Saturday, August 28, 2010

Cinta Kirana




Unbeliveable aku boleh layan tengok cerita indon ni petang-petang Isnin sampai Jumaat. Maybe sebab sementara nak tunggu waktu berbuka tu, tak tau nak buat apa, tu yang terlayan sinetron ni. Tapi, cerita ni memang best. Jatuh cinta dengan lagu tema, jatuh cinta dengan Galang dan Kakek Rama. Tapi Kakek Rama udah meninggal. Eksiden pulak. Cis. Galang pun dah hilang. Sekarang ni muncul watak-watak baru pulak. Ni baru 15 Episod, nak tunggu 93 episod boleh meninggal wooo.

p/s : ini adalah satu satu sebab saya malas berbuka puasa di luar. nanti terlepas sinetron Cinta Kirana. ^_^

Thursday, August 26, 2010

Mulai Esok.

Saya Cujen The Lejen dengan ini berjanji, mulai esok ;

No more late in & early out.(attendence list for last 3 month sangat teruk!)
No more MC.
No more tido petang.
No more bangun lewat.
No more tido lewat.
No more online melebihi 4 jam sehari.
No more mandi malam.
No more shopping!!
and no more malas-malas.

Saya kena rajin dan lebih berdisiplin. Dan juga berjimat.

Ya Allah, berilah saya kekuatan nak tunaikan janji saya nie.
Amin.


Sekian, dari saya yang menjadi super pemalas semenjak dua menjak ini. ^_^

Cujen The Lejen.
XOXO.

Wednesday, August 18, 2010

Nia Ennalisha Sofea.


Bayi comel lagi tembam ini adalah milik my best friend Sharifah Norlinda aka Kak Linda sengal. Lahir pada 14 Ogos 2010 dengan berat 3.72 kg. (aku dok terbayangkan cemana la aku esok nak kuarkan baby kalau beso camnie...koyak la.... haish). 

Anyway, congartulation to Kak Linda & Husband di atas kelahiran baby girl yang super comel ini. 
Nanti kalau aku ada anak lelaki, aku jadi besan ko ye kak!


Nia cepat besar tau, nanti boleh ikut Mummy ngan Auntie Cujen pergi karoke. ^_^


Sorry la kak, aku terpaksa letak gak gambar ni.
(Saje je nak jatuhkan saham ko.)
Cepat-cepat kuruskan badan yer, nanti tak vouge la pakai kebaya kat majlis aku nanti.
Oh ye, memandangkan ko bersalin awal, 
jadi tiada alasan untukmu tidak hadir ke majlis kawen aku. 

Jangan lupa aku nak hadiah besar. LED TV 52' tau!

Nampaknya tahun ni aku banyak dapat anak angkat ler... Kepada mummy to be ; HAWA, FARAIN, ANI & ONNISYA congratulation to u all gak. Jaga kesihatan diri and baby baik-baik. Aku join the club tahun depan! Hehehe. 



Sunday, August 15, 2010

Table No 44.

Semalam merupakan hari MALAS sedunia. Dunia saya, bukan dunia anda. Bangun tido dah la lambat, dekat kul 12 tengahari. Dengan tak sahurnya.Tak sembahyang Subuh. Bukan mak saya tak kejutkan tapi entah kenapa tiada kekuatan mahu membangunkan diri ini. Malah nak celikkan mata juga tidak berdaya. Ketika itu baru terasa menyesal kerana tido lambat malam sebelumnya.Dan juga merasa jijik kerana telah diselimutkan dengan selimut babi kerana tidak bangun bersembahyang Subuh. Ok, lepas ni tolong lah disiplin Cujen! Jam 10 MESTI masuk tidur.

Disebabkan saya tidak bersahur pagi itu, saya menjadi sangat-sangat tidak bermaya. Pergerakan semua menjadi sangat lembat ibarat kalau anda menonton rancangan bola lepas gol kan biasanya ade ulang tayang versi slow motion. Ha, macam tu ibarat nya pergerakan saya semalam. Ditambah pula keadaan bilik saya yang agak __________ sila isi tempat kosong berdasarkan gambar di bawah ;


Saya pun  tak tau entah berapa banyak kali saya asyik membebel pasal bilik saya yang sentiasa bersepah itu. Dan saya pun berasa musykil juga kenapa bilik saya sentiasa bersepah. Bukan saya tidak pernah kemas. Selalu juga saya kemas. Tiba waktu saya rajin, habis semua habuk saya lap. Bilah kipas dan lantai pun boleh dijadikan cermin muka sebab terlalu bersinar. Tapi biasanya keadaan macam tu akan bertahan paling lama pun 2 hari. Lepas tu bilik saya akan jadi seperti sediakala seperti gambar di atas. 

