Wednesday, April 28, 2010

April Fool!!

May u have all the joy ur heart can hold.
All the smiles a day can bring.
All the blessings a life can unfold.
May u have the good best in everything.


Happy Birthday to my dearest friend;

Affa, Naim & Anwar.

Sabtu yang lepas, crew ANL sekali lagi berkumpul untuk meraikan ulangtahun ahli-ahli ANL yang lahir pada bulan April. Makhluk-makhluk comel yang terlibat kali ni ialah AFFA, NAIM & ANWAR. Dan lokasi yang terpilih kali ni adalah di A Famosa Water World.



Tempat ni memang superb best. Dah nama pun Honeymoon suite. Haruslah best kan nokk. Dengan katil besar boleh muat 4 orang siap ade cermin besar punyaaaa, bantal dan tilam yang empuk yang kalau dapat tido situ memang rasa tak nak bangun dah. (nasib baik aku dapat merasa tido atas tilam empuk. hohoho). Swimming pool pun best siap ade jakuzi bagai. (tapi dalam jakuzi tu ade katak .. ape kes?? tak senonoh betul). TV pun besar, LCD 42' nyahhh. Tapi, dah sibuk2 macam tu ade masa pulak la nak layan tv tu. Kesian tv tu takde orang layan. Isk3. Apepun, tempat memang best. Pandai birthday boy pilih tempat. Cantik menarik tertarik ko memang da bomb! Malangnya gambar tak sempat nak amek sebab sume rakus nak naik atas katil kan. Ditambah pulak photographer pemalas nak amek gambar. Maka nya takde lah gambar2 untuk tontonan umum. Yang ade pun gambar ni je nyah ;

Keadaan katil sebelum diromen2 oleh makhluk2 rakus. Kalau aku amek gambar katil ni masa nak balik, boleh pengsan korang tengok. Tu belum lagi gambar sekitar banglo tu. Boleh meninggal dibuatnya. ^_^

Macam mana pun, party (cam tak best pulak sebut party...so sosial. Tak elok tuk bacaan bakal2 mak mertua. Tukar pakai majlis la). Sopan sket. Hehehe. Overall, majlis berjalan dengan lancar. Semua sukses seperti yang dirancang. Walaupun perancangan last minute. Million thanks to Mr. Naim the Birthday Boy yang bersusah payah plan mende ni sume. Sendiri punya birthday, sendiri yang organize. Mana mau cari beb?? Ni la calon suami yang dicari2. *tiba-tiba. Hahaha.

Tak lupa juga untuk tuan penasihat 25%. Mr. Zaki yang berusaha bersama-sama Naim tuk pastikan majlis sukses.


Dua orang penting. Zaki siap pakai tie merah lagi. Bukan calang2 orang leh pakai tie kaler merah camtu. Hehehe. Oh ya, mereka berdua masih single. But available or not saya kurang pasti. Kalau berkenan, boleh la ON NAIM atau ON ZAKI dan hantar ke 32888. Setiap sms dikenakan charge RM 1.50. 50 sen masuk tabung mereka. Lagi seringgit masuk akaun saya sebab bertanggungjawab menjadi mak hayam. Hihihi.
*jangan marah arrr*


Korang tengok la atas katil boleh diorg nak posing. Patutlah badan aku gatal2.
Sib baik la birthday korang. Takpe2, kasi chance.



All nite crew with black n red theme.
Tapi cam tak berapa menjadi pulak tema merah hitam.
(kek tu sedap gile!!)



Thanks to all yang sudi datang jauh2 tuk memeriahkan majlis.
Korang memang best!



Majlis abes tah kul berapa. Aku memang dah terbongkang tak sedarkan diri. Nasib baik aku awal2 dah landing atas katil, so dapatlah tido dengan selesanya atas tilam empuk. Yang lelain terpaksa la tido bersepah2. Dah macam kena tsunami kalau tengok. Nasib baik takde gambar. Hihihi.



Esoknya gerak balik kul 12.

