Wednesday, June 30, 2010

Kahwin # 1 : Wedding Budget Planner

Ok terimalah hakikat yang anda sedang membaca blog pompuan yang excited nak kawen. Huhu. Entry semenjak dua menjak ni citer pasal kawen je. Bawak bersabo je la kawan-kawan yer.

Bukan apa, aku ni kan rajin survey2, jalan2 blog orang time takde kerja kat opis tu. Jadi bila dah selalu berjalan2 tu luas la pemandangan kan? Jadi memandangkan pemandangan aku dah semakin luas, maka tak salah rasanya aku berkongsi apa yang aku dapat sepanjang aku berjalan2 tu. Especially bab kawen2 ni la. Mana tau leh jadi rujukan untuk korang yang bakal nak kawen tu nanti. (rujukan tuk aku dah tentu la kan).

Dah dah, takmo membebel banyak2. Nak cuba buat entry pendek2 tapi padat dan mantop. Hihi. For the first thing aku nak cerita pasal wedding budget planner atau dalam bahasa melayunya bajet perkahwinan. Bajet ni sangat penting yer kawan-kawan lagi2 orang yang mempunyai bajet ciput tapi selera besar macam aku. Hohoho. Lagipun dengan adanya wedding budget planner macam ni boleh mengelakkan pembaziran amalan syaiton dan boleh bagi korang nampak apa yang korang dah belanjakan tuk perkahwinan korang.

Hasil dari survey2 aku untuk hari ni, aku terjumpalah satu blog yang sangat2 best.


Dah la blog dia cantik, tuan punya blog pun cantik, banyak info pulak tu. Best2. Tagline dia A Guide For Brides From Ex Brides. See, dia dah kawen dah pun tapi still bagi guide tuk bakal2 pengantin macam aku. Banyak sangat info2 berguna dalam blog tu tapi aku tertarik dengan satu entry ni;


DOWNLOAD FREEBIES - WEDDING BUDGET PLANNER

Kat entry tu dia bagi freebies tuk download wedding budget planner yang dia dah buat siap2 dalam dalam file xls. So korang just isi je jumlah2 kat ruang2 yang dia dah buat. Ade ruang tuk estimate ngan actual. Nanti boleh la korang bandingkan anggaran belanja ngan belanja sebenar yang korang buat nanti. Memang complete dia punya list anggaran belanjawan ni. Dari bab hantaran, pakaian, aksesori, pakaian & aksesori tuk ibu bapa pengantin, pengapit, bilik pengantin, kek, majlis resepsi tuk dua belah pihak even sampai bab bunga-bungaan pun ade. Gila ah. Memang detail dan lengkap. Senang sket kerja aku. Tak yah la blur2 nak buat list. Semua dah ada. Isi je la. Pastu kira sendiri bape riban korang dah habis. Masa tu la baru terasa banyaknya duit habis.. huk.huk..huk..

Ni dia budget planner yang aku dah download.

So korang kalau berminat boleh la pergi kat blog ni dan donwload la sendiri yer. Aku pun nak wat kira2 tuk aku pulak. (Macam dah banyak je duit habis). Huwaaaaaa!!!

Oh ya, satu lagi yang korang perlukan ialah;


Tadaaaa... Buku dan juga pen yang perlu dibawa kemana2. Senang nak catit apa2. Tapi kalau ade PDA lagi best kan.


Tuesday, June 29, 2010

Don't Say Love When You Are Lonely, Say Love When You Are Ready.

Melafazkan cinta di saat-saat anda kesunyian atau terdesak hanya akan mengundang masalah di kemudian hari. Anda juga berkemungkinan akan melukakan hati insan lain yang tidak berdosa. Pastikan betul2 perasaan anda terhadap si dia. Bila dah bersedia barulah lafazkan perkataan cinta. Jangan jadikan cinta anda terlalu murah dan tiada harga.

Madah cinta hujung bulan Jun by Cujen The Lejen. Dah macam rancangan citra cinta kat radio pulak. Ganda 70 kebabow!! Request lagu Taylor Swift Am I Ready For Love satu!