Takpe, bilik bersepah menandakan wanita bekerjaya. Oh dan juga wanita pemalas. =_=. (jangan bagi bakal mak mertua saya tengok gambar bilik saya ini)

Jadinya semalam apa je yang saya buat? Bangun tido - gosok gigi - Facebook - Cafe World - baring kejap kat sofa - Facebook balik - masuk bilik kejap (berasa rimas lantas keluar ke ruang tamu) - tengok TV - baring lagi di sofa - basuh kain - Facebook lagi - baring lagi - sidai kain - baring, baring, baring. Itu lah aktiviti saya sepanjang hari semalam. Disebabkan bulan puasa tidak boleh makan di waktu siang, aktiviti menjadi sedikit kurang. Jika tidak, sila selitkan aktiviti MAKAN di setiap tanda - di atas. 

Kerja yang berjaya saya buat semalam ialah membasuh baju sahaja. Ok la kan daripada takde. 

Memandangkan semalam juga rumah saya tak ramai orang sebab abang saya dan keluarganya sudah balik ke Batu Pahat, bapa saya juga berada di kampung, adik saya yang no 3 ikut boyfriend dia balik Kuantan (sesi berkenalan dengan ibu mertuaku), adik saya yang no 4 ade kat UTM JB, adik saya yang no. 5 pulak keluar jugak dengan boyfriend dia. Maka, tinggal lah saya dengan Mak saya, adik saya yang no. 6 dan no. 7 (wah, tettiba terasa banyaknya adik beradik aku). Kalau kecik-kecik dulu selalu mengelak ikut mak ngan abah pergi beli baju raya sebab tak suka jalan berdedai-dedai (maksudnya beramai-ramai) dengan adik beradik dan ibu bapa. Malu kerana ahli keluarga begitu ramai. Masa budak-budak memang fikiran agak cetek. Perkara begitu pun mahu berasa malu. Tapi sekarang saya bangga mempunyai ahli keluarga yang ramai. Saya sayang keluarga saya. (tetiba)

Eh, apa ni melalut ke cerita lain pula. Saya nak cerita ini; 

Memandangkan kat rumah ni tinggal kami empat beranak je, saya pun mengesyorkan kepada emak saya supaya 'kita makan luar je la mak.' Ye la, saya kan anak yang solehah kesian pulak tengok emak saya kena masak. Lagipun saya memang jarang-jarang menolong emak memasak di dapur. Bukan saya je, adik beradik lain juga begitu. Malang sungguh emak saya kerana mempunyai anak dara 6 orang tapi semuanya pemalas. Selalunya emak saya la bertungkus-lumus memasak seorang diri. Kitaorang selalu tau order je. 


'Mak, ari ni masak udang pedas', kata saya selaku anak no. 2.

'Ala, masak ayam kicap la', sampuk adik saya yang no. 3.

'Asik kicap je, buatlah tomyam pulak', adik no. 4 pulak berkata-kata.

'Adik nak KARI', jerit adik yang no 7. 


'Korang ingat aku ni bibik? Dah la tak reti nak tolong, main order je. Dah dah .. ema tolong basuh pinggan ni .. ain pergi kedai beli asam jawa .. habis pulak .. kak uda tolong potong buah .... ' mak aku pulak membebel dengan jayanya.

Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup 'Mak ngko masak sardin je la', sekali bapak aku pulak request nak makan sardin.

Akhirnya kami sekeluarga berbuka lauk sardin pada hari itu. Nak buat macam mana. terpaksa ikut kuasa veto. Pemerintahan kuku besi. 

Ok, selingan je tu.