Sesi beramas mesra sebelum balik. ;p



I'M GONNA MISS THIS PLACE AND ALL THE MEMORIES THERE



Jumpa lagi.
Tata.

Wednesday, April 21, 2010

Resipi Turun Temurun Cujen The Lejen.

Hari ni Cik Cujen dengan berbesar hatinya ingin berkongsi resipi lazat lagi menjilat jari dengan korang semua. Resipi ni memang tak pernah tertulis di mana-mana batu bersurat mahupun di buku-buku teks sekolah. Ini adalah resipi malas yang diturunkan oleh keluarga Cik Cujen The Lejen. Resipi ni senang je. Sambil tido pun boleh buat. Dah nama pun resipi malas kan. Hehehe. Oh ya resipi ini juga amat berguna di kala hujung bulan menjelma. Di saat-saat kegersangan duit kerana resipi ini tidak memerlukan modal yang banyak. Malah sangat menjimatkan.

Ok, mula-mula kita kena sediakan bahan. Bahan-bahannya pun takde lah susah sangat nak cari, kat kedai runcit leong pun boleh beli. 4 bahan asas je yang diperlukan.


Bahan-bahannya ialah ;


1. Setin Biskut Kering.


Pastikan biskut yang dibeli adalah biskut HUP SENG. Lain-lain biskut seperti biskut merry go round, biskut tiger atau biskut kering yang ada gula tu pun adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kalau takde duit nak beli setin biskut, beli dalam peket tu pun cukup la. Baru 3 hengget lebih. Ye la aku paham kadang2 student ni biasalah kering memanjang macam biskut kering ni ha. (orang bekerja macam aku pun kering memanjang, ape kes..). Kalau beli biskut lam peket tu, lepas bukak jangan lupe ikat balik ketat2..kang masuk angin, lemau plak biskut tu. Dah tak dapat nak try resipi ni tuk kalu kedua, ketiga keempat dan seterusnya.


2. Sepeket Milo


Macam biasa, kalau tak cukup duit nak beli setin Milo, beli dalam peket. Kalau tak pun boleh mintak kat jiran-jiran sebelah. Tak banyak, dalam 6 sudu besar dah cukup. Tu pun kalau nak merasa kena potong kaki sebab kencing manis. Kalau tak, 3 sudu pun dah cukup. Tapi ingat yer, milo 3 in 1 tidak dibenarkan sama sekali.


3. Semangkuk Hayun


Pastikan anda dapat bezakan mangkuk makanan dan mangkuk tandas yer. Kegagalan mengenal antara mangkuk tandas dan mangkuk makanan bukan di bawah tanggungjawab saya.


4. Setin Susu


Macam biasa Cik Cujen memang pengguna setia susu pekat F&N. Ingat eh, susu pekat tau. Bukan susu cair, susu ibu or susu dalam kotak.


Memandangkan semua bahan-bahan dah ada, marilah kita teruskan dengan cara-cara membuat resipi ini. Bagi perhatian ye anak-anak.


Langkah Pertama

Amek beberapa keping biskut dan patahkan dua dan campak di dalam mangkuk hayun tadi seperti gambar di bawah. Patah dua je tau. Jangan mengada nak patah tiga empat atau lima. Tu pantang resipi ni. Nanti hilang kenikmatannya.



Langkah kedua


Tambahkan beberapa sudu Milo ke atas biskut yang telah di karate tadi.



Langkah ketiga

Curahkan sedikit susu manis. Ingat ye kawan-kawan. Kurangkan gula dalam makanan. Tambahkan manis dalam senyuman macam senyuman saya. Hehe. Eh, tetiba ada satu lagi bahan yang telah ditambah. SUDU. Lupa pulak nak letak kat bahan-bahan asas tadi. So, tambah sendiri la eh. Sudu besar tau. Bukan sudu kecik.



Langkah keempat


Tuangkan air panas ke dalam bahan-bahan tersebut. Kuantiti air, pandai-pandai hang la. Jangan lupa campur air sejuk sket. Kang melecur pulak lidah korang.


