Monday, March 29, 2010

Something To Share

Pepatah Cinta

Kepada yg masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...

Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yg PATAH HATI...

Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.


Kepada yg ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.


Kepada yg takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....

Friday, March 19, 2010

Ada Apa Dengan Minggu Lepas??

Hello Peeps!!

Hari ni baru terasa mood nak mengupdate blog. Walaupun mood tu tak datang secara menyeluruh tapi aku gagahkan jugak mengudpate cerita-cerita minggu lepas.

Sabtu lepas lepak di Pavilion bersama Cik Affa dan En. Masran. Memula kami bertiga je, tapi cam biasa lah lepas tu ade je yang msg, so ajak join skali. Dari bertiga jadi berlima, pastu jadi bertujuh. Hihi. Zam, Zaki, Naim ngan sape ar sorang lagi (tak ingat nama la pulak). Lepak2, makan2, gosip2, kutuk2, bahan membahan, pastu gi tengok movie. Tengok movie pun takde lam planning. Main redah je. Pastu ade hati nak tengok Alice In Wonderland. Haruslah tiket semua habis kan nok!! Hangen jek aku. Tapi, beratur gak la. Kot2 nasib ade cerita yang boleh layan. Dan memang nasib kami baik hari tu, sampai je kaunter, tiket untuk reservation movie From Paris With Love baru je release. Ape lagi, bak sini 7 keping tiket!! Ececece. Sib baik kan. ^_^.


Muka happy sebab dapat tiket. Yay!
Er, someone is missing.
En. Masran dimanakah kamoo?? :-P



Owh, disini rupenye ^_^.
Ehem..ehem.



Layan jugak la movie From Paris With Love tu. Tajuk mcm citer romnance2 gitu. Tapi ganas gile. Tembak sana, tembak sini. Hesh!! John Travolta dalam citer ni pun macam dah gemok. Eh bukan macam tapi memang gemok pun.

Abis movie gi karoke pulak, tapi aku tak sempat nak menyumbangkan suara aku nan merdu bak buluh perindu sebab ... hmm .. sebab ape ek?? Dah lupa pulak. Hehe.

Tu je cerita hari sabtu. Esoknye ahad tu aku ade wedding nak kena attend kat seremban.



Pagi ahad tu bangun lambat. Kul 11 baru nak terjaga. Gila betol. Padahal cakap ngan Affa nak gerak lam kul 11 kan. Sekali dia pun msg cakap baru bangun. Hmm, bagus sangat la tu. Bergegas aku siap. Sebelum tu msg Zaki yang dah ada kat seremban. Memandangkan dia org seremban, haruslah aku ajak dia supaya kami tidak tersesat di jalan yang benar. Aku kan memang selalu sesat2 ni. Siap dah pesan kat Zaki pakai baju kaler oren. Konon2 nak sama la. Affa pun di warning supaya pakai kaler oren.

Dalam dok bersiap2 tu, si Zam lak msg tanya wat ape hari ni. Ape lagi, aku pun ajak la dia g seremban jugak. Boleh la nanti soh dia jadi supir. Hehehe. Pantas gile aku bersiap. Bayangkan bangun kul 11, kul 12 dah siap. Dengan baju tak iron, hadiah tak bungkus lagi. Nak mekap lagi. Tapi berjaya jugak aku settlekan semua tu lam masa sejam jek. Heh, ni cujen la. Tepat jam 12 Zam pun sampai. Park keta kat umah aku pastu naik keta aku g amek afa lak. Then dengan lajunya kami menuju ke seremban . Yay!!



Dalam perjalanan ...

Aku : Affa, cuba ko check balik umah Iza area mana. Pastu tanya Zaki dia tunggu kat mana.

Affa (sambil membelek2 kad) : Umah dia kad area bla.. bla.. bla.... Zaki tunggu kat bla..bla..bla..

Aku : Owh, ok. Laki Iza orang mana ar? Kenduri belah laki dia bape haribulan?

Affa : Orang KL je. Kat melawati. Kenduri husband dia 14 hb.

Aku : Oooo... 14 hb. 14 hb ......


WHAT?????????!!!!!!!!!



Serentak dengan itu juga aku terus membrek keta dengan rakusnya dah membuat u turn di highway tanpa rasa was was. Sampai terangkat la tayar keta aku. Tokyo drift pun takleh wat camtu la. Hohoho.


Ok, aku tipu jek. Yang sebenarnya aku hanya terdiam tak mampu berkata apa-apa (sebab salah aku..uwaaaa), Zam pulak hanya mampu melopong je, Affa pulak terus kehilangan kata-kata. Muka semua dah pucat lesi. Nasib baik belum sampai umah Iza. Kalau tak, aku akan menanggung malu sehingga 7 keturunan. TIDAK!!!!!!