Am i ready to get married and have a kids???


Bukan takat ready je. Dah tak sabo-sabo dah nie. Hehe. Miang sungguh nak berlaki hang ni cik cujen oi! Mende baik, buat apa nak ditangguh kan? Rugi.

Weekend lepas aku pergi kursus kawen. Ni kali kedua aku pergi kursus kawen sebab sijil aku kursus dulu ex aku pegang tak nak pulang2. Aku pun malas lak nak mintak. Sebab kalau nak mintak nanti, nak kena pegi jumpa dia. So aku malas dan tak hingin. Lebih aku aku pergi sekali lagi. Lagipun leh jugak teman bakal laki aku sekali. Kesian nanti dia sorang2 kat sana. (tapi masa kursus tu pun bukan leh dok skali. dok asing2 lelaki pompuan .. boring tul). Nasib baik penceramah sume ok. Tapi kerusi tak best. Bayangkan sehari setengah attend kursus kawen, balik rumah sakit2 pinggang aku. Rugi tak isi borang maklumbalas. Kalau tak boleh jugak aku komplen kerusi tak best. Soh dia tukar pakai kerusi urut osim. Sambil dengar ceramah boleh jugak geli2 main kerusi urut. Barulah ade feeling nak kawen. Hihihi. Keji.

So sesiapa yang ada masalah osteoperosis tu tak payah la pegi kursus kawen kat MARA tu. Sakit pinggang korang nanti. Tapi kalau nak pergi jugak, aku nasihatkan korang minum lah susu ANLENE banyak2. Buat persediaan sebelum tulang korang reput cam tulang aku. Dah la badan tinggal tulang je, tulang pun reput. Kahsian!!

Selesai je kursus kawen barulah rasa lega. Setel satu hal. Lepas ni buat HIV test. Dua minggu lagi dah boleh submit borang nikah. Yay!!

Banyak la ko punya yay cujen. 3 bulan je lagi ni ko leh wat relax2. Macam takde pape. Haish!! Aku tengok orang lain yang nak kawen tu beria2 wat preparation. 6 bulan lagi nak kawen dah setel sume. Dahsyat tul. Aku ni jugak yang terhegeh2. Takpe2 everything will be ok. Jap2 nak wat list pendek sket preparation aku setakat ni.

List menjelang hari perkahwinan;

1. Calon suami - Done. Ni checklist yang paling penting sekali. Mesti letak no 1. Kalau takde yang ni maka takdelah list2 seterusnya ok. Hihi. Dan saya yakin betul saya kunci lirik ni. Eh silap. Saya yakin betul dia pilihan terbaik saya. ^_^

2. Tarikh Nikah - Done.

3. Barang2 hantaran - Done. (barang sume dah beli n gubahan mintak tolong member buat. setakat ni dah siap 50%)

4. Kursus kawen - Done. (esok leh amek sijil)

5. HIV test. - minggu depan baru nak buat.

6. Borang nikah - 2 minggu lagi baru setelkan.

7. Tok kadi - mestilah belum. borang pun lom siap. kang tok kadi tu kata aku kemaruk nak kawen pulak.

8. Baju nikah - dah hantar tempah. sebelum raya leh siap. (tapi rasa cam nak tukar lain pulak baju tu. sempat ke nok??)

9. Mak andam - dah telefon semalam. tak tau bila nak jumpa.

10. Photographer - lom ade lagik. masih lagi survey2. bajet aku ciput so terpaksalah berkira sket dalam hal ni. (kalau korang ade suggestion mana2 photographer, bitau la aku eh)

11. Kad kawen - design sume member volunteer nak buatkan. so kira dah setel 50%.

12. Doorgift - tak decide lagi nak bagi apa. tapi barang2 lepas yang aku dah beli ada lagi. so guna je la yang tu. jangan membazir.

Hmm.. apa lagi ek? Setakat ni tu je yang mampu aku pk kan. Yang lain2 pk esok2 la. Banyak sangat nak pk kang jadi gila pulak aku. Hihi.

