon. Aku benci kau belon!!

Thursday, January 14, 2010

Mari Menconteng Muka.

Aku bukan jenis orang yang pandai mekap. Disebabkan aku tak pandai mekap, jadi aku pun tak berapa nak suka mekap2 ni. Tapi kalau aku pandai mekap mungkin aku akan jadi orang suka bermekap. Dan mungkin aku akan mengalahkan Ratu tepung gomak aka bini Mawi aka Ekin. ^_^.

Aku start pakai mekap bila aku dah keje. Tu pun belajar sket2. Kalau tak sebelum ni memang aku tenyeh compact powder johnson & jonhson dengan lip ice je. Mula-mula aku belajar pakai eye liner dulu dengan housemate aku, Farain. Ingat lagi masa mula-mula aku try pakai eye liner tu. Hampir-hampir jugak la aku hilang nyawa sebab eye liner tu asik nak tercocok dalam mata aku. Nasib baik masa kecik2 mak aku bedung tangan aku. Dan kesan dari pembedungan tu, menghasilkan kawalan tangan yang baik. Tapi aku cepat give up. Lepas pakai eye liner sebelah mata aku dah malas. Gile ko nak bahayakan nyawa sendiri. Pastu aku wat bodoh je la dengan eye liner sebelah tu. Aku tgk kat cermin mcm biasa je. Cam takde beza pun. So, aku pun melangkah keluar dengan penuh confident.

Elok je aku nak melangkah keluar dari rumah tetiba si Farain ni tegur;

" Weh, asal mata ko sepet sebelah? Kena gigit semut ke ape?"

Hohoho, sekali rupanya member aku perasan daa. Aku ingat takde org perasan. Kalau tak, naye je aku pergi kerja dengan rupa macam tu. Mesti orang ingat aku dah hilang akal. Isk.

Tapi tu cerita 6 tahun lepas. Sekarang ni, setakat nak pakai eye liner tu sambil tido pun boleh. Hihi. Panjang pulak mukadimah aku. Sebenarnya aku nak buat review je pasal produk Skin Food yang aku beli hari tu. (Sila rujuk entry Kenapa Orang Cakap Hari Insin Tu Monday Blues?).

Keesokan hari lepas aku beli mekap based Skin Food tu aku pun try ar tonyoh kat muka aku tangok apa jadi. Gigih aku bangun awal nak wat demo punya pasal. Dan hasilnya;









Amacam? Ok ka? Takde perbezaan ke? Hmm. (kecik ati tau kalau korang kate tak ada beza. puas aku dok tenyeh mekap tu kat muka aku. ciss!!). Takpe, meh aku tunjuk rupa aku sebelum dan selepas ok.




Ok, ni muka suci aku. Muka tanpa secalit mekap. Natural beuty gitu. Ahaks.


Ni pulak rupa aku tanpa menggunakan mekap based Skin Food.
Lepas cuci muka terus tepek fondation.
Buruk betul. Bertompok2 muka aku.
Tergamak aku pergi kerja dengan rupa macam ni.
Haish!!



Dan yang ini setelah menggunakan mekap based Skin Food tu.




Hehehe. Beza kan? Tu lah aku dah cakap. Tapi, aku takdelah mekap boombastik sangat. Ok la setakat nak pergi kerja. Nak kasi muka tu ceria sket. Takdelah pucat lesi macam mayat. Kalau mekap tebal2 kang terperanjat pulak bos aku. Macam ni kira ok la kot.

Apa yang aku suka pasal mekap based Skin Food ni, dia buatkan wajah aku nampak macam glow in the dark gitu. Hehehe. Maksud aku nampak glow la. Shining2 gitu. Bila pakai fondation pun nampak rata. Takdelah aku usung muka bertompok2 tahi unta aku tu. Mekap yang aku guna pun takdelah mekap mahal. Biasa-biasa je. Budak sekolah pun mampu beli.



1. Loreal True Match Minerals RM 65.00

2. Skin Food Line Secret Shine Base RM 48.00

3. Lipstick Maybelline Water Shine (Color BC 11) RM 22.00

4. Loreal Liquid Liner RM 30.00

5. Silkygirl Shimmer Duo Blusher ( Rose Petal) RM 17.00

6. Maybelline Clear Smooth Compact Powder RM 19.00

7. Maybelline Eye Studio Eye Shadow (Autum Spirit) RM 30.00

8. Relian Mascara RM 30.00

9. Avon Glimmerstick Eye Liner RM 10.00


Total semua RM 271.00. (Harga aku bundarkan kepada bulat yang hampir ok).
Takdelah mahal sangat. Biasanya mekap aku ni boleh bertahan 2 bulan untuk fondation dan shine base tu. Macam liquid liner, lipstick, eye shadow, blusher dengan mascara tu boleh bertahan berbulan-bulan. Menang membeli menang memakai. Tak salah kan?

