Wednesday, September 22, 2010

Hari Ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

*****************************************************

Bila dapat emel-emel macam ni, baca, akan timbul keinsafan dalam diri. Akan mula menghargai apa yang kita ada. Tapi, selalunya kita tewas dengan emosi sendiri. Bila kehendak hati tidak dipenuhi, mula lah rasa nak marah dan menyalahkan orang lain. 
 
HATI.
 
Susah betul nak jaga benda ni kan?

Friday, September 17, 2010

Cerita Raya La Pulak.

Raya tahun ni sama macam tahun lepas. Raya pertama di Muar, raya kedua di Sekinchan, raya ketiga dah ada kat Putrajaya, raya keempat dah keje!

Terpaksa korbankan cuti yang sememangnya tak banyak tu untuk cuti kawen. 

Dan juga raya tahun ni paling tak best sebab dua hari sebelum raya aku demam sampai la ke saat ini masih belum sembuh sepenuhnya. Sampai ilang-ilang la suara aku masa raya hari tu. Nak makan pun rasa tak best je. Tekak sakit, batuk lagi, selsema pulak tu. Hadoi ai.. dugaan sungguh. Misi untuk menambahkan berat badan di bulan syawal ini, GAGAL. Berat aku aku 39.8kg turun kepada 39.1kg. Kesian betul. Dah macam orang tak cukup zat dah aku ni. 

Yang best raya tahun ni aku dapat beraya dengan si dia. Oh ya, dan juga dapat amek gambar family lengkap. Tema tahun ni maroon yer!

Konon-konon candid yang tidak menjadi. 

Kali pertama keluarga aku amek gambar family di studio.

Rupanya tiap kali raya mmg ramai orang akan amek gambar kat studio ek. Beratur gak la menunggu giliran nak bergambo. Kayo la tokey kedai gambar tu. Tapi yang kelakar nye boleh tak 3 keluarga yang menunggu giliran sama-sama dengan kami, semua pakai baju kaler purple. Ingatkan diorang sume satu family. Rupanya 3 (tiga) keluarga yang berlainan. Hihihi. Kaler purple memang 'IN' eh tahun nie?

Raya kedua. Masih ceria walaupun sudah kehilangan suara. ^_^

Gambar gedix santai mestilah ada. Depan umah atok aku tu kubur cina tau.

Dua orang gergasi pakai baju coklat ngan itam tu adik aku.
Walapun aku kakak paling tua, tapi aku la yang paling comel!
(Mungkin sebenarnya diorang yang gergasi)

Keluarga di Sekinchan.

Boleh tahan kacak jugak bakal laki aku ni. Aummmmm.
(Raya ketiga, recycle balik baju raya pertama)

Bayangkan gambar ni 20 tahun akan datang.
Aku dengan laki aku dok depan umah menunggu
kepulangan anak-anak. Wahh!!

(abaikan adik aku yang menibuk di bawah tu)

Masa tu aku masih mintain seperti di atas. 
Masran pulak dah boroi macam mengambung 9 bln.
Hihihi.

Itu je cerita raya tahun ni. Duit raya bakal laki je bagi. Tu pun aku paksa nak jugak. Hihihi. Selebihnya aku yang kopak bagi duit raya kat orang. Uwaaaaa. Oh ni gambar last. Nak tunjuk muka berseri aku selepas mengamalkan minum inner shine setiap pagi dah malam selepas teruja dengan entry Cik Ell. Dan hasilnya;

Muka berseri-seri dengan kulit yang gebu dan bibir yang montok.
Awwww. Mak suka nok!!

Tuesday, September 14, 2010

Kenangan Ramadhan 1431H.


Ramadhan 7 @ Ikea with Love.

(Makan sini tak sedap. Buffet 25 hengget tapi pilihan makanan sikit gila)


Ramadhan 8 @ Flaming Steamboat with ANL Family.


(Puas hati gila makan kat sini. Buffet RM 23 hengget dengan 
pelbagai jenis makanan. Kitaorang lepak sampai kul
kul 12 malam. Tah bape kali aku top up eskrim.
Gila heaven!)


Ramadhan 17 @ Alisara Puchong with My Big Family.

(gambar blur @________@)




Ramadhan 18 @ Umbai Melaka with ANL Family

(Sangat best dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
Lepas berbuka jalan2 kat bandar Melaka,
naik Menara Taming Sari, naik beca & jalan2
kat Jonker Walk. Besr giler!)




Ramadhan 23 @ Aril house with ANL Family [again]

(A big thanks to Mr Edunk Aril kerana menganjurkan
potluck berbuka puasa di rumah beliau. Siap ade ayam bakar.
Kelas nok!! Makanan pun banyak gila diorang bawak sampai 
tak larat nak habiskan. Tahun depan wat lagi eh.)