Er, do i look sexcited nak kawen? Rasa cam over la pulak. Excited tapi takut jugak. Fikiran aku dok dihantui ngan macam2 perkara. Haish.

Ok la. Stop kat sini dulu. Sambung lagi lenkali. Daa.

Thursday, June 24, 2010

Emo.

Hohoho.

Hari ni dua kali update blog. Keadaan sedang emo sekarang. Jangan tanya kenapa. Jangan tanya kenapa. (entah kenapa lagu Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang terngiang2 dalam kepala hotak aku ni). Ade kena mengena kes?? Tengok2 aku nak taip ke jadi kes. Malas nak padam. Hari ni nak cuba menaop tanpa bacspace. Kita tengok apa jadi. Sebagai seorang PA yang berkaliber saya harus memastikan tiada kesipalan ketika menaip. Ini kerana setiap kali saya menaip surat atau laporan yang akdang2 saya rasa memang dah takde sesilapan, tapi bila bos bagi balik kat saya mesti ade yang dia bualtkan. Bulat tanda silap ejaan. Cis.. Bos saya ni menag suka main bulat2. Bulat kecil bulat kecil bulatlah besar. Sayang mama sayang papa. Gelak ketawa. Tiga kali tiga jawapnya enam. Yay, dah jadi beruang.

Tengok la, nak lukis beruang pun nak kena nyanyi dulu. Itupun rasa macam cacat je beruang aku. Sape tau lagu nak lukis beruang tolong send kat aku eh. Macam best pulak main lukis2 beruang sambil menyanyi.

Oh ya nak bagitau satu perkara. Saya memang manusia yang tak pandai langsung melukis. Jangan akta nak lukis gambar pemnadnagan, nak lukis gambar org lidi pun tak pandai. Masa sekolah dulu subjek yang paling saya benci adalah LUKISAN. Pernah sekali cikgu saya adakan pertandingan lukisan. Tajuk lukisan BEBAS. Hoh! Lagilah saya naik gila. Nak lukis apa pun saya tak tau. Lepas tu saya nampak kawan saya, budak+lelaki+cina+yang+memang+nakal+jahat+masa +kat+sekolah. Saya nampak dia lukis gambar pokok pastu dia kalerkan je kertas lukisan tu dengan kaler kuning. Lepas tu dia simpan bawah emja dia. Saya pun tanpa segan silu telah meniru perbuatannya. Tapi saya kalerkan kertas lukisan saya dengan kaler merah. Penuh kaler merah kat kertas lukisan tu. Lepas tu saya simpan bawah meja dan mula termenung memikirkan masa depan. Masa tu saya form 2.

Abes je masa, cikgu kutip semua lukisan yang dah siap. Masa cikgu kuitip lukisan kawan saya tu, tetiba saya nampak lukisan dia dah siap. Hoh??!! ajaibnyak. Gambar pemndangan sawah padi siap padi melambai2. Ok, tipu. Tapi bab lukisan dia yang dah siap tu memang saya tak tipu. Rupa-ripanya saya yang tertipu. Masa dia kalerkan kertas lukisan dia dengan warna kuning tu, rupanya dia hanya kalerkan gambar latar belakang je. Pastu dia simpan dan pergi tandas. Entah bila dia siapkan lukisan dia tu saya pun tak perasan. Yer la masa tu saya perasan saya hot. Akhirnya saya apsrah je la dengan lukisan saya yang berkaler merah tu. Sejak itu saya nekad saya akan amek aliran sains tulen bila saya form 4 nanti sebab kalau amek aliran sastera, kena amek subjek lukisan. Saya takmo. Trauma lukisan merah masih menghantui saya hingga sekarang.