Ok, selamat mencuba! ^_^


p/s: Gambar-gambar di atas adalah zero editing and taken from Sony Cyber Shot DSC-W35.

Tuesday, January 12, 2010

Bertukar Menjadi Cleopatra.

Aku tau ramai yang menantikan gambar2 ekslusif Cik Affa Dot Azra yang baru je memotong pendek rambut beliau hasil hasutan jahat Cik Cujen The Lejen.


Sabo ye anak-anak.


Aku punya internet macam haram pulak hari ni. Lembap macam siput BABI. Oh internet, kor memang dengki ngan aku. Kor memang selalu tak puas hati aku kan? Kor memang tak suka tengok aku senang kan? Kor nieh!! (Macam annoying pulak taip perkataan ko dengan perkataan kor). Actually ade sorg kawan aku ni bos dia kalau marah akan hantar msg mcm tu. Perkataan kau atau ko tu digantikan dengan kor. Contoh ayat "weh sepul, kor dah tiga minggu tak masuk office. kalau kor tak masuk office esok, aku terminate kor!". Hahaha, annoying gila kan? Bajet dah cukup ganas ar guna perkataa kor tu. Hihihi.


Ok, back to the topic pliss. (suka sangat melencong ke tempat lain. patur ar entry aku tak pernah pendek2.) ^_^


Mesti ada orang cakap, ek ele ape yang best sangat si Affa tu potong rambut sampai ko nak publish dalam blog ko? Sape dia tu? Lawyer? Doktor? Majistreet? Masterji??? Eh, masterji tu M. Nasir. Nasir tu bos aku. Bos aku tu orang yang akan bagi markah SKT untuk aku. Orang yang bertanggungjawab rekemen aku untuk dapat Cemerlang tahun ni. Kalau aku dapat Cemerlang tahun ni, nanti aku dapat sijil dengan duit RM 1000. Kalau aku dapat duit RM 1000 boleh la aku belanja korang coki-coki sorang satu. Ish ish ish tak sangka kesinambungan dari perkataan Masterji boleh membuatkan aku kebarangkalian untuk mendapat RM 1000. ^_^


Sebenarnya takde apa yang best pun, cuma semenjak aku berkawan dan pernah menjadi musuh dan kemudian menjadi kawan balik dengan si Affa ni, aku tak pernah tengok dia rambut pendek. Kalau potong pun, potong sikit je. Sikit sangat sampai tak nampak beza. Ibarat melepaskan kentut di angin lalu. Eh, ada ke peribahasa macam tu. Ok, peribahasa baru. Sila catat dalam kamus yer.


Fokus. Fokus. ~_^


Bayangkanlah weh, sepanjang 6 tahun aku kenal dia tu rambut dia kalau tak rebonding, dia buat curl. Rebonding, curl. Curl, rebonding. Bosan aku nyah. Aku punya rambut pulak macam-macam gaya penah aku buat. Botak je belum pernah cuba. Tapi memandangkan masalah keguguran rambut yang aku alami sekarang, ada kemungkinan aku akan jadi botak. Takutnyerrrrrr!!!


Puas jugak la aku pujuk si Affa ni soh potong rambut. Tak dihapiknya aku. Dalam diam-diam dia pergi saloon wat curl. Tapi, malang sungguh nasib beliau sebab rambut yang menjadi idamannya akhirnya menjadi seperti rambut singa. Hahaha. Kesian. Tu la takmo dengar cakap aku, kan dah kena tulah. Tak sampai 3 jam wat curl dah lurus balik rambut dia. Membazir duit jek. Ko sedekah kat aku ade jugak faedahnya nok.


So semalam, aku dengan Cik Dolly telah menemankan Cik Affa untuk mengalter balik rambut dia. Payah betul nak yakinkan Affa ni. Ade je alasan dia. Tapi, akhirnya kuasa hasutan aku berjaya meresap dalam fikiran Affa. Gambar di bawah membuktikan segala-galanya;


O, senyum ko yer? Nanti la ...


