Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia.

Ok fine, cerita #Tentang Dhia sekarang ni dah jadi trending sekarang. Hapdet kat Facebook, Twitter, Blog penuh dengan cerita Tentang Dhia je. Rata-rata semuanya macam tak puas hati je dengan drama tu. Especially minggu terakhir ni. Penuh dengan episod menyakitkan hati.

Aku pun hemo jugak tengok cerita ni. Minggu terakhir ni memang buat emosi aku terganggu betul. Geram dengan watak Ku Salmi yang super jahat macam mak lampir tu. Tambah lagi dengan kesengalan Dhia ngan Zikir. Haish, boleh buat sakit jantung tau tak. Tapi tetap nak tengok jugak sebab ada hero pujaan hati gua, Adi Putra.

Hari ni episode terakhir. Ramai jugak la yang cuba buat kesmipulan sendiri dan andaian ending drama Tentang Dhia tu. Ni aku copy paste dari Forum Cari komen-komen dan imaginasi forummer kat situ. Tergelak-gelak aku baca komen diorang semua. Semua cam hangin tak puas hati je. Hahaha

aku harap ptg ni dhia tuntut cerai jah ngan zikir dah kalo berbulan2 tinggal dia tergantung tak bertali tanpa khabar biter dan tak nak amik khabar ntah mkn idaknyer bini kau tuh en zikir oiii...ikut je la nasihat si su tu kalo dah tak nak lepaskan elok2 je la...pehtu dhia leh kawin ngan raffi...then zikir kawin la ngan rose, then bior tetiba bekas2 hantu raya pak boon yg tak bertuan tuh tetiba cari mummy kacau2 mummy sampai giler..terjun tingkat 2 umah dia dah paralayzed...bior ler si rose yg jaga taik kencing dia....bior le si rose yg ngengada tuh skit2 ngadu kat zkir busuk la..letih la...

hahahahha....ieja pon nak mcm tue......biar si zikir tue ceraikan dhia..dhia kawen ngan raffi..zikir kawen ngan si rose meggi tue haa....then c hantu tue kena langgar....lumpuh...senget mulut.....biar si rose maggi tue jaga makan minum kencing berak mak mentua die....suapkan meggi yang sedap tue kat mulut c hantu tue tetiap hari..sedap an..pas tue biar si rose meggi tue tensen sebab perangai mak mentua die yang tak bis2 nak jumpa dhia n minx maaf sampaikan makan minum xnak..kencing berak sume kat tempat baring dye...dhia plak jangan gtal2 nak datang n maafkan c hantu tue......dhia daa sembuh n hidop bahagia ngan raffi bersama2 ngan anak2 mereka yang chumel n ramai...(rose plak tak ley mengandung sebab mandul)bestnya kalu ending mcm ne.....

~ kejadah apa la ko ni lembab tahap babun gay Zikir oooi....Azmi datang rumah jumpa Dhia, cepatan ko dah terpengaruh..yg ko tu berduaan dgn Suraya kt dlm apartment tu..kejadah apa tak pulak ko fikir dosa ke tidak..Suraya tu pun janda...dulu pun ciri2 ideal wife ko tu Suraya..boleh sgt kalau nak pulangkan paku buah keras.

~ kejadah apanya lagi kukukakicagu sungguh la penulis skrip ni...depa ber2 tu dah penah jadi laki bini..RUJUK tau tak RUJUK tu apa RUJUK JE LA kat pejabat kadi...gigih le nak buat scene bertunang bagai, sedangkan scene utama pemasalahan Dhia n MIL director/penulis skrip buat tak endah  

~ kejadah sungguh la ko Melly..tak makna nya insap..ada ka sanggup kawen dgn Azmi balik semata2, nak selamatkan maruah Dhia n bersihkan nama Azmi..bongok ke apa ko sanggup ketepikan ANAK sendiri semata2 utk kawan...esok lusa ko kawen, mengandung anak Azmi sereban...of coz ANAK KO MELISSA ko ketepikan  sedangkan sepatutnye ko kawen dgn Raffi utk masa depan MELISSA..Dhia tu dah berlaki..pandai le dia jaga diri...Azmi tu pun dah besor panjang...konon la mmg ditakdirkan korang tetap akan ber4...ber4 apa nya...kalau ko kawen dgn Azmi...Dhia mati...Raffi jadi bujang tua..