Pening jugak semalam nak cari tempat berbuka puasa best-best. Tiba-tiba teringat makanan lazat di Penang Village. Apa lagi, terus bukak Pakcik Google tengok no phone Penang Village kat Alamanda. Sekali tanya harga RM 50 ++ sorang. Terus book atas nama Liza sebab malu nak guna nama sendiri. Sebenarnya dengar harga je terus rasa nak pitam tapi nak cakap tak jadi sebab mahal, terasa seperti menikam diri sendiri, jadi confirm booking menggunakan nama orang lain. Kesian Liza. (bukan tak ada duit, sume kena berjimat cermat supaya tidak ada yang makan maggi kerat 4 di hujung-hujung bulan puasa.) =_=

Akhirnya aku decide berbuka di Village View, Bangi je. Konon-konon dengan ada perkataan Village di situ, makanan akan sesedap di Penang Village juga. Agak susah juga nak dapatkan no phone Village View ni. Dah la takde website, blog pun takde, Facebook pun takde.Kan dah susah nak kontek. lain kali celik IT sket la bai, barulah perniagaan boleh maju. Tak tau lagi ke internet ni adalah medan pengiklanan paling berkesan sekali? Huh!  Aku ni pulak memang jenis suka call jek. Nak pergi main redah je kang dah tentu-tentu la takde tempat duduk. Tapi berkat kesungguhan dan kecanggihan en Google, berjaya jugak la aku dapatkan no phone. Terus call booking segala dan order sekali. Sekarang tinggal membawa diri sahaja ke sana. 

Ok ni table saya. Mengikut kepercayaan orang cina no 4 ni feng shui tak berapa bagus. Ah, karut.

Macam biasa la kalau pergi tempat  makan macam ni menu yang biasa akan di order ialah; Tomyam seafod, siakap masak pedas, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan juga kerabu mangga. 

Makan empat orang, dua dewasa dan dua kanak-kanak tapi ikan dia bagi, nahh.. amek ko. Boleh makan 5 orang dewasa. Makanan kat sini takde lah sedap sangat. Biasa2 jek. Tomyam dia rasa manis. Aku pun pelik nape tomyam dia manis. Pastu siakap masak pedas pun biasa-biasa je. Kailan ikan masin pun ok je. Tapi kerabu mangga dia the worst pernah aku rasa. Memang tak sedap! Kecewa aku tau. Bersungguh-sungguh aku nak menghabiskan semua makanan tu dengan jayanya sebab tgk gaya macam tak boleh habis. Rasa macam bersalah bayar mahal-mahal kalau tak habis makan.

Ok, total semua RM 80 hengget. Rasa nak menangis bila teringatkan kakak sepupu aku cakap (masa aku pergi rumah dia amek kucing), dia cakap kat sana - Parit Jawa makan ikan siakap tuk 2 orang siap set dengan lauk, sayur, telur dadar dan 2 gelas air sirap baru RM 12  hengget. Tiba-tiba rasa seperti mahu berpindah ke sana. Eh, apa ni. Sebagai anak yang solehah mana boleh berkira dengan ahli keluarga macam ni. Sekali sekalai bawak mak ngan adik-adik makan kat luar apa salahnya kan. Syurga lah tempatmu! Hihi.

Lepas habis makan, hantar mak balik dulu. Lepas tu aku ngan adik aku yang no.6 tu pergi Alamanda. Nak pergi amek contact lens aku dan belikan buku untuk adik aku tu. Ok, aku memang anak yang solehah dan kakak yang penyayang. Sesampai di Alamanda entah kenapa dengan tak semena-semena nafsu untuk berkaroke kembali menjelma di dalam diri. Baru perasan dah agak lama aku juga aku tidak menjejakkan kaki ke karaoke. Sejak Partner In Crime aku, Kak Linda mengandung, aktiviti berkaroke terpaksa ku lupakan. Dapat pulak kali ni boyfriend aku bukan kaki karoke. Sejak kenal dia pada bulan Februari sampailah ke bulan Ogos ni, baru 2 -3 kali pergi karoke. Bayangkan lah aku punya gian tu cemana. 

So semalam, aku paksa jugak adik aku ikut aku berkaroke. Aku tak kira!

Tapi sesampai di pusat karoke kembali rasa bersalah kerana sebelah pusat karoke itu dijadikan surau sementara untuk orang beriman sembahyang tarawih. Bayangkan sebelah pusat karoke ada surau. Bayangkannnnnnn. Aku tak tau la mampu ke tak aku nak melalak di kala semua orang sedang takbir. Haish. 

Masih bergambar dengan gembira walaupun dihantiu perasaan bersalah.
Belakang aku tu pusat karoke, sebelah aku yang dah siap mangga tu, SURAU.
Gambar diambil setelah selesai menyumbangkan suara dengan jayanya.

Rupanya perasaan bersalah saya tu hanya ketika melintasi surau sementara itu. Masuk-masuk je dalam pusat karoke tu, perasaan bersalah terus hilang malah diganti pula dengan perasaan teruja dan suka. Astaga. Syaiton apa la yang dah merasuk aku ni. 