Langkah terakhir


Hidangan telah siap sedia. Apa lagi, kasi makan lah!!

Selamat mencuba ye kawan-kawan!! Pasti lazat. Haha.

Saturday, April 17, 2010

Siaran Langsung Di Hari Sabtu.

Saya sebenarnya baru balik dari rumah makcik saya di Bangi. Makcik saya buat makan-makan sikit sempena ulangtahun anak kembar mereka ; ASYRAF & ALEYA yang ketiga. Happy birthday to my cousin. Semakin comel dan debab2 membuatkan saya rasa mahukan anak sendiri. Huhuhu. Tapi, malangnya saya tak sempat nak bergambar dengan Birthday Boy & Girl sebab saya sibuk nak mendebabkan diri saya jugak. ^_^. Bukan nak kata apa lah, tapi makcik saya kalau buat makan-makan macam ni, memang sangat heaven dia punya makanan. Ade spagethi, sate, roti jala, pulut kuning bubur durian, kuih muih termasuk kuih koci kegemaran saya, buah-buahan segar seperti tembikai yang juga feveret saya dan bermacam-macam lagilah yang tak mampu nak disebutkan. Oh, lupa. 2 biji kek coklat itu sangat sedap. Jadi saya telah makan dengan jayanya sehingga terlantar seperti dugong terdampar di persisiran pantai. Ok, tipu je. Saya masih menjaga tatasusila sebagai tetamu di rumah orang. Hehe.

Itu je saya nak cerita. Bosan kan cerita saya nie. Saya sebenarnya kesian kat blog saya ni sebab jarang-jarang nak uddate dah sekarang. Sejak aktif dengan Mukabuku, saya jarang2 nak hapdet belog ini. Seolah2 dianaktirikan pula. Kesian dia. Jadi saya usahakan jugak update sikit walaupun cerita ini bosan. ^_^.


Muka bahagia saya kerana makan dengan banyaknya.



Selamat berhujung minggu!!

Monday, April 12, 2010

Date Night.


Dah lama aku tak gelak macam orang sawan bila menonton wayang. Tapi kali ni aku gelak dari mula cerita sampai habis. Movie Date Night ni memang kelakar. Beyond my expectation la kiranya. Aku tak expect pun cerita ni best. Tapi memandangkan takde cerita lain yang best lagi yang boleh ditonton, aku pun pilih je la movie ni. Tapi sebelum tu ade gak aku google review dari orang lain. Tapi tak banyak review aku dapat. Mungkin orang belum tengok lagi kot cerita ni. Sekarang ni aku sangat berhati-hati memilih movie sebab tak nak jadi kes aku tetido dalam panggung masa citer Alice In Wonderland. Gile boring dowh cerita Alice tu. Tu la padahnya kalau pergi semata-mata sebab hero dia. (^_^)

So kepada sesiapa yang mencari2 movie yang best untuk ditonton pada hujung minggu, aku sarankan pergi la tengok movie ni. Sumpah best! Cuma yang tak bestnya aku tak dapat nak concentrate sebab aku tak nampak jelas disebabkan mata aku yang rabun dan spek aku pulak ilang. Dah la duduk seat belakang sekali. Sengsara betul mata aku dibuatnya. Nak tak nak lepas ni kena la aku buat spek baru dan terpaksalah pakai spek walaupun muka aku cam hape je. Adeh ~~



Thursday, April 8, 2010

Let Go.

Membuat sesuatu keputusan tu bukan perkara yang mudah. Banyak faktor yang perlu difikirkan kesan dari keputusan yang kita buat. Soal buat keputusan bukan perkara yang boleh dibuat main. Silap perkiraan boleh makan diri sendiri. Buat keputusan bukan macam macam buat wayang. Bila silap boleh 'cut' dan buat semula. Tak semua orang boleh diberi peluang kedua untuk perbetulkan kesilapan. Dan aku, tergolong dalam orang yang sangat sukar membuat keputusan. Bila tiba saat aku kena memilih dan membuat keputusan, aku lebih suka mendiamkan diri dan biarkan masa yang menentukan segalanya. Aku tak berani amek risiko.