Apa lagi nak cerita ni ek? Saya sebenarnya dilanda kebosanan yang maha hebat hari ni. Bila dah bosan mula lah nak cari seseorang nak layan kebosanan kita tu. Bila orang yang kita cari tu pulak busy, mulalah kita nak naik angin kan. Bila angin dah naik mulalah rasa cam nak ttikam orang. Tapi sebab tak boleh nak tikam terpakslaah perasaan angin tu kena simpan diam2. Maka blog ni la jadi mangsa. Pastu korang pun jadi mangsa kena baca entry sampah nie. Hohohoho. Padan muka korang.


Gambar takde kena mengena. Saja nak tunjuk yang sekarang ni suka kumpul cekak rambut yang comel2 macam tu. Kalau jumpa cekak yang comel2 mcm tu jangan la segan silu hadiahkan kat aku eh. Hehehe. Eh, kenapa gambar semalam ngan hari nampak cam sama je ek??


perkataan yang di bold dan bewarna merah tu adalah kesilapan tatanbahasa yang dapat dikesan hasil dari entry tanpa backspace ini. ok, saya dah nampak apa masalah saya sekarang. kena amek kelas menaip semula nampaknya nie.

Status Binatang Kalau Diorang Ada Facebook. Sumpah Kelakar!

Saja nak share emel yang aku dapat pagi tadi. Tergelak2 aku baca. Memang kelakar.


Kalau binatang ada FB, agak2 begini la ye komen-komen binatang tersebut kat STATUS yang macam korang post selalu tu ...

CICAK : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam ni.

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi..

AEDES : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

AYAM : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

CICAK : isteriku tersepit pintu

KUCING BETINA : "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

AYAM : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

NYAMUK
: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

CICAK : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

KUCING : Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

TIKUS : Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

KATAK : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ULAR : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

ANJING : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

KUDA : Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

SIPUT BABI : Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

GAGAK
: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

BURUNG KAKAK TUA: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

BABI HUTAN
: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

KERA
: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

TIKUS
: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

LALAT: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

SOTONG
: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

KUCING : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik kepunyaan kak lela majnun. ..

LIPAS : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

IKAN LAGA: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

IKAN PARANG
; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

IKAN JERUNG: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

IKAN SEPAT:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan pekasam. Al Fatihah

IKAN BILIS
: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

IKAN AROWANA: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

IKAN MAS KOKI:
macam mana nak kurus nie?

Sunday, June 20, 2010

3 Bulan, 2 Minggu dan 6 Hari Lagi.


Alhamdulilah.

Majlis merisik yang sepatutnya dibuat simple2 ala-ala datang melawat dan borak2 sesama ibu bapa akhirnya berlangsung dalam suasana yang agak meriah kat umah atok aku. Plan asalnya nak buat di Putrajaya je tapi last minute bapak aku minta buat kat kampung pulak. Dan alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar. Kali ni (atas permintaan aku) takde buat majlis bertunang lagi dah (you know why). Kiranya merisik terus tetapkan tarikh. Tapi majlis merisik aku pun dah macam bertunang. Alhamdulilah, rezeki.

Tarikh pun dah ditetapkan : Insyallah bulan 10 nanti kami akan disatukan (Awal setahun dari due date aku..hihihi). Aku harapkan kali apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Kalian juga, tolong doakan yang baik-baik untuk aku.


Muka nervous + happy.
(aku pakai baju lama je. kata simple. hehe)



Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers



p/s: aku konon-konon nak rahsiakan hal ni sebab hmm... u know why la kan. tapi nak rahsia2 pun nak watpe kan. cuma kali ni aku akan pastikan aku buat yang terbaik dan doa kalian jugak amatku harapkan. Amin.



Thursday, June 17, 2010

6 tahun.