Ok, bulan Ramadhan syaiton semua kena ikat. Jadi, lu pikir la sendiri.

Ini ketika mendendangkan lagu I'm Yours.
Baru sedar saya tidak mampu menyanyikan lagu Bahasa Inggeris dengan baik.

Rupanya adik saya lagi hebat menyanyi dari saya. Lagu yang dia nyanyi semua lagu omputih. Wa caya sama lu. Siap hafal tak payah tengok skrin. hebat..hebat. Haish... Tak boleh dibawak lagi ke tempat-tempat sebegini. Ok, mulai esok saya akan kembali semula bertarawih.

Tapi, balik-balik saya piyed daaa. Cis patutlah tadi tergerak hati membeli pad dengan banyak sehinggakan abang di Watson memandang saya dengan pandangan sinis. Ok, bang. Ini bukan untuk saya sorang je ok. Adik beradik saya 6 orang perempuan ok. 



Ok, saya seharusnya berhenti di sini kerana cerita saya semakin melalut. Cerita pasal semalam sudah mencececah 10 perenggan. Begitu dasyat! Saya perlu belajar untuk menulis blogpen. (BLOG PENDEK).

Ok, selamat berpuasa semua.

Thursday, August 12, 2010

Yay, dah boleh kawen!

Sekarang ngah menghitung hari untuk dinikahkah saje. ^_^

Urusan borang-borang kawen dah setel Isnin lepas. Pagi-pagi buta lagi dah bertolak balik Muar. En. Masran pun beria kan belum kul 8 dah sampai rumah aku. Excited nampaknye. Hehe. Bukan apa, aku risau kang balik penat-penat tak setel2 jugak hal borang ni. Johor ni lain sket, masa hantar borang tu nak kena interview dulu. Kalau interview tak lepas, maka tak dapat la kebenaran berkahwin tu. Lagi satu aku takut orang yang nak interview tu takde, kang sesia je pergi. Bukan senang nak dapat cuti. Cuti aku pun dah tak banyak. Mana nak cuti raya lagi nanti, cuti kawen lagi, cuti honeymoon lagi. (tetiba rasa menyesal sebab tak pernah simpan cuti).

Nak pergi Pejabat Agama haruslah sopan kan. 

Sampai Pejabat Agama Ledang dalam kul 10.30. Sampai-sampai terus pergi kaunter. Mak oi, akak kat kaunter tu garang bebeno. Cakap kuat-kuat pulak. Tension pulak aku. Nasib baik borang semua takde masalah. Kejap je dah setel. Yang penting bayaran untuk borang-borang tu semua RM 25.00 hengget ok. Lepas bayar tu kena interview pulak. Ustazah yang interview aku tu pun boleh tahan garang jugak la. Panggil aku macam nak cari gadoh je. Tapi, memandangkan dia tu yang bleh bagi kelulusan aku ni boleh kawen ke tak, terpaksalah aku memaniskan muka yang dah sedia manis. Nasib baik formula aku berkesan. Kalah formula Dr. Romzey. (eh, betul ke eja nama dia tu? ). Tak semena-mena ustazah tu baik pulak ngan aku. Hihi.

Sesi interview berlangsung lebih kurang 20 minit jugak la. Macam-macam dia tanya. Nasib baik la aku berjaya menjawab kesemua soalan interview tu dengan jayanya. Yay! Meh, sini aku kasi korang soklan bocor untuk temuduga kawen kat Johor. Kalau ikut kat borang interview tu dia akan tanya korang soalan-soalan nie;

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2. Bacaan Al Fatihah
3. Doa Qunut
4. Tanggungjawab Suami Isteri

Tapi, bergantung pada ustazah tu la dia nak tanya ko apa. Macam aku kena baca tahiyat akhir, lepas tu kena baca niat mandi wajib la, sebab-sebab mandi wajib. Banyak betul soalan.Tapi, don't worry la. Dia akan tanya soalan-soalan basic je. Yang buat hari-hari. Takde nye dia soh ko baca surah Al Baqarah satu juzuk ke. Surah Yasin sampai habis ke. So, tak payah la risau. Tapi soalan basic-basic pun tergagap-gagap jugak aku nak menjawabnya. Benda dah hari-hari buat pun kalau ditanya camtu, leh jadi lupa dibuatnya. Tapi, alhamdulilah aku berjaya!