Memandangkan kami dah pun terlepas tol nilai, maka plaza tol berhampiran untuk u-turn balik adalah di Seremban. Nak buat cemana, pasrah je la nokkk. Slow2 msg Zaki yang dah get ready ngan baju Orennya kat Seremban bitau kensel g sana. Nasib baik selang satu hari je. Kalau tak, mana kitaorg nak pi dengan baju kebaya bagai nie. Kahsian!!!!!


3 orang yang kahsiannn!!
Tapi, kami steady je.
Masih mampu memberikan senyuman paling manis.
Hehe.



Yeah, i know. It's my fault.
Tu la takmo tengok kad betul2. Otak aku asik ingat 14 hb je.
Dah la tu kad affa yang Iza kirim kat aku pun aku lupa bagi dia.
Haish, dah memang nak terkena la hari tu. Ampeh.



Finally!!
Sampai jugak kami di Melawati setelah meredah onak duri.
Memang mencabar betul nak g kenduri kawen Iza ni.



Tapi segala penat lelah terbuat jugak bila jumpa pengantin yang super comel ni.
Tahniah Iza & (alamak, lupa la nama husband hang.. Sorry ...)



Balik dari Melawati singgah Sunway Pyramid soping2 untuk mengubati hati sebab buat u turn jauh kat Seremban. Haish, jahanam duit aku. *_*

Memandakan gambar Zaki takde kat sini sebab dia tak dapat ikut, aku paste dia nye msg :

"bkn 3 org yg terkena..aku pun terkena taw..da bli baju oren...bli plak pakai duit tabung sapai pecah tabung...last2 aku jual balik bju oren aku tu..dpt duit aku masuk tabung...

* kalo yer x nak bg aku ekut pun jgn la wat aku camnie...

hehehehehehe........"



Hahaha, kahsian!! Sowey la Zaki, next time pasti tak salah tarikh ^_^


Monday, March 8, 2010

Jatuh Cinta Lagi.

Jatuh cinta lagi....lagi lagi ku jatuh cinta......(sila pasang lagu Jatuh Cinta Lagi by Kump. Matta untuk mood yang sesuai)



Untuk yang kesekian kalinya aku jatuh cinta lagi. Sejak pertemuan pertama itu, ingatan aku padanya tak pernah padam dan hati aku terlalu menginginkannya. Hari-hari dok terbayang. Hari-hari dok teringat. Sampai tak boleh tidur malam dibuatnya. Nasib baik ade internet kat rumah. Dapat tengok gambar pun jadi la . :-(















Korang ingat ape? Aku jatuh cinta kat orang ke? Haha, takde maknannya! Aku jatuh cinta kat phone nie la.

Hari yang aku dok buat aksi Bruce Lee tu sempat jugak la aku ngan adik aku gi survey2 henpon baru. Tapi memang takde niat nak beli pun. Saje jalan2. Ni sume adik aku la punya pasal. Dia dok tengok2 henpon ni sampai aku pun jadik berkenan. Murah je pun RM 760. Tapi, kedudukan kewangan aku skrg sangatlah tidak memberansangkan. So pendam la hasrat murni aku tu. Pakai je la henpon BLUEBERRY aku ni. Huk..huk..


Aku suka henpon ni sebab aku rasa henpon ni comel gile. Aku kan suka benda comel2 ni. Dah la tu, dia nye skrin besar. Nipis lak tu. Yang lagi best ade 3 kaler. Pink, Biru ngan Hitam. Kalau ade boyfren nanti bley ar pakai sama-sama ngan boyfren. Dia pakai biru, aku pakai pink. Alololo...sweetnye!!. Pastu yang lagi best kat depan tu ade LED display. Leh tukar2 dia nye bentuk. Boleh buat sendiri. Kalau pilih theme Love, nanti kat luar tu dia kuar I LOVE YOU. So Sweeet okey!! Suka! Suka!! ^_^


Lagi yang buat best dia nye grafik theme lam henpon tu. Memang super comel!!






Comel kan? Geram lak aku tengok. Comel sangat sampai rasa nak makan jek. Isk. Cemana lah aku tak jatuh cinta ngan henpon ni. Ikutkan hati aku nie....haish!! Memang aku pejam mata jek la beli. Tapi tu la kalau aku beli henpon, kang tak terbayar lak duit keta aku. Takpe takpe .. sabar yer cik cujen. Tak lama lagi nak dapat duit back dated kenaikan pangkat tu. Boleh ar aku sambar satu. Huhu. Tak sabarnyer!!