  • Ini merupakan tahun terakhir Ramadhan sabagai orang bujang. Sebab tu aku jarang nak buka puasa kat luar sebab nak spend lebih masa dengan keluarga. 
  • Tahun ni jugak pertama kali aku menunaikan sendiri zakat fitrah. Sebelum ni abah bayar. Tapi tahun ni abah soh bayar sendiri soh belajar bayar zakat sendiri. Tapi rasanya ini kali terakhir jugak bayar zakat fitrah sendiri sebab tahun depan Encik Suami pulak bayarkan. Hehe.
  • Sembahyang tarawih tahun ni buat sekali je. Itupun awal Ramadhan. Lepas tu hancor. Harap-harap tahun depan lebih baik. Pergi sekali dengan Encik Suami mungkin semangat lebih sikit kot.
  • Tahun ni langsung tak menjejakkan kaki ke PARAM. Yehaaaa! Eh, silap. Ade sekali pergi dengan enchek tunang masa buka puasa di rumah beliau. Hehe.
  • Dan yang paling penting sekali bulan Ramadhan duit aku lagi banyak habis. Berjimat di bulan Ramadhan konon. Cet! Tahun depan sila amek pengajaran yer. 

Itu sahaja coretan Ramadhan kali ni. Jumpa lagi tahun depan yer!

Eh, sebelum tu di kesempatan ini saya Cik Cujen The Lejen dengan rasa rendah hatinya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan saya yang mungkin ada menyinggung perasaan kamu-kamu semua.
 Selamat Hari Raya!

Nak balik kampung. Tata!



Motif update entry puasa di hari kelima raya??


Ni entry sebelum raya hari tu tapi lupa nak tekan publish. Cis! Cis! Cis!


Tuesday, September 7, 2010

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tolong la jangan raya hari Khamis. Kalau raya Khamis, alamatnya aku raya pakai t shirt dengan kain batik je la jawabnya... sob..sob..sob... Tu la padahnya kalau tak nak amek baju awal-awal. Tempah bukan main lama dah. 2 bulan lepas. Nun jauh kat Muar sana. Haish! Nama je mak tukang jahit, tapi anak tailor sendiri hantar baju kat orang lain. Nak buek cemana. Untung la tahun ni aku de baju raya. Tahun lepas nye baju raya lagi sadis. Beli kat Mydin jek! Hahaha. 

Persiapan raya tahun ni macam tahun-tahun lepas jugak la. Ala kadar je. Takde la nak beria sangat. Lagipun sibuk pikir pasal persiapan kawen sampai takde masa nak pikir persiapan raya. Cuti pun amek sehari je. Kahsian!! Nanti orang lain sibuk beraya sana sini, aku dah tercongok kat opis. Apa boleh buat. Tahun ni kena berkorban la jawabnya. Ala, lagipun cuti lama-lama aku bukan buat apa pun. Raya pertama kat Muar. Raya kedua balik Sekinchan. Silap2 raya ketiga dah ade kat Putrajaya. 

Tapi sekarang ni memang siyes mood bekerja dah takde. Mood cuti dah menguasai diri aku ni. Malas je nak kerja. Cepatlah kul 5. 

Saturday, September 4, 2010

Fitting Room.

Sape yang tak pernah buat perkara keji di dalam fitting room sangat menipu ok. Jap. Maksud aku bukan perkara keji bercumbu dengan boyfriend ko di dalam fitting room, tapi perkara keji dengan menge'test' sehingga 5-6 pasang baju, snap-snap gambar lepas tu keluar tanpa rasa bersalah dan tanpa membeli sehelai pun dari baju-baju tersebut. Lagi keji buat-buat tanya kat pekerja kedai tu mcm ni;

baju ni ade color lain tak? color ni tak sesuai la ngan kulit i (padahal ko dah tau takde kaler lain pun)
size lain takde ke? nak beli tuk adik i sebenarnya.W
pattern lain ada tak? baju ni kalau takde poket depan lagi cun. ada poket ni wat slack pulak. kalau tak memang i dah beli dah.

Penah tak? Penah tak? Hehehe. Aku le orangnya tu. Tapi kan sekarang susah sket nak gedix2 dalam fitting room sebab ade sesetengah butik tu dia tulis 'camera not allowed'. Cet!! Pastu pulak sekarang, hp yang ade kamera kebanyakannya dah takde function nak disable bunyi camera. Henpon2 baru sekarang kalau amek gambar, dia punya bunyi, mak aii macam bunyi hape. Owh, betapa aku rindukan henpon lama ku. Sony Ericsson W910i. Setakat ni aku rasa kamera henpon paling cantik adalah henpon Sony Ericsson. Memang terbaik! Eh, ape citer pasal henpon lak nie. Suka melalut tau.








Itu la antara aksi-aksi keji aku di dalam fitting room. Hehehe. Hanya gambar no 3 ngan gambar last je aku beli. ^_^.  Bukan apa, banyak kali dah terkena test dalam fitting room nampak cantik gila. Sekali bawak balik rumah rasa cam tak best je. Mungkin sebab fitting room punya cermin lagi mahal, ditambah pulak lighting2 yang menarik. Gambar pun nampak ok la gitu kan. Hakikatnya hampeh!!

Kesimpulannya, jangan terpedaya dengan gambar di dalam fitting room. Mungkin itu hanya ilusi anda semata. Hehehehe.