Tapi,


Aku tau aku tak boleh teruskan dengan sikap macam tu lebih2 lagi bila ia melibatkan soal hati dan perasaan orang lain. Bukan hati aku. Kalau hati aku, aku dah tau cemana nak handle. Tapi hati orang lain aku tak tau. Boleh jadi barah kalau aku biarkan. Semakin hari semakin parah. Penyakit barah, ade ubat ke? Takde lagi kan setakat ni? Kalau dapat kesan awal mungkin boleh dicegah. Tapi kalau dah terlambat tunggu masa nak mati je la. Aku tak nak ada hati yang mati disebabkan aku. Disebabkan sikap berlengah aku. Disebabkan kelemahan aku buat keputusan. Sepahit mana pun, kenyataan perlu diterima. Seperit mana kata-kata, perkataan harus diluahkan.

Biar dituduh kejam, biar dianggap tak berhati perut asalkan semuanya terjawab. Aku dah penat main teka teki, dah letih dengan silangkata dan tak larat dah nak main tembak2 macam jawab soalan Sejarah kertas 1. Tetiba rasa aku lebih rela jawab soalan sejarah sampai seratus kali dari jawab soalan nan satu nie. Payah bukan main. Tapi payah2 pun akhirnya terjawab sudah teka teki. Keputusan dah dibuat. Kenyataan dah diberi. Walau bukan 100% kehendak diri. Tapi itu yang terbaik buat masa ni. Aku tak nak pentingkan diri sendiri. Tak nak jadi tamak haloba. Betul atau tidak keputusan ni, aku serahkan pada takdir. Yang penting doa yang berterusan.

Amin.




Giving up doesn't mean u are weak
Sometimes it just means
You are strong enough
TO LET GO

Tuesday, April 6, 2010

Line Clear.

Bos besar takde. Bos kecik sket pun takde. Bos kecik sket lagi pun takde. Ok, line clear. Suasana sunyi dan sepi kat opis ni pun memang sesuai sangat untuk aku feel dan mengupdate blog. Tapi ...

Mood masih belum datang. Walaupun banyak sangat perkara aku nak luahkan, kongsikan bersama. Sekarang ni jadi macam tak reti pulak nak eksperesikan perasaan aku melalui blog. Tetiba ayat semua jadi kaku. Rasa macam janggal jer. Pehal tah. Sebab tu aku lama tak update blog. Padahal banyak sangat rasa yang aku rasa sekarang nie. Pahit, masam, manis, masin sume ade. Dalam tempoh suku pertama tahun ni macam2 perkara yang jadi. Perkara-perkara yang aku langsung tak expect akan datang secepat ni. Tapi semua perkara yang berlaku adalah perkara yang baik-baik. Cuma penerimaan aku je yang agak tak menentu. Kadang-kadang keliru dengan kehendak sendiri. Aku rasa aku ada masalah jiwa la. Mungkin aku perlukan kaunseling. Tapi aku takut nanti pakar kaunseling pun leh jadi gila dengar masalah aku. Hehehe.

So, apa aku nak buat ek? Layan lagu dulu la ;


Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku

Hujan tanpa henti seolah petanda

Cinta tak disini lagi

Kau telah berpaling


Biarkan aku manjaga perasaan ini wooo
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi

Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu

Yang dulu selalu cerminkan hatimu

Aku takkan bisa menghapus dirimu

Meski ku lihat kini kau di seberang sana


Biarkan aku menjaga perasaan ini wooo

Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi

Kau menjauh aku takkan jauh

Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu


Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap di sini menjaga hati .....


Biarkan aku menjaga perasaan ini wooo

Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Sejujurnya diriku masih mengaharapkanmu ...



Huhu sedih gila la lagu nie. Kalau karoke mesti layan habis la. Tetiba rasa nak karoke. Jom sape nak teman?

Tetiba rindukan OREN ngan BELLA.