Pas abes interview terus dia kasi borang-borang n surat kebenaran tu semua untuk dibagi kepada Tok Imam yang menikahkan aku. Tak payah susah2 nak cari, imam tu dia terus dah bagi nama. Terus je pegi rumah dia untuk set time. Tok imam tu muda lagi nok!! Aku rasa umur baru lam 30 an gitu. Waaa...bagusnya muda-muda dah jadi imam. Deal ngan imam tu tak lama. Kejap je lam 10 minit. Ada ke patut Masran yang gelabah ni bley tanya imam tu nanti masa nikah dia kena interview lagi ke? Ceh, nampak sangat takut nak interview. Nasib baik imam tu kata takde sebab dia bajet Masran dah kena interview masa mintak kebenaran berkahwin kat Selangor. Padahal takde pun. Selamat la you!

Lepas setel semua urusan yang penting-penting, now time tu hoyeh-hoyeh la. Dari Tangkak, shoot terus ke Parit Jawa, Muar sebab dah janji ngan cousin aku nak pergi rumah dia. Sambil-sambil melawat nak kecek anak kucing dia yang baru lahir. Lepas kawen plan nak bela kucing sebab Masran ada sekor kucing yang memang dia dah bela. Macam kesian pulak kucing tu takde kawan nanti. Mesti sunyi dan jiwa kacau. Kalau manusia jiwa kacau boleh jugak update status kat Facebook. Kalau kucing nak update status kat mana? Jadi atas kesedaran tu, aku pun bercadang la nak bela kucing. Mula-mula kitaorang dah pinang kucing Renji & Qaren ( SHIRO) untuk dijodohkan dengan kucing Masran (LILO). Tapi, mak bapak Shiro, si Renji & Qaren tu demand. Nak hantaran 10 ribu serba berdiri. Mau tak berdiri bulu-bulu Lilo mendengo nya. Nasib baik tak gugur bulu tu semua. Takpe Lilo, banyak lagi kucing-kucing betina yang hot-hot di luar sana.

Ini LILO. Hensem macam ni pun kena reject. Cis!

Ini pulak SHIRO. Muka bajet gile! 

Sampai umah cousin aku dalam kul 1 lebih macam tu. Dapat la jugak aku merasmikan bango baru cousin. Dia baru je pindah tak sampai seminggu. Besar gile rumah! Kawasan rumah luas gila boleh buat swimming pool kat situ. Best. Best. (bila la aku nak ada rumah sendiri nie -monolog dalaman). Sampai-sampai je terus cousin aku ajak pergi makan. Molek beno la tu, kitaorang pun ala-ala lapar la jugak. Maklumlah dah tengahari. Alang-alang dah ke Parit Jawa tu, haruslah pergi makan Asam Pedas kan. Parit Jawa tu kan memang femes ngan Asam Pedas. Asam Pedas kat sini memang terbaik la. Dah la murah, sedap pulak tu! Memang heaven. Aku yang tak pernah2 suka makan asam pedas ni boleh jadi suka pulak.

Ini dipanggil Lala. 
(sedang menelan air liur dengan jayanya)

Ok tu je gambar makanan yang aku boleh letak. Bulan-bulan puasa ni tak elok letak gambar makanan banyak-banyak. Nnati kurus pahala puasa. (sebenarnya gambar tak sempat amek sebab kitaorang terus makan dengan rakusnya!)

Ini orang yang paling banyak makan.

Eh, tetiba baju dah bertukar. Hihi.
Yang sebelah tu la cousin aku - Kak Long Syidah.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. ^_^.

Lepas makan sempat jugak la jalan2 kat area tempat makan tu. And now aku dah tau kat mana nak amek gambar outdoor lepas kawen nanti. 

Kat jeti ni nampak macam best. Ala-ala klasik gitu.

Dah penat amek-amek gambar, melepak kejap kat umah cousin sambil main-main dengan anak-anak bulu yang bakal kitaorang bawak balik. Ya allah!! Comelnye anak-anak kucing tu sume. Rasa nak picit2 je. Ada 3 ekor semuanya. Tapi, aku amek 2 ekor je. Takut tak larat nak bela. Kesian pulak tengok yang sekor tu dok miow-miow tengok adik beradik diorang kena angkut ngan aku. Tapi, cousin aku cakap takpe. Mak bapak kucing tu ada lagi. So takde lah dia sunyi. Nanti mak dia boleh beranak lagi. Ehee.

Kenalkan anak-anak bulus ku.
Dari kiri : Bella & Doddy

Baik je dua ekor ni. Dok diam sepanjang perjalanan. Tak banyak meragam. Tapi, bila keluarkan dari cage tu, bukan main lagi lompat sana sini. Jakun tengok kereta kat luar. Hihihi. Comel! Pastu bila dah penat ......

