Friday, December 31, 2010

It's Time To Say Goodbye For 2010.

Here is my best for 2010.


1. Naik pangkat dan naik gaji.

2. Had a wonderful suprise BIRTHDAY PARTY.



3. Kenal dengan ANL FAMILY

Our first meet. 20 Februari at Flamingo Bowling.


Birthday party @ A Famosa Melaka


Birthday party, picnic n bbq @ Kemensah


Paintball tournament


Buka puasa beramai-ramai @ Malaka.


Raya 2010.

and many more memories with them. 


3. Meet my husband. Also in this year. ^_^





4. Had a great time my my BFF and my Gayboy ;p




5. Bought a laptop, fujiflim mini instax, onitsuka tiger mini dan macam2 lagi barang yang menjahanamkan duit aku. Ok, ini kenangan tak berapa bagus. Hehe.

Nak jual kasut ni sebab sempit. Ada sesiapa berminat?


6.  Kenangan yang satu ini yang tak akan aku luapakan sampai bila2. It's my BIG DAY!!!







Banyak sangat la kenangan tahun ni. I had a wonderful year for 2010. Everythhing goes smooth and nice. Hope 2011 will bring more happines and joy for me. Happy New Year everybody!!!


(entry ni terpaksa dipendekkan sebab laki aku dari tadi dok jom yang..jom yang... ajak aku keluar celebratre new year..)


Esok update my wishlist for 2011 pulak.
Daa.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia.

Walaupun aku tak minat bola, tetap jugak teman laki aku pergi tengok bola.


Saat kemenangan!
Nasib baik tak roboh tempat tu.



Tahniah kepada pasukan Malaysia! Yang penting ESOK CUTI. 
Yahoooooooo.


Wednesday, December 29, 2010

Anak.

Dulu sebelum kawen, orang sibuk tanya BILA KO NAK KAWEN.

Sekarang bila aku dah kawen orang sibuk tanya BILA NAK ADA ANAK? DAH PREGNANT KE?

Ok, aku memang takde masalah dengan soalan-soalan dia atas. Biasanya aku akan jawab belum ada rezeki. Tapi masalahnya ada pulak orang yang tak paham bahasa. Bila aku cakap aku belum pregnant or belum ada rezeki, ada pulak suara-suara sumbang cakap macam ni;


'belum lagi? rugi la pregnant lambat-lambat'

'kurus sangat macam ko ni memang susah nak mengandung'

'merancang ke? tak elok rancang-rancang ni'

'takut body kembang la tu. tu yang tak prenant2'


Aku pun tak paham la apa masalah diorang ni semua. Aku mengandung ke tak mengandung ke tu bukan urusan aku tau tak. Semua tu ketentuan tuhan. KALAU KAU MEMPERSOALKAN KENAPA AKU TAK MENGANDUNG LAGI, SAMA LA MACAM KAU PERSOALKAN KUASA TUHAN.

Aku dah buat apa yang patut untuk buat aku mengandung. Tapi belum ada rezeki lagi. Nak buat cemana. Ok, mungkin ko hebat. Rezeki ko murah. Lepas kawen je terus pregnant. Tahniah la untuk ko. Tapi ko kena ingat. Rezeki yang tuhan bagi tu, bila-bila masa je dia boleh amek balik. Jadi jangan terlalu bongkak dengan apa yang ko ada. Kuasa Allah takde sape boleh persoalkan.

Btw, aku kawen baru 2 bulan, 2 minggu dan 5 hari. Inai kat jari tangan ngan kaki pun lom hilang lagi. Album kawen aku pun belum siap lagi. So, apa yang nak diherankan sangat. Belum sampai 3 bulan lagi kot. Lainlah kalau dah 30 tahun. 

Lagi satu, tak payah sibuk hal orang la. Ko ada anak kan? Jaga anak ko tu elok-elok. Jangan anak je ramai, tapi perangai semua macam hantu. Opss!

Sentap dengan statement aku? Bengang?

Aku pun ngah bengang jugak ni.!

Monday, December 27, 2010

JODOH.

Tadi tak ada kerja aku saje-saje la buat applicationn My Status In 2010 kat Facebook. Ha, amek ko sampai 43 page aku punya status untuk tahun 2010 je. Huhuhu. Bila baca balik rasa cam kelakar pun ada. Bodoh pun yer jugak. Semua benda nak update kan. Perlu ke???? Hehehe.

