Tuesday, February 23, 2010

Hello Dua Puluh Enam.


Ok, rasa sangat tua bila umur dah menginjak ke 26. Rasa macam ...... arghhhh TIDAK!! Lagi empat tahun je nak ke angka 30. Takpe takpe, apa ada dengan angka kan? Yang penting mintain. Kan? Kan?

Tahun ni adalah tahun paling banyak aku terima ucapan Happy Birthday. Berduyun2 msg masuk. Kat FB lagi. Nak sebut satu2 memang tak larat la. Apepun thanks sangat2 kat korang yang wish tu. Sayang korang. Muah. Muah. ♥♥

Tahun ni jugak first time aku celebrate birthday aku. Sebelum ni memang tak pernah celebrate pun. Dan aku pun tak pernah amek kisah bab birthday2 ni. Bukan penting pun. Tahun ni kira pecah rekod la sebab aku celebrate bithday aku. Kat club pulak tu. Dah la aku tak biasa clubbing2 ni kan.

Tapi, bithday party aku pun tak dirancang. Semua main up jadi je. Aku tak plan pape pun. Asalnya petang tu aku ikut Cik Affa pegi main boling dengan geng2 ANL (All Nite Long). Lepas main boling teman Affa amek kawan dia. Pastu dah keras tak tau nak gi mane. Aku cadang kat affa pergi karaoke je. Tup2 ade pulak geng2 ANL msg affa kata nak gi club. Kebetulan kawan affa pulak kerja kat club yang diorang nak pergi. So, affa ajak celebrate sekali kat club. Kesian Anis, aku dah msg dia ajak karaoke. Sanggup tu nak datang dari Seremban. Sekali tak jadi pulak. Haha. Sorry la beb. Benda tak dirancang macam tu la jadinya.

Malam tu jugak bergegas pergi cari baju. Nak balik rumah bersiap2 memang tak sempatnye. Lagipun kalau dah balik rumah, jawabnya celebrate dalam mimpi jer la. Memandangkan aku birthday girl malam tu, haruslah pakai baju yang menyerlah kan. Amek kau, kaler merah menyala aku pakai. Sekali baju aku boleh sama kaler pulak dengan En. Selamat. Haha. Dah macam kapel pulak aku ngan dia malam tu. Hentam je la nok!!

Sama kan? Kain satu kayu agaknya ;p


Memula kan, aku agak blur la sebab takkan nak celebrate bodoh gitu je. Dengan kek apa sume takde kan. Aku cakap kat affa, dia buat tak reti je. Rupanya dia dah merancang dengan Cik Ell beli kek. Patut ar wat diam jek. Hampeh tul. Apepun thanks sangat kat korang for the yummy cake. ^_^. Kek yang sedap tu dah 'diselamatkan' oleh En. Selamat. Hihi


Cik Ell yang sopan sebab tertipu kata nak pegi karaoke je.
Hehe.


Again, million thanks untuk korang2 yang datang celebrate my birthday. To Affa, Ell, Syazwan, Sham, Zed, Kelly, Wan (dua orang budak ni telah melarikan diri dari majlis. hampeh betol korang. terkilan aku tak dapat amek gambar ngan korang masa tiup lilin), and sume geng2 ANL yang sangat sporting dan happening. (Linda, Hunny Madu, Selamat, Aril, Naim, Zaki, Mas, Zam, Mustrun, Sasha, Are Chong, Fifi Lulu, Dvia, Renji and sume2 la). Sorry kalau ada nama tak disebut.

I had a great bithday party with all of u! Enjoy the pics. ^_^


Aku & Selamat yang menjadi tumpuan ;-p


Officially 26. Huhu. Dah tua la kamoo.
Bawak2 la ubah perangai tu. ;p



Aksi berani mati dari Selamat.
Haha.



Geng2 ANL yang sangat happening.


Yeye. Dapat munge!!
Zed Zabidi Enterprame.


Kena tarik ke dance floor oleh si gadis manis, Cik Hunny Maddu.



Cujen u all!!

Tuesday, February 16, 2010

Wedding Present.