Bukan main sedap lagi landing nagn Daddy diorang. Cis!

Aku jugak yang penat drive sampai KL. Tengok anak beranak tu tido mata aku pun hampir-hampir layu jugak. Nasib boleh bertahan sampai KL. Sampai rumah dekat kul 11 malam. Dah penat apalagi, terus la ....

zzzzzzzzzzzzzzzz........

Sekian.

Wednesday, August 4, 2010

Ada Apa Dengan Facebook #4

Dua entry dalam satu hari.

Baca dengan muka serius sebab entry aku kali ni agak serius. Hal yang berkaitan dengan Facebook.Yang mungkin boleh diambil sebagai pengajaran untuk kita semua. Sebelum tu izinkan aku quote satu perenggan dari entry Mukabuku & Twitter - SUSUDALAMBOTOL ;

Untuk itu aku harap kita semua saling berjaga-jaga dengan ketagihan internet di zaman ini. Lagi-lagi bagi mereka yang selalu buat status tak puas hati dekat bos ke atau apa-apa yang berkaitan pejabat. Kalau sesiapa yang ada add aku di Facebook, aku memang tak akan dah update apa-apa status yang berkaitan pejabat sebab aku tau impak dia memang besar. KECUALI kau memang takde add orang-orang pejabat kau lah. Orang yang dengki ada di mana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tak bermaksud begitu pun. Kita semua sedang diperhatikan. Hati-hati.

Baru-baru ini status kawan aku di Facebook berbunyi;

Aku tak sangka Johor ni hina.  Tak ada Famos Amos kat JB, yang ada pun kat Senai airport je. Bandar konon. Gerek apanya. What a jerk .... 
 Ya Allah, hinanya JB. Nama je dekat Singapore. Belum maju rupanya. Baik aku dok Kulim jer cenggini. What a jerk ... 

Dan kesan dari status dia yang macam tu, berbakul-bakul kata makian dia terima. Dan lebih teruk ada pula page ' SI POLAN menghina negeri Johor. Banned dia'. Dan setakat ini (aku rasa tak sampai 2 hari pun) page dia tu mendapat 3000 ++ tanda LIKE. Tak cukup dengan tu dia diugut dengan bermacam-macam ugutan. Sampaikan pihak TV3 call pejabat dia. (untuk apa aku tak pasti la)

Ok, sebelum tu biar aku tegaskan di sini. Aku orang Johor. Lahir pun dekat Johor. Bapak aku asal Johor. Atok aku pun lahir kat Johor. Sedara mara aku pun banyak kat Johor. Dan aku sangat berbangga menjadi warga Johor. Walau macam mana rupa pun negeri Johor tu aku tetap bangga.

Sebagai anak jati Johor, memang la aku akan marah kalau ada orang lain kutuk-kutuk negeri aku. Dan status kawan aku tu pun dah menimbulkan kemarahan rakyat jelata especially warga Johor yang memang terkenal dengan semangat Johorean nya. (Aku pun sama jugak kadang-kadang). Memang. Memang sape-sape pun akan marah. Takde sapa yang suka tanah kelahiran diorang dicaci, dikutuk sesuka hati. Lebih-lebih lagi kerana hal-hal kecik seperti biskut Famos Amos tu.

Tapi, kenapa aku takde rasa apa-apa pun masa aku baca status dia tu? Kenapa aku boleh buat relax je? Aku takde komen apa-apa pun kat status dia tu. Padahal aku la manusia paling suka dan pantas nak mengomen status kawan-kawan. Oh, mungkin korang akan cakap aku takde semangat kenegerian. Aku tak sayang Negeri aku. Aku lupa diri. Ok, katakan apa saja. Tapi aku nak tegaskan di sini, aku tak rasa apa-apa masa baca status dia tu sebabaku tau dia bergurau. Kitaorang memang dah biasa bergurau macam tu. Perkataan 'HINA' tu memang selalu kitaorang sebut. Contoh ayat;

Hinanya ko pakai telefon tak boleh MMS.
Hinanya tak tau cekedis tu apa.
Apa la hina sangat tempat ko nie. Biskut tiger pun takde jual.