Tapi kan dalam banyak-banyak status aku tu, aku tertarik dengan satu status aku ni.




Status aku pada 18 Februari 2010;

"Aku dapat rasakan jodoh aku dah nak sampai tak lama lagi. ekekkeke...boleh tak rasa camtu???"  


Ok, aku jumpa dan kenal laki aku pada 21 Februari 2010!


Maknanya 3 hari sebelum jumpa dia aku macam dah dapat rasa dah kehadiran dia dan juga jodoh aku..Wahahahha statement geli betul. Tapi serius beb, masa aku update status macam tu memang perasaan aku kuat yang jodoh aku nak sampai. Aku tak tau nak describe macam mana tapi perasaan tu memang ada. Tapi aku wat tak tau je sebab masa tu boyfren pun takde. Jangan kata boyfren, bayang-bayang boyfren pun tak nampak. Tapi itulah yang dikatakan jodoh. Jumpa dan kenal bulan Februari. Bertunang bulan Jun. Kawen bulan Oktober. Tak sangka kan?

Betul la cakap orang, jodoh tu akan datang jugak dalam situasi dan masa yang langsung kita tak boleh duga. Yang penting percayalah kata hati anda. ^_^


You Complete Me

Sunday, December 26, 2010

Malaysia menang ke, Indon menang ke aku dah tak peduli. Yang panting aku nak menang!!!!!





Orang miskin macam aku yang tak mampu beli Blackberry ni terpaksa la bertungkus lumus, bersengkang mata main game ni untuk menang Blackberry.

Ok, sekarang baru ranking 1817. Huh, dari pagi tadi mengadap benda ni je baru ranking 1817?? Takpe, punya banyak masa lagi. Tarikh tutup 31 Januari 2011.

Korang sume tak payah join la. Nanti peluang aku nak menang tipis. 


Tuesday, December 21, 2010

Mimpi.

Sekarang ni setiap malam tido aku akan dihiasi dengan mimpi. Kalau mimpi-mimpi indah takpelah jugak. Ini semua mimpi yang buat ko terjaga tengah malam berpeluh-peluh pastu takut nak tido balik. Siyes weh, mimpi aku semua dasyat. Mimpi perang la, hantu la, nak kiamat semua ada. Setiap hari pulak tu! Kalau aku boleh ingat semua mimpi-mimpi tu, konpom aku boleh buat filem. 

Sekarang ni nak tido pun rasa takut je.

Tensionnnnnnn!

Monday, December 20, 2010

Pertama Kali Pergi Kenduri Kahwin Member Yang Dah Ada Anak.

Er, jangan salah paham yer. Maksud aku diorang dah nikah lama, masa diorang study. Pastu lom sempat kenduri dah termengandung pulak. Sekarang baru dan nak buat kenduri kot. Kalau camtu nak panggil apa yer? Nikah gantung eh? Tapi macam best la pulak. Sanding sambil pegang baby. Kalau baby kembar lagi best. Hehehe.


Semua nak berhimpit-himpit masuk dalam gambar.
Yang penting muka aku paling besar skali. Hihihi.


Kek diorang banyak weh. Bertingkat-tingkat.
Rasa nak mintak je satu tingkat.
(er, bukan saya yang mintak. baby dalam perut yang mintak.hehe)


Kaum lelaki yang dok depan tu kena belajar behave semasa bergambar yer.


Ni orang panggil apa ar? GAMELAN eh?
Best.






Yang penting gambar tuan punya belog mestilah over kan. Dua-dua baju tu paksa mak aku siapkan malam sebelum pergi kenduri. Mak aku memang camtu. Kalau anak-anak dia punya baju esok nak pakai malam ni baru siap. Alasan, 'buat baju ko tak dapek duit'. Mak, upah kasih sayang lagi bernilai dari wang ringgit tau. ^_^



Ha, ni aku nak iklan kejap.

Mak aku tailor kat Putrajaya ni. Wah, cam hebat je. Hehe. Eh, tapi betul la. Tukang tailor dalam bahasa melayu kan tukang jahit. Mak aku amek upah jahit baju kurung, kurung moden, baju melayu, baju kurung kedah (ade lagi ke orang pakai baju kurung kedah macam opah nie?), langsir, jahit seluar koyak dan apa-apa je la yang boleh dijahit. (selagi ianya melibatkan kain dan bukan daging). Kebaya tak amek. Sebab mak aku malas nak buat.