Hari cuti berjalan-jalan di Ikea semata-mata nak cari hadiah kawen untuk kawan-kawan. Tapi, macam biasalah kalau dah pergi Ikea tu lain nak dicari lain pulak yang dibeli. Nasib baik kedudukan kewangan tidak mengizinkan. Kalau tidak, mau penuh troli tu dibuatnya.


Berangan nak ade work space sendiri kat rumah.


Bilik santai aku. Hihi


Best gila kalau ade buaian macam ni dalam bilik.



Aku ada berkenan satu poster besar kat Ikea. Gambar kota London ada bas besar. Cantik gileeerrrr!! Tapi, mahal la pulak. 300 untuk poster sahaja. Erm, mungkin lain kali je la. Tapi kalau ade sesape nak hadiahkan pun best jugak. ^_^.



Hadiah yang dah siap dibungkus. Ada kecik ade besar. Tapi, harga sama jek. Kena bajet kali ni sebab banyak sangat orang kawen. Hehe

Saturday, February 13, 2010

Walimatul De' Urusin

Assalamualaikum.

Yo, what's up! What's up!

Dengan penuh kesyukuran ke hadarat ILLAHI, sejambak mawar, setepak sireh, secucuk nugget, sebalut lenteng, segulung besi dan sekeping saman ku hulurkan untuk mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik/Wak/Kawe/Lu/Korang/Mung/Demo/Hang/Kome/Aney/Auntie

..............................................................................
suami/isteri serta keluarga ke majlis pelamin anganku musnah

eh silap-silap

ke majlis persandinganku dengan oh, heroku!
(nama dirahsiakan sebab calonnnya masih belum ketemu!!)

Pada hari Jumaat 11.11.11 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1432H
Kat hotel termuka di KL
(sila rujuk globe yang diberikan).

Diharap dengan kehadiran kehadiranmu semua akan meramaikan lagi
tetamu yang datang dan menghabiskan makanan yang ada.

Turut mengundang:
Seisi keluarga

Aturcara majlis:
Makan sampai kenyang sepanjang masa
2.00 petang - tengok pengantin

Hubungi kami sekiranya sesat di talian:
994/999




Tu dia kad kawen aku. (lagi 2 tahun). Tertekan aku sebab banyak sangat terima kad kawen untuk bulan Februari dengan Mac. Maunya tak tertekan, dua bulan ni hujung minggu je penuh dengan jemputan kawen.

Ni senarai jemputan perkahwinan yang aku terima setakat ni


HAWANIS - 14 Februari (Segamat, Johor).
ONNISYA - 21 Februari (Segamat, Johor).
APY - 27 Februari (Kulai, Johor).
ANIE - 28 Februari (PJ, Selangor)

IZA - 7 Mac (Seremban, N9).
FARAIN - 28 Mac (JB, Johor).


Kawan-kawan rapat lak tu yang nak kawen. Kawan-kawan yang pernah tido sebantal, makan sepinggan, yang pernah pinjam underwear ngan bra aku sebab tak bawak spare (Iza Hairani, ko ingat lagi tak insiden tu?), pernah sama-sama gi keje naik bas pastu round satu Putrajaya sebab salah naik bas, sama-sama kena halau dari rumah sebab sewa kuarters kerajaan (kenangan paling tak boleh blah dengan hawanis), sama-sama sesat kat Kajang lepas gi amek keta baru...dah la tu, punya sexcited dapat keta, bila bawak lupa nak turunkan handbrake..pastu marah2 sebab kata keta tu tak laju..hahahah (fara, ko ingat tak?), pastu kawan yang pernah sama-sama teman ita gi jogging kat atas bukit Putrajaya sebab dia nak kuruskan badan. Sudahnya kita tak jogging pun, bergambar je lebih. (ingat tak anie??) Ah, pendek kata kawan-kawan rapat la. Sebak rasanya bila tengok korang dah nak kawen. Lepas ni tak boleh la melepak macam dulu lagi kan. Masing-masing dah ade komitmen. Huwaaa....sebak la pulak tetiba :-(


Ok ok fokus. Kawan nak kawen patutnya aku gembira. Ade plak nak sedih2. Tak rasional sungguh. Sebagai tanda aku gembira, meh aku nyanyikan lagu tuk korang;

"betapa sedih betapa pilu, melihat engkau berdua si situ,
bersama duduk di atas takhta
di hari persandinganmu"


Eh, salah CD pulak.
Tukar2!!