~ ni lagi satu kejadah sgt..kita anggarkan dah 7,8tahun Dhia kawen dgn Zikir..tak kan busuk2 pun rm10k pun Dhia tarak..punya la Zikir tu kaya raya..rumah besor, gaji besor...tak kan Dhia langsung tak dpt nafkah $$$..goshhh!!!

~ ni lak kejadah jahanamulazi sungguh utk Zikir...ko tu gi honeymoon pun tidak..kejadah apa nya tetiba DHia nak pergi holiday ke Thailand.....entah2 pasport pun Dhia tarak
~ mmg kejadah sgt cite ni....last2 aku pun kena barah tetek gak..

gini le citer melayu...sikit sikit mati. sikit sikit mati. macam la mati tu penyelesaian kepada masalah...

sila check BP memasing...takut ada yang hipertension dek TD nih..kalau kat india penonton bakorr pawagam, kita kat sini mungkinkah ada yang membakorr tv nye..

Hahaha tu la serba sedikit komen-komen dari forummer kat situ. Aku yang emo tgk citer tu pun bila baca kat forum terus tergelak. Tapi serius la weh, citer ni mmg menyakitkan hati. Kalau tak sebab hero dia Adi Putra yang kusayangi tu, memang dah lama aku tak follow citer ni. Tapi sebab Adi Putra, gigih aku menahan bengkak di hati nieee.......

Apa-apa pun tunggu je la epiosed terakhir hari ni. Harap-harap ada happy ending. Kalau tak korg tengok la esok aku pulak meroyan dalam blog ni. Hihihi.


Friday, December 23, 2011

Hantu shopping dah kembali merasuk dalam badan aku.




Tengok la tu apa yang terbeli. Padahal niat asal hanya nak pergi beli diary 2012 je. Siap dah pesan kat laki jangan bagi aku singgah mana-mana. Tapi, nan hado den non oi!! Kebetulan pulak sebelum sampai kedai buku tu terpaksa melalui bermacam-macam kedai yang jual baju dan kasut. Dan akhirnya aku tewas dengan permainan nafsu sendiri. Tsk..tsk..

Kasut oxford tu memang aku SUKA GILA kot. Lama dah cari tapi setiap kali nak beli mesti sold out. Kebetulan pulak semalam ada size aku. Yang penting kaler merah. Tanpa segan silu aku terus beli.

Beg tu pulak aku beli tengahari tadi. Ikutkan hati semalam lagi aku dah rembat. Tapi aku sabar dulu. Nampaknya kesabaran aku hanya mampu bertahan beberapa jam je. Annoying la bila asik terbayang-bayang je bag tu. Nak tak nak kena beli jugak. Barulah tenteram hati aku ni. Hihihi. Gigih aku pergi IOI lunch hour tadi semata-mata nak beli bag ni. (Laki aku lom tau lagi ni, harap-harap dia tak baca blog aku ni.) Semalam bukan main beria kan taknak membazir kononnya. Alih-alih hari ni terus pegi beli. 

Ish banyak betul membazir bulan ni. Tu belum termasuk barang-barang yang aku order online. Barang-barang kecik yang kadang-kadang aku rasa tak perlu kot aku beli. Tapi kalau dah namanya perempuan kan. Memang tak dapat dipisahkan dengan shopping. Harap kaum suami memahami yer. Ini kan salah satu dari terapi. Kan kan? ^_^


Ikutkan nafsu syaiton aku ni, nak je aku beli tiga-tiga color kasut oxford ni.


Takpe, tahun depan azam tahun baru aku TAKMO MEMBAZIR.

Eh, bukan tu azam tiap-tiap tahun ke??