Harga yang aku tau;

Baju kurung RM 35.
Kurung Moden RM 40. (baru naik harga sebab zip mahal)
Baju Melayu RM 70.


Ah, banyak pulak aku nak taip. Apa-apa call je mak aku 013-2575210. Panggil je Cik Misah, eh Puan Misah. Misah tau, bukan MISAI. Ko sebut misai nanti mak aku jahit baju ko jadi guni.

Sunday, December 19, 2010

Finally, its mine!




And this is my first pic snap by this camera,




Cute!!
Can't get enough of this.

Friday, December 17, 2010

Kontest Blog Terkemas.

Huhuhu, dah lama tak menjoinkan diri dengan aktiviti contest-contest ni. Tiba-tiba kena tag dengan Cik Ween pulak. Actually dah lama tau pasal contest ni from blog adik aku - Nur Hidayah. Ada juga teringin nak join tapi dari sehari ke sehari tak join-join jugak sampailah kena tag dengan Cik Ween. (ko macam tau-tau je aku takde keje kan). Kebetulan pulak baru tukar layout blog haku. Ngam sangat la tu. Hehe.


Contest ni senang je. Letak banner pastu link kan kat blog diorg. Contest create by HANA.







Lepas tu tag 3 orang. So, 3 orang ini telah terpilih untuk di tag,


It's done! Contest paling senang dalam dunia. Tapi persaingan ramai ni. Setakat ni je dah 500 ++ orang join. Hana dah naikkan limit ke 1000 orang pulak. (macam susah je nak menang ni). Takpe-takpe, bersaing secara sihat.


Minum milo pun jadi sihat.

Eh, tetiba! Haha.


Thursday, December 16, 2010

Malaysia vs Vietnam.

Pisang Goreng.


Keropok Ikan.


Menonton perlawanan bola sepak sambil makan pisang goreng dan keropok ikan lagi best dari berhimpit-himpit dan bersesak-sesak di stadium. Ada ke laki aku ajak pegi tengok bola kat stadium. Koser la haku.

Baik dok rumah landing2 atas sofa. Ajak kengkawan datang rumah sambil tengok bola sambil gosip.

Kawan-kawan yang datang pun baik hati, datang rumah buat wantan noodle. 

Aku baru pertama kali makan wantan noodle ni.
Baru tau mcm ni cara buatnya. ^_^


Ni rupa bila dah siap. 
Gambar bukan gambar sebenar sebab belum sempat snap dah selamat masuk perut.
Pic credit to : asmaliana.com


Betul-betul ho liau!


Dessert : Mangga Madu
Nyum..nyum.


Bella cuba nak mengecek mangga kitaorang.



Bila semua dah kenyang,






Cuba tengok aksi Bella dalam ketiga-tiga gambar di atas.
Gedik.

Result : Malaysia 2, Vietnam 0.

Happy!


(Gambar semua tak sharp la. Tetiba rasa nak SLR skrg jugak!)


Wednesday, December 15, 2010

Friday, December 10, 2010

Ini Cerita 30 November Yang Lepas.



Ok, dah tau kan apa ada dengan 30 November lepas. Kali ni ANL Family sekali lagi berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir salah seorang anggota family kami iaitu Cik Qareena Qaren. (perlu ke ayat skema macam karangan budak darjah 6?? Hihihi)

Ok back to the track. Suprise Birthday Party ni dirancang oleh En. Renji yang jua merupakan kekasih buah hati pengarang jantung i lap u kepada Cik Qaren. Dan aku Puan Cujen beserta suami terlibat sama sebagai orang kuat majlis merangkap tukang beli kek, tukang roger kawan-kawan lain, tukang fikir pasal tema dan tukang sibuk.

Mula-mula pening jugak nak wat suprise birthday party ni. Tak tau nak wat kat mana. Bincang punya bincang (nak bincang pun susah sebab takut kantoi ngan Qaren) last2 En. Renji cakap wat kat look out point je. Hoh?? Menatang apa look out point tu. Nasib baik ada Mr. Google. Baru tau apa itu Look Out Point. Aku panggil tempat ni Bukit Ampang je. Dah pernah pergi sini rupanya dulu. Tak tau pulak ada tempat makan-makan kat situ. Masa aku pergi dulu macam takde pape je. Ada menara tinjau tu je. Maybe aku pergi waktu siang kot. Pagi2 buta pulak tu. Dua kali aku pergi tempat ni, dua-dua waktu pagi lam kul 7 macam tu. Patutlah sunyi je macam takde pape. Rupanya ada tempat makan best.