"selamat pengantin baru, semoga kekal abadi,
bahgia ke anak cucu , sentosa murah rejeki
alhamdulilah bertemu jodohnya....

ok, saya kunci lirik ni!!
cis, sekali lupa lirik daaa!!



Alamak, lupa la hadiah Hawanis belum lagi nie. Ayoyoyo. Sempat ke nak g cari nie? Korang ada idea hadiah ape biasanya orang bagi for wedding gift selain dari pinggan mangkuk? Aku nak yang lain dari yang lain. Bajet bawah RM50. Hahaha. Bukan kedekut, jimat cermat amalan mulia. Kan? Kan?




Tuesday, February 2, 2010

Kill.Kill.Kill. Die.Die.Die.

Keheningan pagi ahad aku dicemari dengan gegaran 'gempa bumi' berskala ritcher 4.5. 'Gegaran' itu telah menyebabkan ketidakseimbangan yang dasyat dan hampir2 menyebabkan katil aku terbalik. Dalam keadaan mamai dan hampir tergolek, aku sempat memegang erat bantal peluk kesayanganku. Serentak dengan itu juga tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang sangat kuat ibarat halilintar memecah bumi. Masyaallah, bunyi apakah itu? Malaikat Israfil dah meniup sangkakala ke? Kedengaran jugak nama aku disebut-sebut diselangi dengan bunyi kuat tersebut.


"Suzan!!" "Suzannnnnnnn!!!!!"


Aik, macam pernah ku dengar suara ini. Perlahan-lahan aku bukak mata. Cuba mengamati keadaan sekeliling. Tapi cahaya yang terang menyebabkan pandanganku silau. Kat mana aku ni?? Dalam keadaan blur tu, aku sekali lagi dikejutkan dengan suara garau yang amat ku kenali.


"Woiii, bangunlah!!. Ya Allah, tido lagi budak nie"


Sepantas kilat aku bukak mata dan ternampak la satu lembaga depan mata aku. Eh, apasal muka dia sama ngan muka aku ar?? Tapi badan dia besar dari badan aku, rambut dia pun pendek sket. Isk, sape dia nieh?? Kenapa muka dia sama ngan aku??


"Oi, aku lah. Cepat ar siap. Kate nak main paintball"


Hoh! Baru teringat. Rupanya hari ni dah janji dengan En. Adi dan Cik Affa nak main paintball. Isk, aku ingat betul2 gempa bumi tadi. Sekali rupanya si Affa ngan Adi ni dok gegar umah aku setelah 34 kali panggilan telefon tak dijawab. Hehe. Sorry la beb, dah jadi habit aku silence phone time2 hujung minggu. Nak2 pulak hari ahad. Sape rajin nak bangun pagi2 nok?? Ayam pun tau rehat time hujung minggu tau.


Tapi hari ni terpaksa jugak melangkah dengan penuh kemalasan. Aku sempat cuci muka ngan gosok gigi je. Nasib ar korang. Pakai baju pun main sarung je apa yang sempat dicapai.


Kitaorang sampai lewat ke tempat yang dituju. Dah dah, jangan nak salahkan aku eh. En. Adi pun lewat jugak. Kate kul 8 standby. Macam kul 8.40 ko baru bangun kan. Dah la tu, bukan nak call time gerak dari rumah. Dah sampai putrajaya baru nak call. Nasib gi amek affa dulu. Hihi.

Sampai-sampai je sume org dah standby. Rasa cam VIP lak datang lewat. Haha. Banyak ko nye VIP. Dah ar tak kenal sume org kan, pastu lambat pulak tu. Isk, jatuh reputasi aku. Ni sume Adi punya pasal. Tak kira, nak salahkan Adi jugak. ^_^. Dah la baru first time nak main paintball ni. Haish!!