15 Jun 2010.

Genap 6 tahun aku bekerja di sini. Masih di Jabatan yang sama, cawangan yang sama, tempat yang sama, kerusi meja yang sama dan rutin yang sama. Owh, itu sangat kahsian ok. Tapi apa boleh buat. Dah kat sini rezeki aku. Bukan aku tak pernah rasa nak tukar. Banyak kali dah perasaan tu datang tanpa diundang. Pernah gak aku membebel pasal hal pertukaran ni satu ketika dulu kat entry nie ; TUKAR TEMPAT KERJA [EDISI MEMBEBEL]. Tapi yang nyatanya aku masih lagi disini. Nampak sangat aku jenis tak berani amek risiko kan. Takpelah, keje kat sni pun ok sebenarnya. Cuma ade sikit boring la. Mau tak boring, 6 tahun di tempat yg sama dan buat rutin yang sama. Bos dah 4 kali tukar ganti, staff lain pun silih berganti. Keadaan opis pun dah banyak berubah tapi aku?? Masih lagi di sini .....

Agagagaga. 6 tahun di tempat yang sama.
Ko boleh tahan?



Imbas kembali.

15 Jun 2004.

Aku lewat sehari melapor diri kat opis aku ni. Sepatutnya lapor diri 14 Jun 2004 tapi dok menunggu si Farain buat dia nye proses pertukaran suka sama suka dengan sorg lagi kawan. Tambah pulak masa tu kitaorg sesat. Tak jumpa presint 2 kat mana. Masa tu kat presint 2 ni bukan macam skrg. Banyak bangunan belum naik. Yang ade tu je la bangunan MOF. Dekat sejam jugak la kitaorang berpusing2 tempat yang sama. Sudahnya kitaorang sampai kul 4.30. Lima belas minit lagi nak balik. Masa tu balik kul 4.45. Sebab still kerja on Saturday. So tak jadi la nak melapor diri hari tu.

Esoknya baru la aku ngan Farain pergi melapor diri. Masa tu ada 8 orang PA baru lapor diri. 4 orang dari Poli PD yang mana sume budak2 kelas aku jugak masa belajar dulu. Lagi 4 orang dari Polisas Kuantan. Muka masing2 masa tu kerek je. (aku la tu). Hehehe.

Geng2 PA yang sama2 melapor diri.
Muka inesen je.
(Kursus Induksi 2005)

Seminggu pertama memang kitaorang takde kerja. Dok bergosip dalam bilik meeting tunggu penempatan. Memang bosan gila la. Dah la sejuk macam dalam peti ais. Mula2 kerja mana la ade blazer bagai. Menggigil2 aku kesejukan dalam bilik tu. Lepas semnggu barulah kitaorang diberi penempatan. Masa memula kerja tu memang aku blur la. Tak tau nak buat apa. Seminggu aku dok termenung je kat opis. Nasib baik bos aku ni prihatin. Hari pertama aku jumpa dia tu terus dia bagi PC n printer baru. Yang pertama aku buat masa tu check line internet dulu. Haha. Nasib baik ade. So takde la boring sangat. Bos aku pun masa tu tak tau nak bagi kerja apa kat aku sebab dia dah biasa buat kerja sendiri. Tapi slow2 la aku belajar. Masa tu la aku belajar guna mesin fotostat, belajar guna mesin faks yang sebelum ni memang aku tak pernah sentuh langsung. Terkial2 jugak la aku. Kata takde pengalaman bekerja. Tapi slow2 aku belajar dan sekarang alhamdulilah aku dah boleh nak handle kerja aku.

Aku bersyukur sangat dengan kerja yang aku ada sekarang walaupun kerja ni cita-cita asal aku. Masa kecik2 dulu aku bercita2 nak jadi penulis. Penulis ape pun tak tau la. Penulis blog la kot. Tapi bila baca hasil penulisan aku kat blog ni aku rasa memang tak layak pun aku jadi penulis. Takde bakat. :-p. Ok, back to the topic. Aku dikategorikan dalam golongan yang bertuah jugak la sebab tak perlu susah payah cari kerja. Kerja yang datang cari aku. Budak2 DSK (Diploma Sains Kesetiausahaan) Politeknik memang semua bertuah. Sebab kitaorang memang dah dioffer oleh pihak JPA untuk kerja lepas habis belajar. Masa kitaorang dioffer dulu tu, kitaorang belum habis belajar pun. Diploma pun lom dapat. Tapi diorang dah disuruh kerja. Rezeki kan.