Contoh ok. Tapi ayat-ayat kitaorang bergurau memang macam tu. Memang agak kasar. Setiap orang ada cara tersendiri bila bergurau dengan kawan-kawan. Korang pun takkan tak pernah bergurau kasar. Ok la kalau korang kata kitaorang memang biadap. Tak diajar. Mak bapak tak ajar sopan santun. So, kepada mereka yang mengutuk kawan aku di page Facebook tu baik sangat ke bahasa? Sopan santun ke menegur kesilapan orang?

Yes, kawan aku silap. Silap sebab tak berhati-hati ketika mengutarakan ketidakpuasan hati dia. Mungkin dia lupa di Facebook ni orang sentiasa memerhatikan kita. Lebih-lebih lagi bila kita tak set private untuk segala aktiviti kita. Dapat pulak masa kita update status tu, ada kawan-kawan yang menyokong status kita. Lepas tu perbualan menjadi semakin rancak.

Aku terpanggil nak buat entry ni bukan sebab dia itu kawan aku. Bukan sebab aku nak backup dia. Takde isu nak backup sape-sape di sini. Kalau dia bukan kawan aku pun, aku rasa kita tak patut nak blame dia sampai macam tu sekali. Kalau pun memang dia bersalah, kenapa tidak tegur secara berhemah. Aku rasa tak perlu la perbesarkan hal ni sampaikan sanggup nak copy gambar dia dengan anak dia siap dengan screen shoot status dia lepas tu tag kat semua orang. Cukup la kalau anda menegur di Inbox sahaja. Kalau dah tegur pun dia still tak nak remove or tak nak mintak maaf baru la buat cara lain. Itu pun aku still tak setuju dengan cara menyebarkan kesilapan orang kat orang lain dengan tujuan untuk mendapat sokongan. Sekali kita tutup keaiban orang, 10 kali tuhan tutup keaiban kita. 

Kawan aku tu mengandung. Mungkin dia teringin sangat nak makan biskut Famous Amos tu. Lagipun status tu sekadar gurauan sahaja. Tak perlu la kita nak perbesarkan isu nie. Banyak lagi isu lain yang memerlukan perhatian kita. Cukup-cukup la dengan kata makian yang dia dah terima. Aku yakin dia pun dah serik. I know her. Dia bukan macam perempuan yang korang labelkan. Lagi satu kalau dia yang buat silap, kenapa mesti kaitkan suami dia, anak dia, mak bapak dia dalam hal ni? Mereka-mereka yang lain tu tak bersalah ok. Cubalah tanam perasaan belas kasihan sesama manusia. Sesama umat Islam. Malu la tengok orang Islam bergaduh kerana hal-hal yang macam ni. (aku rasa yang dok memaki hamun kawan aku dalam page tu, kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam). Lain la kalau bab menghina agama. Itupun kadang-kadang bila ada orang hina agama kita, kita boleh buat diam je. Tapi hal-hal macam ni cepat pulak nak melenting.

Kawan aku pun dah mintak maaf. Jadi aku rasa tak salah kita memafkan dia. Lebih-lebih lagi nak masuk bulan Ramadhan. Biarlah kita semua menyambut Ramadhan dengan hati yang tenang. 

Apapun, perkara sebegini sememangnya menjadi pengajaran kepada aku dan kita semua. Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati ketika menggunakan Internet. Bak kata Puan Susudalambotol ; KITA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN. 


p/s: Entry ni bukan nak menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar luahan perasaan dan ingatan untuk aku jugak. Jangan pulak lepas ni ada yang buat page banned kata aku backup kawan aku pulak. ;p

SALAM SATU MALAYSIA

XOXO.
Cujen The Lejen.

Sehari 48 jam, boleh?

Masa sekarang sangat mencemburui aku. Nak buat apa pun rasa cam tak sempat je. Terkejar sana, terkejar sini. Punyalah busy sampai aku tak sempat langsung nak basuh baju untuk 2 minggu ni. Tersedar pun bila  tarik laci simpanan spender, tengok-tengok spender aku dah takde. Kali ni bukan sebab kena curi tapi sebab dah habis dipakai. Nasib baik ade beberapa helai lagi spender yang baru beli dan masih belum dipakai. Kalau tak? Boleh bayangkan aku pergi kerja tanpa memakai spender? Memang keji sape yang yang bayangkan camtu. Eh perlu ke nak citer pasal spender kat blog tontotan umum ni? 

Perlu ke tak perlu ke, ada aku kisah?