Friday, December 16, 2011

Songlap. Filem Yang Harus Ditonton.



Asalnya filem ni bukan termasuk dalam list filem harus aku tonton untuk tahun 2011. Sebabnya aku memang cerewet bab-bab filem melayu ni. Kalau pengarah nya Razak Mohaiden ke, Farid Kamil ke memang aku tolak tepi la. Tengok jugak la tapi tunggu bila dah keluar kat TV.

Tapi bile tengok pengarah dan penerbit filem ni aku rasa cam tergerak hati pulak nak tengok. Arahan Effendi Mazlan & Fariza Azlina Isahak. Tak familiar kan? Tapi kalau ko layan filem indie macam Kami The Movie & Kami Series ko tau la kot. Pengarah yang sama. 

Ok, kenapa aku cakap filem ni harus ditonton? Sebabnya filem ni aku rasa lain sikit dari filem-filem tipikal melayu yang lain. Kisah mungkin sama. Pasal kepincangan remaja, masalah sosial, masalah dadah, pelacuran, sindiket haram tu semua. Tapi jalan cerita dan cara cerita tu dikembangkan agak menarik. Cerita ni agak slow tapi akan membuatkan penonton tertanya-tanya what's next. (tak tau la penonton lain, tapi aku memang macam tu). So walaupun cerita slow, takkan rasa bosan. Tambah pulak dengan pelakon-pelakon mantap macam Shahiezy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali. Dialod diorang tak banyak, tapi pembawakan watak tu berkesan. Dalam filem ni jugak baru la nampak kredibiliti Sam tu sebagai pelakon hebat. Watak penyeri lakonan Fauzi Nawawi pun best jugak. Ada jugak la part-part yang lawak sikit. 

Lagi satu aku rasa filem ni sangat real dan rasa dekat dengan penonton. Takdelah adegan kejar mengejar guna kereta mewah, dok rumah mewah, pakai kereta besar, atau kerja tak sepadan dengan keadaan rumah. Kalau dalam filem lain, kita tengok kerja setakat ofis boy pun boleh dok rumah mewah. Tapi dalam filem ni takde langsung. Dok rumah flat, dengan keadaan yang serba kekurangan. Kat kampung baru. Ade la jugak adegan kejar mengejar pakai kereta tapi kereta buruk je jah! Barulah nampak real kan. Takdelah cam filem kongsi siap guna kereta polis bagai. Cet!

Apapun aku rasa filem ni memang best. Kalau kau jenis yang suka citer-citer macam Kongsi ke, Adnan Sempit ke, Bohsia ke, aku rasa filem ni bukan untuk korang. Tapi kalau korang jenis layan filem macam Anak Halal, Kami The Movie atau Sepet, aku rasa korang kena pergi tonton filem ni. Lagi satu kalau korang mengharapkan filem ni happy ending macam filem melayu lain, baik korang lupakan je la. Sebabnya habis show, korang still akan tertanya-tanya apa jadi pada watak-watak dalam filem tu. Takde happy ending sangat la. Tapi itu yang best sebenarnya, buat kita berfikir dan cipta kesudahan sendiri. Hehehehe.

Tapi aku heran la kenapa filem best macam ni macam kurang promosi ek? Mungkin ada la jugak promosi tapi tak secara besar-besaran. Aku tau filem ni pun sebab tengok poster je kat GSC. Kalau tak, memang tak tau la. Mungkin orang indie macam ni suka low profile kot?

Hmm apa pun untuk korang yang tercari-cari filem apa nak ditonton hujung minggu ni, aku suggestkan filem Songlap ni. Selamat menonton!

*aku dah lama tak rasa keluar panggung dengan perasaan berbaloi tengok cerita melayu since citer Anak Halal

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #6



Bebelan Hari Rabu.