Ingat lagi masa mula-mula aku amek course DSK ni. Ada sedara aku yang tak setuju. Diorang suruh aku sambung form 6 sebab diorg cakap amek course ni nanti nak kerja apa. Nah, sekali rezeki datang bergolek2. Tau-tau ade jugak sedara mara aku mengikut jejak langkah aku. Dan sekarang ni rezeki makin bertambah sebab awal tahun hari tu PA yang ada diploma dinaikkan ke Gred 27. Alhamdulilah. Walaupun kerja ni asalnya bukan cita-cita aku dan aku sendiri tak pernah simpan cita-cita nak kerja dengan kerajaan apatah lagi jadi PA, tapi makin hari aku makin suka dengan kerja aku. Orang cakap kerja PA senang. Kaki bodek bos. Cet!! Senang atau kerja tu sebenarnya bergantung pada diri sendiri dan juga BOS. Hihi. Betul tau. Kalau bos ko jenis senang, senang la kerja ko. Dapat bos yang jenis cerewet masak la ko dibuatnya.

Alhamdulilah sepanjang aku kerja ni aku dikurniakan dengan bos yang baik-baik belaka. Rezeki aku kan. Setakat ni aku dah bertukar bos sebanyak 4 kali. Semua bos aku memang baik2 belaka. Aku tak pernah lagi kena marah apatah lagi nak kena maki ngan bos. Tapi kadang2 aku pulak naik lemak. Hihihi. Apa yang penting antara bos dengan PA bagi aku ialah komunikasi. Kalau komunikasi tak berapa bagus memang susah la nak buat kerja. Aku sekarang ni ade masalah komunikasi ngan bos aku yang latest ni. Tak tau la samada aku yang pandai amek hati dia atau dia jenis tak banyak cakap. Susah jugak dapat bos yang tak banyak cakap ni. Aku takleh nak bace pikiran dia. Tapi dia ok je. Aku je KO. Hihi.

Eh, panjang lebar pulak citer pasal kerja ni. (Ikutkan lagi panjang sebenarnya tapi kalau nak cerita sampai hujung tahun pun tak habis). Apapun aku bersyukur sebab ada kerja dan sekarang aku dalam proses meningkatkan prestasi kerja aku. (takmo cuti dan mc selalu). Nasihat aku untuk diri aku dan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, hargailah kerja anda. Jangan sebab kita senang2 dapat kerja, boleh wat main2 je ngan kerja. Enjoy2 jugak tapi kerja kena jaga. Kalau takde kerja cemana nak enjoy. Betul tak?

Dah dah. Gi buat kerja sekarang!

Opisku Syurgaku

Er, nak tambah sket. Kerja setiausaha ni best sebab tiap-tiap tahun ada Secretary's Week.
Jangan jeles!

Wednesday, June 16, 2010

Ada Apa Dengan Facebook #3

Bila anda berada dalam sesuatu hubungan dimana pasangan anda juga berada di dalam list kawan-kawan anda dan kawan-kawan anda juga mengenali pasangan anda, maka anda perlu berhati-hati ketika mengupdate status. I mean status 'what's on your mind'

Bila status aku berbunyi

"lain kali peka dengan perasaan orang sekeliling boleh tak?" atau "aku tak marah orang cakap aku marah, sekarang aku memang nak marah" atau "sakit hati!!" atau "hati ini telah dilukai" dan tiba-tiba boyfren ko pulak buat status "hilang petunjuk" maka, itu semua akan mengundang persoalan dikalangan teman-teman.

Nanti ada lah orang tanya aku 'ko gaduh ngan boyfren ko ke?'. Kalau tak pun akan tanya boyfren aku. Yang lagi best siap simpati kat boyfren aku. Hmm. Nampak sangat macam aku bersalah. Padahal tak tau hujung pangkal. Bukan salah mereka nak bertanya. Baguslah ada orang amek berat tapi ini jadi satu pengajaran kat aku. Lain kali perlu berhati-hati mengupdate status. Lebih baik tak yah update langsung.