Ape lagi yang best ek? Hmm.. Phone ni kamera 3 megapixel. Ade 3g. Ok la tu kan. Tapi takde wifi. So sape2 yang suka surf tenet pakai henpon tu, tak digalakkan nak beli. Tapi, kalau nak jadi 2nd henpon ok je. Pakai sama2 ngan boyfren. Ngeee ~~ Ok dah dua kali aku cakap nak pakai sama2 ngan boyfren. Hmmm.




Tapi kan? Antara LG Lollipop dengan Nokia E72, agak 2 korang mana satu yang korang pilih?



Mestilah Nokia E72 kan?? Kan? Kan?



Yes. It's a birthday gift.
Yeyeye!!


Baru dapat pagi tadi. Bau kedai lagik. Hehehe.



Lepas ni senang la aku nak mms & 3G. Takdelah korang dok kutuk2 henpon BLUBERRY aku tu kan. Hehehe. Nak gi mane2 pun senang. Just gimme a call bebeh. Aku nye henpon skrg ade GPS hokey!! Huhu. Sila la jeles. :-P





Tapi, Lollipop LG tu pun akan ku beli jugak. Tunggu la nanti.
Erm, ok la. Nak belek2 henpon baru. ^_^

Friday, March 5, 2010

Do You Want To Wed Me ... or Bed Me??

Haiyakkkkkk!!!! (Percubaan untuk membuang segala sifat malas dalam diri, namun usahaku gagal). Huh!


Macam biasa, tajuk entry takde kena mengena dengan entry kali ni. Tu tajuk topik lam Majalah Cleo bulan Mac. Satu topik yang agak menarik untuk dibaca. Tapi aku pun belum sempat baca lagi. Baca tajuk kat depan je. Hehe. Ok, lupakan pasal tajuk tu. Ni aku nak cerita pasal benda lain yang buat aku hangin satu badan. Hnssfffff.


Semalam.

Aku keluar pergi mines dengan adik aku. Niat di hati nak register no maxis baru. Tapi guna nama adik aku la sebab aku punya nama dah blacklist. Bil RM 2000 tak bayar lagi. (sebab main kuiz bodoh maxis). Sekarang ni aku still pakai lagi no maxis yang lama tu tapi aku rasa bila2 masa je diorang akan terminate. Dan aku pun ade satu lagi no digi. Masalahnya kawan2 sume pakai maxis, nak call and sms mahal, so nak tak nak terpaksalah aku beralih kepada maxis jugak. Dan satu lagi masalahnya aku memang tak reti pakai prepaid. Memang tak pernah pakai pun sebelum ni. Bukan nak berlagak, tapi leceh la pakai prepaid ni. Nak top up2 la. Pastu dia nya rate mahal lak tu. Tapi, setelah dinasihatkan oleh adik aku maka aku beli jugak no prepaid. Hmm. Prepaid pun prepaid la nokkk.

Eh, ape ni. Nak citer benda lain tercerita benda lain pulak. Cujen..cujen! Ok, sebenarnya bukan benda tu yang buat aku hangin satu badan tu. Ada satu benda lain. Masa aku ngah jalan-jalan ngan adik aku tu, aku lalu la depan kedai Dunkin Donut. Pastu kitaorg ditegur oleh sorang budak pekerja dunkin donut yang muka skema berjerawat dan pakai spek.


" hye awak. comel la awak berdua nie. eh, nantilah dulu....bla..bla..bla"


Aku mcm biasalah, buat bodoh je. Jalan menonong. Bukan nak sombong, tapi cara dia menegur langsung tak kena. Tak beradap langsung. Ingat kitaorg monyet ke. Pastu kan tak semena-mena aku dengar budak tu jerit ;


"Woi, blah la!! Sombong. Gi mampusss la korang!!"








Peh, kuang hajo betul!!! Dengan tak semena-sema jugak adrenalin aku mengalir dengan lajunya. Telinga aku dah berasap jer.. Badan dah menggeletar. Panas. Panas. Memang takde adab sungguh budak tak sunat ni. Muka dah la buruk, perangai pun hodoh!! Geram betul aku. Terus aku berenti, patah balik gi kat budak tu. Mula-mula satu tamparan wanita hinggap kat muka dia yang penuh jerawat tu. Abes pecah2 sume jerawat dia. Tak cukup dengan tu, satu tumbukan padu aku bagi kat perut dia. Dan last sekali, tendangan maut kat telor dia. Amek ko!! Tetiba feeling ala-ala bruce lee pulak aku masa tu. Sambil betul2 kan rambut mayang mengurai aku ni, sempat aku pijak kaki dia pakai kasut tumit tinggi 4 inci aku tu. Pastu aku pun blah dengan penuh bergaya. Sebelum blah, sempat aku copet donut 3 ketul. Buat bekalan dalam perjalanan ......