Semua urusan booking tempat diuruskan sendiri oleh En. Renji. Aku sebagai orang kuat kononnya tidak menjalankan tugas dengan baik. Berlagak kuat seperti Malek Noor sahaja. Hihihi. Ala nak buat apa pun. Beli kek pastu tunggu je la kat tempat tu sampai diorang datang. Setting belon seperti di atas diuruskan oleh pihak restoran dengan caj RM 50 hengget. Huh! Setakat letak belon 3 singgit tu baik aku je yang buat. Weh, renji kalau aku tau la diorg wat camni je baik aku je yang buat pastu aku charge ko seratus. Meja letak kek tu pun birthday girl dah nak sampai baru nak buat. Tu pun kitaorg yang soh buat. Belon2 kat kerusi tu belum sempat duduk dah pecah. Sepecah hatiku jua. Hihi.

Kat bukit ampang tu ada 4 restoran. Look Out Point Western Food, Haven Restaurant, Panorama Restaurant dan Gasolin Cafe. (baru je tau ni sebab baru google tadi. hehehe). Renji booking kat restoran ni ; HAVEN


Heaven ke tak heaven restoran ni sat gi aku cerita eh.

Sampai sana dalam kul 8 sebab Renji nak majlis start kul 9. Orang yang menepati masa macam aku ni biasalah mestilah datang awal. Datang sama-sama ngan aku ialah Agas, Nuar & Fatin. Lepas tu baru la makhluk2 lain datang. Aimi & Boy, Zam & Aril, Naim & Zaki (mereka berdua malam tu jadi pasangan gay). Hahaha. Dvia & Mazz, Mape & Ain dan Affa & Azli. (jemputan tak ramai sebab Renji kedekut). Hahaha. Gila ko nak ramai-ramai. Mau tinggal spender je nanti si Renji. Kitaorang punya style siapa punya birthday dia yang kena belanja. Memandangkan Renji ni kekasih buah hati pengarang jantung kepada Qaren, maka paham-paham sendiri la ye. (baru ko tau Renji). Oh lupa pulak sebenarnya yang paling awal sampai Aimi & Boy.

Kat atas ni parking tak berapa susah. Bagi je kat JOKER. (laki aku cakap kat semua kereta tak payah susah-susah nak parking, bagi je kat JOKER. Caj 3 ringgit.) Aku pun sengal terikut2 dia cakap parking kat JOKER. Nasib baik takde orang perasan time aku cakap. Hihihi. Jockey la sayang. Bukan Joker.

Semua sampai before kul 9. Bagus betul diorang ni. Soh pakai baju kaler merah semua mengikut arahan. Padahal aku saje-saje je soh diorg pakai merah. Macam tak best pulak takde tema. Nanti amek gambar tak cantik. Kitaorg punya style lagi, kalau event2 mcm ni bukan nya nak meraikan sangat pun. Nak amek gambar je sebenarnya. GC - Gila Camera.


Semua berkumpul dalam bilik rahsia konon-konon nak terperanjatkan Qaren. Yang pakai baju hitam tu nama dia Zam. Dia ditugaskan untuk mengangkat kek sebab degil ketegaq takmo pakai baju merah. Tengok semua orang pakai merah, dia pakai hitam. Jotos kepala kang.

Bithday girl sampai dalam kul 9 lebih camtu. Apalagi ;


SUPRISE!!!



Sejurus selepas kami semua menjerit SUPRISE atau dalam bahasa melayunya KEJUTAN!!!, birthday girl pun pengsan kerana terlalu terkejut. Keadaan beliau sungguh mengejutkan kami. Mata terbeliak, mulut ternganga, rambut mengerbang.  Beliau telah dihantar ke hospital ampang untuk pemeriksaan lanjut dan kami meneruskan agenda makan-makan tanpa kehadiran birthday girl.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tipu je ^_^

Ini sebenarnya yang berlaku ; (malas nak taip la, biar gambar je la menceritakan segalanya)