Tapi bagi aku yang menjadikan Facebook tu salah satu medium untuk aku lepaskan perasaan marah, sedih dan gembira aku, agak susah la. Dapat pulak aku jenis tak reti nak menyimpan perasaan. Facebook aku, suka hati aku la. Boleh macam tu?

Thursday, June 10, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

25 kali ulang dengar lagu ni sejak dari pagi tadi. Tau, aku memang slow. Orang lain dah nak muak, aku baru nak download lagu ni pagi tadi. Dah tua-tua ni jarang pulak nak amek port perkembangan lagu-lagu baru. (sindrom orang tua semakin ketara dalam diri ini...uhuk)

Tapi lagu ni memang layan la. Terkenang zaman2 bercinta dulu. Zaman cinta-cinta tak matang dulu. Agaknya kalau masa tu lagu ni ngah femes, mesti lagu ni akan jadi lagu tema aku. Mesti lagu tu jadi ringtone n caller ringtone. Takpun tajuk lagu jadi status kat FB. Hahaha.

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Dulu-dulu ni la yang akan berlaku. Bila nak bincang je, mesti akah berakhir dengan pergaduhan. Last-last dah tak larat nak bergaduh, perpisahan je cara terbaik. Betul la, kalau dah cannot go, baik blah je. Tunggu2 pun wat sakit hati je watpe kan.

Ok, nak sambung nyanyi. (dengan penuh perasaan)

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Agak2 lagu ni dah ade kat Redbox tak? Karaoke jom!

Wednesday, June 9, 2010

Spender Oh Spender

Baru je dua hari lepas aku membebel-bebel kat rumah sebab spender aku yang baru dibeli dengan harga 19.90 sehelai, baru pakai sekali, basuh pun pakai tangan je sebab tak nak spender tu rosak, pastu sidai elok2 kat tempat sidai baju siap sepit tak nak kasi terbang kalau angin tiup, tetiba hilang time aku nak "ainiii angkat kain hujan....jemuran dah turun". Ok tak lawak. Yang peliknya spender aku yang selai tu je yang hilang. Yang lain2 aku sidai sekali ade pulak.

Dan hari ni pulak surat khabar metro melaporkan raja seluar dalam telah dicekup.

Tapi aku kat Putrajaya. Pencuri spender tu kat Terengganu. Ada kemungkinan tak spender aku tu dicuri oleh pencuri spender itu??? Hmmmmm.

Thursday, June 3, 2010

Love Actually Is All Around.

Apa ni, sejak akhir2 ni asik nak post tentang cinta je. Tau la jiwa sedang berbunga cinta tapi perlu ke setiap entry citer pasal cinta je? Boring nokk. Ok ok promise ni last citer pasal cinta. Pasni nak citer pasal masak memasak pulak ^_^.

Sebenarnya uols, iols nak citer pasal movie yang iols tengok tadi. Sanggup tak pergi lunch sebab nak layan citer ni ;


Orang kata cerita ni best tapi iols tak dapat la nak bagi review lagi sebab tadi ngah syok layan ditambah pulak ade scene lucah bogel membogel bagai, tetiba my boss keluar dari bilik masa betul2 scene ngah blowjob bagai kan. Sepantas kilat mcm trojan iols off kan my PC. Nasib tindakan refleks iols pantas nyah! Kalau tak harulah iols dituduh menonton video lucah di opis. Haram betul la citer2 mat saleh ni. Perlu ke aksi2 lucah tu semua dalam ini pilem?? Kan dah menyusahkan hidup iols. Terus potong stim nak tengok movie tu. Nampaknya kena layan kat kat rumah dalam bilik sorang2. Bahaya sungguh menonton movie kat opis.

Ok la. Nak citer tu je. Perut lapar la pulak tetiba. Tak makan sebab merajuk dengan orang tu yang janji nak datang lunch sama tapi tak tunaikan janji.

Kseimpulan hari ini;

Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji *tetiba