Sekarang ni aku nak cerita pasal kebizian body aku yang mengalahkan Osama bin Laden. Sibuk menguruskan hal perkahwinan aku la. Tapi dalam sibuk-sibuk tu masih sempat menjoinkan diri dengan aktiviti-aktiviti ANL. ANL tu hape? Cari la sendiri. Malas nak sexplain. Lebam-lebam badan aku dek penangan paintball Ahad lepas. Kali kedua main paintball tapi aku masih failled. Dapat pun kumpulan F. Huh. Takpe, tu nanti aku ceritakan di entry akan datang. Ni nak citer lain dulu.

Minggu lepas sibuk setelkan borang-borang kawen. Aku ingatkan nak buat permohonan kat sini je tapi kat Wilayah ni mengada pulak time nak submit borang nanti wali kena datang sekali sign depan Pendaftar Nikah tu. (Jangan sampai aku bawak WALI BAND datang situ).Bila aku tepon member aku yang kat Johor, yang kebetulan kerja kat Pejabat Agama dan sekampung dengan aku dan juga baru melangsungkan perkahwinan bulan lepas, dia kata kat Johor tak payah. Just bagi salinan IC wali je. Terpaksalah pulak soh member aku belikan borang. Beli ok, satu borang RM 5. Lepas tu soh dia pos laju. Kos pos RM 7. Jadi total semua RM 12. Ok, 12 hengget. (Kat Selangor borang free jek!).

Eh, nak berkira sangat kenapa? Nak kawen ke tak nak? (Main paintball bayar RM 70 selambar jek). Ok ok. Nak. (^_^). Sampai-sampai je borang, agak terkedu la jugak sebab borang kawen negeri Johor tulisan JAWI ok. JAWI tau bukan JAWA. Hambek ko. Nasib baik la dulu-dulu mak bapak aku sekolah agama. Kalau tak, terkial-kial nak isi borang. Tapi nasib baik member aku cakap boleh isi pakai tulisan rumi je. Hehehe.

Boleh baca?
Sapa tak boleh baca, pergi sekolah agama balik ok.

Hari Isnin ni baru nak pergi hantar borang. Ingatkan nak pergi Khamis ni tapi En. Masran pulak tak dapat cuti. Boleh je aku pergi sorang-sorang tapi En. Masran kata macam tak best pulak biarkan aku pergi sorang. Aww, so sweet!! Hehe gedik! Isnin pun Isnin la. Janji setel sebelum puasa. Tak larat nak berulang alik time2 bulan puasa nanti. Ade jugak nanti yang kantoi puasa. Opss!! Lagipun kalau boleh sebelum raya dah setel semua. Lepas raya aku ada masa lebih kurang sebulan je sampai ke tarikh keramat itu ^_^. So masa sebulan tu la aku nak spend tuk rehat-rehat, pergi spa, wat facial, pedicure, manicure, buat laser. Haruslah nampak berseri di hari perkahwinanku kan. Hehehe. (Tu pun kalau ade bajet lebih la. Kalau tak dalam mimpi je la pedicure manicure tu sume).

Punyalah la bertekad nak setelkan sume before raya, sampaikan terpaksa melupakan hasrat untuk berpoya-poya dengan teman-teman seperjuangan. Karaoke dah lama tak pergi. (Mesti suara aku dah jadi sedap macam Celine Dion sekarang). Kawan-kawan ajak keluar hangout pun tak dapat join. Semalam terpaksa putih mata tak dapat join diorang (Ell, Affa, Nick Haney, Julia) bersuka ria pergi Ikea sebab ade janji dengan Dato' Kelly pasal kad kawen. Takpelah, tengok gambar jew la. Huk huk huk. Hari ni diorang hangout pun tak dapat ikut. Dah janji ngan Pae nak siapkan hantaran pulak. Haish, banyak betul kerja org nak kawen ni. Kalau banyak duit, nak aje aku upah Wedding Planner. Biar dia buat sume. Aku boleh dok goyang kaki goyang bontot. Hihi. 

Eh perlu ke nak mengeluh camnie? Nak kawen ke tak nak? Nak. Nak. *sesi bercakap dengan diri sendiri

Ceh, membebel pasal busy yang tak berapa nak busy pun amek 3-4 perenggan. Padahal takde la busy mana pun. Cuma aku ade masalah dengan pengurusan masa. Eh, silap. Aku takde masalah dengan pengurusan masa, cuma aku ada masalah bila nak mendisiplinkan diri dengan masa. Masa dengan aku ibarat Blackberry dengan Iphone yang takde kena mengena pun. Hahaha.


Ok, stop sini dulu. Cerita paintball & lunch hour semalam ditangguh ke next entry. 

XOXO.

Cujen The Lejen.