Rambut asal


Jeng jeng jeng.


Setelah hampir 3 jam lebih aku dengan Dolly tergolek2 kat saloon tu menunggu Affa, akhirnya siap jugak rambut dia. Hadoi, lama betol buat rambut ni. Patutlah orang lelaki tak suka teman pompuan pergi saloon. Boring gila. Habis semua majalah aku khatam. Siap terkentut2 tah bape kali. Tak senonoh betul!

Nasib baik hasil memuaskan. Macam Cleopatra wa cakap lu. Tak caya? Cayolah cakap den. Ni ha buktinya.















Hahaha.
Semua dah kena tipu.
Sebenarnya mana ada Affa potong rambut.
Saje je wat gempak ^_^















Yer la, yer la aku letak la gambar betul.






Gojes nyah!!
Barulah nampak lain sikit.
Takdelah sama je kan.
Berbaloi2.


Ada orang cakap aku dengan Affa dah macam adik beradik.
Sama ke?

Monday, January 11, 2010

Kenapa Orang Cakap Hari Insin Tu Monday Blues?

Macam biasa, tajuk tiada kena mengena dengan entry. ^_^

Hari ni baru aku berkesempatan nak update belog kesayangan aku ni. Itu pun update ringkas je sebab entry aku yang panjang berjela tu tak dapat nak dipublishkan lagi sebab gambar2 sokongan belum dapat lagi. Gambar semua banyak dalam kamera En. Syaiful aka Mr Kelly. Semenjak pakai telefon hina yang takde kamera canggih, nafsu nak amek gambar pun jadi terbantut. Aku pulak jenis malas nak bawak kamera. Suka pakai kamera henpon jek. Senang dan cepat. Lagipun leceh la bawak kamera ni. Tiba time bawak beg kecik, dah tak muat nak letak kamera. Kalau pakai henpon kan senang. Sebab henpon adalah perkara perkara wajib yang perlu di bawa kemana-mana. Betul tak? Eh, kenapa pulak mesti nak elobrate pasal gambar ni panjang2? Entry ringkas konon. Cet!!

Tengahari td aku lunch dengan Cik Affa, Cik Dolly and Cik Hawanis. Welcome back to Cik Hawanis yang kembali bekerja setelah bercti belajar selama 3 tahun. Best betul ko yer cuti lama2. Pastu bila nak kerja balik dah malas kan?? Tapi takpe, nnt aku akan rajinkan ko balik. Rajin mengulo. Hehe. Mentang2 dia dapat opis sebelah ngan opis aku. Pasni senang la aku nak ajak gi berpoya-poya.

Ni la Cik Hawanis, housemate aku selama 3 tahun sebelum
dia pergi sambung belajar dan meninggalkan diriku. Huk huk huk.

weh, apsal aku nampak besar daripada ko ar?
nampak kepala aku besar.
tak suka. tak suka. hish.


Cik Affa yang gojes dan Cik Dolly yang comel.
Dolly dengan rambut barunya.
Comel gile!


Hari ni lunch burger king sambil terbahak2 gelak dengar cerita Affa kena rush time karaoke. Masuk ni dah kali kedua kena rush time karaoke. Sekali tu aku pun ade jugak. Kali ni aku sepatutnya ada jugak tapi aku telah berpaling tadah dengan tidak mengikut mereka. Hehe. Kira kali ni aku bernasib baik la. Tapi, agak rugi jugak sebab dah dapat menyaksikan kejadian Mr Kelly menganjingkan Encik Polis. Ciss. Takpe2 next time kita pergi lagi ok. Kali ni takmo berpaling tadah dah. ^_^


Borak punya borak tak sedar jam dah kul 2.30. Buat relax macam opis bapak ku yang punya. Hehe. Takpe, dah sms bos cakap lewat sikit. Biasalah, bos tak reply sms. Diam tanda setuju kan? Hehe. Sebelum balik sempat menyinggah Watson dan Skin Food beli menatang ni;



3 barang ni je dekat 150. Mahal nak mampus harga barang2 sekarang. Tensen pulak aku. Itupun aku pakai jenama murah jek. Tak merasa la nok nak pakai MAC bagai. Takpelah, muka aku pun ala kadar je so pakai mekap pun yang ala kadar je la kan. Ikut kemampuan kata orang. Lagipun nak pergi office je. Mekap nipis sudah.