Memang padan muka budak tu. Itu je pengajaran yang patut diberi kat orang tak cukup diajar macam tu. Biar dia rasa. So kepada lelaki-lelaki di luar sana. Abang-abang, adik-adik, pakcik-pakcik, atok-atok ... kalau nak mengurat perempuan, tolonglah guna bahasa yang sopan sikit. Kalau lelaki Islam tu, reti2 la bagi salam. Ni tak main hoi, hai, hei.. ingat ape?? America ke?? Lepas tu satu lagi, cara mengorat tepi2 jalan tu dah tak laku la beb. Kot ye pun ko tu memang jenis lelaki kutu yang suka dok tepi2 jalan mengacau anak dara orang pun, cakap tu biarlah beradap sikit. Biar muka hodoh, janji perangai molek. Nak mengorat pun biarlah kena cara. Jadilah gentleman sikit. Pastu kalau orang dah tak layan, terima la dengan redha. Tak payah la nak mampus2 kan org. Ko ingat ko dah bagus?? Tah2 mimpi basah pun belum lagi, ade hati nak mengorat. Dasar budak-budak tak cukup umo. Kalau dah mengorat dengan cara macam tu sape yang nak layan?? Bodoh piang betul!!

Sebelum aku mengundur diri nak pesan kat kaum lelaki di luar sana sila amek perhatian yer dengan perkara-perkara sebegini. Kalau nak tarik perhatian kaum wanita pun, janganlah buat perkara -perkara keji mcm tu. Bukan orang suka, lagi menyampah ade. Be a gentleman ok. Gua chow dulu!!





Oh, ya. Lupa nak bitau. Aksi bruce lee tadi hanyalah imaginasi aku jer. Takkan la aku nak buat camtu kan?? Sebagai gadis melayu yang sopan dan penuh dengan adat ketimuran, aku hanya tunjukkan jari tengah aku yang runcing tu je kat budak sengal tu. Tu pun dari jauh. Pastu jalan laju-laju ngan adik aku. Cuak jugak aku weh. Hahaha. Gile ko, mana aku penah wat camtu sebelum ni. tapi, sebab budka tu kuang hajo sangat, maka he deserve it! Padan muka ko budak.


Dah. Dah. Jangan lupa solat Jumaat!!!


Monday, March 1, 2010

Daku Keciwa.

Sejak sebulan yang lepas saya addicted dengan ini ;

Honey Orange Frappucino


Selama ni saya memang tak pernah suka dengan ape2 air kat Starbuck ni. Tapi hari tu masa melepak dengan Cik Elle dan Cik Affa di Starbuck Sunway, (kira-kira sebulan yang lepas) saya telah curi2 minum air Cik Affa dan sejak hari tu saya memang jatuh cinta dengan rasa air ni. Dia punya rasa, peh! Tak tau nak describe macam mana tapi memang saya addicted gile. Bayangkan sejak hari tu, setiap hari mesti nak beli air ni. Setiap hari ok. Diulangi sekali lagi, SETIAP HARI. Boleh bayangkan saya punya addicted tu??

Dan tadi macam biasa nafsu harimau saya membuak2 mahukan air ini. Maka saya telah memesan kepada seseorang yang kebetulan pergi ke Alamanda untuk membeli air ini. Tapi, malannya nasib saya, dia call dan bagitau saya ..

"Air tu untuk waktu terhad saje. Promotion dah habis, so dah takde lagi dah"

Ok, saya hanya mampu menelan air liur dan menahan air mata yang bergenang di mata.

Bencinya!!! Kenapa mesti buat mende2 yang limited n. Tak suka! Tak suka! Apesal yang aku suka sumenye limited?? Prosperity burger pun macam tu jugak.

Tension!!

Kenapa Tak Sama?

Pagi tadi otw gi keje dengar lagu Bidadari dr kumpulan Lela. Memang layan abes la. Feeling je aku rasa. Tapi tak sempat dengar abes sebab dah sampai kat opis. So sampai2 je opis terus on pc, bukak winamp, jump terus ke lagu Bidadari. Tapi ....

Apesal dia nye feeling macam aku dengar lam kereta lain ar?? Langsung tak sama macam aku dengar lam keta tadi. Isk, sungguh tak puas hati. Korang penah tak rasa camtu? Ke aku sorg je rasa camtu? Huh!

(nak update pasal kawen2, tapi gambar sume tak bawak pulak.. haih)