Birthday Girl sampai. Kitaorg pun nyanyi2 lagu Happy Birthday To You. Lepas  tu birthday girl tiup lilin. Pastu kitaorang tepuk tangan. Pastu birhday girl potong kek. Kiaorang pun tepuk tangan lagi. Birthday girl suap kek kat boyfriend dia. Kitaorang pun tepuk tangan lagi. Mula-mula tepuk tangan sendiri. Pastu tepuk tangan kawan pulak. Ala, macam gimme five tu! Pastu tepuk-tepuk dah jadi tampar-tampar. Tampar-tampar jadi penerajang. Pas sume muka dah berbirat-birat barulah dapat kek sorang sepotong. Makan kek sambil mengalirkan airmata.Memang Haven! Ok, 9 ayat  terakhir tu imaginasi aku je.

Lepas potong kek, apalagi mengketedarah la. Dah la lapar. Hujan masa tu menambah2 lagi kelaparan kami. Makan free pulak tu. Haven ganda dua lah! Tapi sebelum makan amek gambar la dulu.

Ok beratur semua. Kita nak bergambar ni. Saya cakap 1,2, 3 sume senyum ok.

Ladies First!
(nak pukul tukang amek gambar sebab gambar blur...*^^&$&(%^*%^*)


Kaum bapa.
( tak payah tengok lama-lama, sume dah berpunya ^_^ )


Ok semua sekali.

One Happy Family At Home!


Dah puas bergambar?? Jom makan!

 Nak makan apa la nie. Harga boleh tahan. Habislah ko Renji.


Sedap ni.  
(sape yang order air teh tarik macam orang tua tu??)


Ok, mankanan semua dah sampai. Mari kita makan!!

Makan pun nak posing gak ke?


Tengok orang ni. Makan tak peduli apa-apa pun.


Orang ni pun sama. 
(ooo..dah tau dah siapa yang order teh tarik. hihihi)


Yang ni lagi la dasyat.


 Yang tengah bersungguh-sungguh hirup spageti tu, laki aku. @_____@


Ok dah kenyang semua?? Hadiah jangan wat-wat lupa pulak.

Yang pegang hadiah tu eksyen je lebih. Bukan hadiah dia tu. Dia datang bawak perut je. Hihi.


 Muka gembira Birthday Girl dapat hadiah.


Hadiah dah bagi. Birthday girl pun gembira. Now, picture time!!

View cantik macam haruslah semua nak bergambar kan nok.


Kita mulakan dengan gambar mamat yang perasan gambar dia macam poskad. ^_^

Shahrul Naim in da house!
(kerja bagus, baik budi bahasa, pandai amek hati orang tua dan masih bujang)


3 dara pingitan. Ok, yang belah kanan sekali tu dah hilang dara. @____@


Dua orang ini single but not available.


Pasangan suami isteri yang romantis.
(ooo..anak tinggal kat rumah yer)


Ok dah cukup..cukup. (sakit hati sebab gambo aku ngan laki aku kat view cantik ni takde).Aku pun nak wat poskad jugak weh. Ni mesti ade orang nak sabotaj aku ni. Ciss!!


Ok laki aku takde dalam gambar. @______@







Oh lupa pulak gambar paling mahal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

RM 641.30

Yang penting fully sponsored by En. Ranji Shiro.

Mekasih En. Renji. 
Saya wakil dari ANL Family mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput kami dan membelanja kami sehingga kekenyangan. (saya merasa bersalah kerana order makan banyak-banyak). Hihihi. Semoga murah rezeki En. Renji sekeluarga. Nanti boleh la belanja kami selalu. (^_^).
(kan best kalau birthday Qaren sambut setiap bulan)

Lastly, Happy Birthday to Qaren!
May God Bless You Dear!!

p/s : kualiti gambar kurang memuaskan kerana semua tak pandai setting kamera. apa nak buat, takde sape pun dalam ANL Family ni amek photography masa belajar dulu. Hehehe


Just a reminder; Restaurat Haven ni memang best sebab view cantik. Kalau nak sambut birthday kat sini ok la. Tapi honestly cakap, makanan dia kureng memuaskan. Tahap boleh tahan je la. Air dia tak best. Juice tak bape fresh. Lagi satu service tak berapa bagus. Aku order air Barbican yang dalam botol tu pun amek masa dekat 20 minit. Pastu waiter tu nak kerek pulak. Waiter n Waitress diorang pun nampak tak terlatih. So sesape yang teringin nak pergi tu don't espect to much la for their food. But view memang nice!