Make up based Skin Food tu aku beli sebab teruja dengan blog dia nie ---> Dartdadada. Ada satu entry tajuk simplest make up. Korang scrool la sendiri yek. Malas nak copy paste. ^_^. Lam entry tu dia ada bagitau cara-cara mekap yang simple and tak makan banyak masa. Memang sesuai la untuk org yang susah gile bangun pagi mcm aku ni. Yang cuma punya masa 20 minit untuk mandi, pakai baju dan make up. Kebetulan pulak aku ada dapat sample make up based skin food ni ari tu. Aku dok simpan je dalam handbag sebab tak tau menatang ape mende tu. Pas baca entry tu, dengan lajunya aku selongkar balik handbag aku. Sib baik ada lagi. Ape lagi, test ar kat muka. Best jugak la make up based ni. Ada shining2 gitu. Tapi tak puas sebab dapat pakai sekali je. Dah nama pun sample kan. Hehe. Tu yang bergegas gi cari kat Skin Food.

Alang-alang dah membeli tu, aku beli la sekali mineral fondation tu. Aku memang failled bab sapu fondation liquid ni. Selalu je tak rata. Bercapuk2 muka aku. Dah macam panau je. Tu yang aku tukar pakai yang jenis lain pulak. Bab kata Cik Dartdadada, mekap brand bodoh pun kalau tak reti apply tak cantik jugak. Harap2 kali ni ok pulak. Nanti aku wat demo, kalau menjadi aku publish la kat sini. Kalau takde entry tu korang anggap je la aku failed.

Ok, dah kul 5. Kejap lagi Cik Affa nak datang. Nak teman dia gi potong rambut. Huhu. Akhirnya berjaya jugak aku menghasut dia supaya memotong rambut. Nanti aku update lagi.

Bai.

Monday, January 4, 2010

Hai 2010!


Tak ada yang menarik menjelang tahun 2010 selain dari berita kenaikan pangkat yang memang dah dijangka dari awal. Lain-lain semua suck. Sambut tahun baru dalam keadaan hati yang sakit dengan perangai ketua keluarga yang tak boleh nak diharapkan. Susah kalau berbicara dengan orang yang tak nak dengar pendapat orang lain. Yang anggap diri sendiri betul, ego tinggi melangit dan tak sedar tanggungjawab sendiri. Keputusan tu, kalau tak menyusahkan orang lain takpelah jugak. Ini tak, seluruh keluarga kena tempias. Cakap lebih-lebih kang dikata si tanggang pulak. Susah betul nak jadi anak solehah. Nasib baik syurga di bawah tapak kaki ibu. Kalau tak, konpom aku dah jadi ahli neraka.




Malam new year berpelesaran di Bukit Bintang memerhati gelagat rakyat Malaysia. Tak sempat pun nak tengok bunga api. Lagipun rasa janggal pulak bila berpeleseran tak tentu hala macam tu. Rasa macam.....argh...mungkinkah sindrom org tua semakin mengampiri aku. Isk. Tahun ni aku dah 26 tahun beb. Gila tua. 4 tahun lagi nak menjangkau usia 30 tahun. Sempat ke cari calon suami sebelum umur 3o? Haih!

Oh ya, 01.01 ari tu jumpa balik my ex fiance yang first tu. After 3 years tak jumpa. Dia teman aku balik kampung. Family aku semua terkejut. Ingat aku dah sambung balik ngan dia. Mak aku pulak beria-ria soh aku rujuk balik. Maklumlah, dulu dia lah menantu pilihan kononnya. Hmm, kadang-kadang apa yang kita nampak mudah tu tak lah semudah yang disangka. Even aku masih sayangkan dia tapi aku akur dengan kehendak takdir. Ada sebab kenapa aku tidak dijodohkan dengan dia. Dan aku belajar terima hakikat itu. ~_~

Itu je yang dapat aku coretkan untuk entry pertama tahun 2010 ni.

Tak terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua.

Dan HAPPY BIRTHDAY untuk mak aku yang sambut ulangtahun kelahiran yang ke 48 pada 01.01.

Dan juga untuk my ex Bawan, yang menyambut ukangtahun kelahiran ke 27 pada 02.01. Tak lupa buat my friend, Cik Ell Elina yang berkongsi tarikh dengan my ex tu.

May God Bless U All.