Dah sampai di medan perang. Aku masih dalam keadaan blur.
(mau tak blur, bangun2 je terus siap nak gi perang.)


Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang. Siap sedia berkorban. Untuk ibu pertiwi!!
Percaya tak aku cakap kitaorang kena nyanyi lagu ni sebelum mula.

Tak yah caye ar sebab aku tipu je. Hihi
(muka masing-masing ganas macam komando. abis ar aku)


Aku masih tak ilang lagi blur. Ade ke nak g perang nak bawak beg??
Hilang akal ke ape?? Isk..Isk..Isk..


Setelah lebih kurang 10 minit streching mulut (taklimat dan berkenalan sesama sendiri), pembahagian kumpulan pun dijalankan. Dah nasib kami (Aku, Adi n Affa) tak dapat satu kumpulan. Bagus. Ada can aku tembak Adi. "Siap la ko Adi, tepat kat montot ko aku shoot nanti", kataku di dalam hati sambil ketawa terbahak-bahak. Muahahaha. Ok imaginasi aku je. (padahal aku diam je sebab blur).

Kitaorang yang seramai 22 orang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Nama kumpulan; Merah, Kuning dan Biru! Apelah diorang ni, ade ke bagi nama kumpulan macam nama rumah sukan masa sekolah2 dulu. Tak membina semangat kepahlawanan langsung. Bagilah nama yang ganas sket. Macam harimau bintang ke, kuda belang ke. Baru ar semangat. Kill kill kill die die die! Tapi takpelah, apa ada dengan nama? Yang penting semangat yang membara. Yeah!!


Kumpulan Bawang MERAH!!
Kumpulan diorang sume hebat2 belaka.
Sume dah biasa main. Dah la lebih sorang.
Tak aci. Tak aci.


Kumpulan Mungkin Langitmu Lebih BIRU!!
Ko tengok muka general dia tu (yang cekik pinggang tu)
Kalau musuh tengok pun ketaq lutut woo!!


Kumpulan KUNING lambang diraja!!
Ceh, nak yang best aje. Padahal sume amatur.
Ni sume muka-muka tak pernah main paintball.
Takpe, yang semangat semangat kami kuat.
Yehaaa!!



Tepat jam 11 pagi, perang pun dilancarkan dengan sekali tempik oleh...er, lupa la nama dia ape tah. Aksi-aksi bakal pejuang yang sempat dirakam sebelum peperangan meletus. Masing-masing dengan gaya tersendiri.









Ceh, masa ni sume poyo la. Gaya nak yang best aje. Tengok masa perang apa jadi. Macam-macam gaya ade nok. ^_^








Kan aku dah kata macam-macam gaya ada. Yang tertonggeng, meniarap, telentang sume ada. Tapi, gambar2 lepas perang adalah yang tak boleh dimaafkan. Buruk seh muka aku. Penat memang tak hengat la.


Aku dah tak mampu tersenyum dah.
Affa ngan Adi masih mintain.
Aku syak diorg dah telan kacip fatimah sorg dua botol la.



Masing-masing udah comot.


Tapi, comot-comot pun best. Walapun badan penat dan lebam2 kena tembak tapi hati puas. Pengalaman first time main paintball memang terbaekkkk!!



Thanks to all yang menjayakan game paintball kita ahad lepas. Sorry la aku tak ingat nama sorang-sorang. Tak sempat nak berkenalan sangat ari tu. Apepun, korang memang best la!!


Sekian saja karangan saya yang bertajuk 'Kenangan Pertama Kali Bermain Paintball'. Hehehe.

Panjang gile.

Boleh tak sesape ajar aku cemana nak buat entry pendek2?


p/s: actually, minggu ni aku ade dua invitation main paintball. satu lagi dari En. Adam. Tapi dia ajak main hari sabtu and aku plak ada hal. So, tak dapat join la En. Adam. Kalau ko bace blog aku, sorry la dah dua kali tak dapat join ko. Next time aku join k.