Thursday, October 28, 2010

Holiday Mood.


Bukan honeymoon pun, just pergi bercuti dengan kawan-kawan. Tapi, boleh la consider as honeymoon la jugak. Bukan kawan-kawan nak tido sebilik dengan kami pun. Hehehehe.

Pergi tak jauh pun. Dalam Malaysia je. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

^_^

Wednesday, October 27, 2010

Tuhan Itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Sebab Dia tau aku tak pandai masak, dia kurniakan aku lelaki yang pandai masak.
Sebab Dia tau aku ni panas baran, dia kurniakan aku lelaki yang cool.
Sebab Dia tau aku ni garang, dia kurniakan aku lelaki yang ceria.
Sebab Dia tau aku suka kucing, dia kurniakan aku lelaki yang suka kucing jugak.
Sebab Dia tau aku tak pandai layan budak-budak, dia kurniakan aku lelaki yang suka budak-budak.
Sebab Dia tau aku suka membebel, dia kurniakan aku lelaki yang tak banyak cakap. (tapi, sekali dia membebel, takde can langsung aku nak mencelah)
Sebab Dia tau kadang-kadang aku ni malas, dia kurniakan aku lelaki yang rajin.

Apa lagi yang aku nak? Bukankah kehidupan berpasangan itu untuk saling melengkapi? :-)

Aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni dan semoga kebahagiaan ini adalah untuk selamanya. Amin.


 Terima kasih untuk kebahagiaan dan kegembiraan ini.
Love u till the end.

Sunday, October 24, 2010

2 minggu.

Majlis Bertandang 17 Oktober 2010


Dah dua (2) minggu aku bergelar isteri orang. ^_^

Kehidpuan aku mula berubah sikit demi sikit. Dah takde lagi istilah aku aku, kau kau. Sekarang ni nak buat apa pun kena fikir pasal 'KITA'. Kalau dulu suka hati je nak bangun tido kul bape, nak tido kul bape, nak mandi ke tak nak ke, nak makan ke tak nak. Kalau dulu malas nak masak aku bley tahan lapar sampai 2 hari tak makan nasi. Makan je apa yang ada kat rumah. Sekarang ni nak wat camtu? Takde harapan la nok. Kalau aku malas nak makan, aku kena pikir pulak perut laki aku. Nasib baik la dapat laki yang rajin. Seminggu pertama mmg dia je yang memasak. Aku belajar sikit2 ngan dia. (walaupun aku tak pandai masak, tapi sekali aku masak mmg sedap woo...hehe)

Sekarang ni aku sedang cuba membiasakan diri dengan kehidupan berumah tangga. Mula-mula agak kekok sikit la. Aku banyak wal hal sendiri. Terlupa yang aku dah ada SUAMI. Hehehe. (ala, dia pun selalu rasa camtu jugak). Ke kitaorang je yang rasa camtu ar? Korang dulu mula2 kawen rasa tak macam aku rasa nie? Kadang-kadang rasa takut jugak. Takut lupa pada tanggungjawab. (Harap-harap tak macam tu la).

Ada masa jugak kadang2 rasa cam lain sebab dulu balik rumah, riuh rendah rumah aku dengan suara adik2 aku. Suara mak aku. Sekarang ni dengar suara laki aku dengan suara meow aku yang dua ekor tu. Mula-mula rasa cam sunyi je. Aku mmg tak suka suasana sunyi2 ni. Mula la nak feeling2 sebak je. Tapi lama-lama dah ok. Takkan la selamanya nak dok ngan mak kan???


Ala, sekali laki panggil soh tido pulak. Nanti la aku sambung laki k.

^_^


Thursday, October 14, 2010

And The Journey Is Begin.


Kembali bekerja sebagai ISTERI ORANG (^_^)

Perasaan aku selepas menjadi isteri orang? Happy la tapi aku still rasa hubby aku tu macam boyfriend aku je. Bila aku tanya hubby aku, dia pun cakap benda yang sama. Boleh tak lepas nikah, masa dia tercari2 aku yang busy di dapur, dia tanya kawan dia "nampak tak girlfriend aku?" Cet!!

Alhamdulilah majlis aku berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit kekecohan malam nikah tu. Boleh pulak ngam2 pengantin lelaki sampai, rumah aku BLACKOUT!!! Haha, ingat gimik ke? Takde maknanya. Memang blackout betul. Banyak sangat guna elektrik, sampai overdose dibuatnya. Menggelabah jugak la aku dibuatnya. Malam sebelum nikah tu memang dah ade hint2 letrik kejap ade kejal takde. Tapi kejap je. Macam kena petir camtu. Tapi kali ni lama gak la. Dekat setengah jam. Rombongan pengantin lelaki dah tunggu kat luar. Aku pulak dah kepanasan dalam bilik. Risau jugak la. Sape pulak nak sabotaj aku nie. Hish!! Dalam hati berdoa je supaya elektrik ada balik. Kalau tak, majlis nikah aku disirami cahaya lilin. Kelas nok!!

 Majlis nikah aku pakai lilin je. Kau ada? 

Akhirnya malam tu PAK ITAM aku la yang menjadi hero. Cayalah! Bertepuk tangan family aku sume dah macam dalam filem tamil pulak rasanya. Hihihi.

Lepas je elektrik dah kembali pulih, tanpa berlengah lagi majlis nikah pun diteruskan. Alhamdulilah, lepas dua kali akad aku sah bergelar isteri kepada En. Masran. (Yeyey!!)

En. Suami yang konfiden kononnya. Sekali kena ulang balik daaa.
(Imam yang nikahkan kitaorg tu muda weh..)

Wang hantaran dan mas kahwin.

Boleh tak lepas upacara batal air sembahyang, aku lupa nak salam laki aku. Hahaha. (Bukan lupa, tapi masa aku nak salam tu, pak imam dah terus baca apa tah. Langsung lupa nak salam bagai cium dahi bagai.) Last2 buat ulang tayang dalam bilik je untuk amek gambar je. Hampeh betul.


 Yay, dah sah! ;p

Ayo, perlu aku dok skema macam tu atas pelamin. Hihihi.

Family In Law



My Family :-)


 ANL Family




Alhamdulilah selesai sudah.

BIG THANKS to all my family, sedara mara, orang kampung yang bersusah payah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. Tak terbalas budi dan jasa kalian.

SPECIAL THANKS juga kepada ANL Family yang datang dengan rombongan pihak lelaki. Korang memang best!! Susah nak dapat kawan-kawan yang sporting macam korang.

THANKS A LOT to all kawan-kawan, officemate, ex bos yang sanggup datang dari jauh untuk memeriahkan majlis. Sorry tak dapat sebut nama satu2 sebab ramai sangat. Thanks jugak untuk hadiah2 yang best2. (ada org bg aku baju tido cantik gila tapi tak tulis nama..sape bagi tu angkat tangan??) Hehehe.

Itu aje untuk update kali nie. Gambar tak dapat nak letak sume sebab takde dalam simpanan. Maklumlah, pengantin takkan nak amek gambar sendiri kan. Ni pun ehsan dari photographer tak berbayar, ADIK AKU. Hehehe. Nanti2 update lagi.

Daaa.