Kembali bekerja lepas 2 hari cuti. Eh, satu hari MC, satu hari cuti. Alkisahnya hari isnin lepas aku ada appoinment buat HSG xray. Mula-mula tu aku cam owh ok xray je. Tak perlu la nak cuti bagai. Konon nak halfday je then amek time sleep. Cuti pun tak berapa nak ada. Kang 27 hb ade appointment lagi. Nak amek darah pulak. So kena jimat-jimat cuti.

Rupanya HSG xray tu bukan cam xray biasa yang ko buat xray dada tu sume. Ni nak kena xray kat dalam rahim tu, nak tengok sumbat ke tak kat tiub fallopio tu. Owh ada yang blur-blur lagi pebenda yang aku citer ni kan. Ni salah satu prosedur yang aku kena wat sebelum jumpa doc kat klinik LPPKN tu. Tak tau klinik LPPKN tu ape? Klinik kesuburan. Nak dapat baby. Aku kan dah setahun lebih kawen tapi takde baby, so usaha la sket. Sekali banyak pulak prosedur nya. Eh merungut pulak. Nak baby ke tak nak ni? 

Balik kepada cerita tadi. Sampai je kat klinik, register pastu tunggu la setengah jam (boleh pulak ramai orang pagi tu..xkan sume nak buat xray kot??). Then dia panggil masuk dalam soh aku bukak sume baju pastu pakai baju yg dia bagi cam orang nak kena operate. Aku dah cuak dah masa tu. Aku nak wat xray je woi, bukan nak kena bedah!! Tapi aku diam je la , ikut je apa dia suruh. Kena baring pulak. Pastu kena kangkang. Ya ampun, malunya aku masa tu. First time aku kena kangkang depan nurse n doc. Doc lelaki pulak tu.  Tidak!!!! Tapi nak wat camne pasrah je la. Lepas tu aku nampak la nurse tu kuarkan macam2..ade mcm rod besi, tiub ape la. Rupanya rod besi dia masukkan lam vagina aku then masukkan cecair ape tah, pastu baru xray. Member aku cakap sakit sikit je. Tapi aku rasa sakit jugak laaaa! Bayangkanlah mende tu dia jolok2 masuk dalam. Euwww! Ngilu gak la. Pastu kena mengiring ke kanan la, ke kiri la. Haish! Sabo je la.

Lepas dah xray tu dok ckp akan bleeding sket then perut akan rasa sakit. Rasa gak la sakit cam senggugut tu. Senggugut yang teruk. Terus aku mintak MC. Dah dapat MC tu ape lagi, mula lah plan memacam nak gi sana sini, nak tengok wayang citer Ombak Rindu kononnya. Tapi rasa cam x selesa pulak. Last-last balik rumah aku laki bini terbongkang depan tv. Cet!! Esoknya tu aku sambung cuti. Padahal dah ok je sebenarnya. Saja nak memanjakan diri berehat-rehat di rumah. Hambek ko hari ni datang opis banyak gile surat atas meja. Penat tau jari jemari i menaip tuk rekod-rekod surat tu semua. 

Ok la tu je nak cerita. Ada orang nak dapat baby senang je, aku lak kena usaha macam-macam. Takpe, bahagian masing-masing. Aku redha.

Ada orang cakap ngan aku, ala ko baru setahun kawen takyah la nak wat treatment2 tu semua. Tunggu je dulu. Hmmm nak tunggu sampai bila? 5 tahun? Baik aku usahakan awal-awal. Umur pun bukan makin muda lagi kan?




Anak adik aku yang hari tu. Kejap je dah besar.
Rambut semakin lebat, sideburn dia bukan main panjang lagi.
Cer perati betul-betul muka dia ada iras seseorang :

Cam ELVIS PRESLEY kan. 
Hahahaha.

Dah ada nama dah tuk baby ni, NIK ZAFIRA.

Tuesday, December 13, 2011

Unifi, Yay!!


Akhirnya...rumah aku dah ade unifi. Yahooo! Lepas ni takde lah aku stress stress lagi susah nak download movie or series2 terbaru. Sebelum ni download guna tenet opis je. Satu movie nak download kena tunggu sehari baru habis. Gila ko?? Aku ni dah la tak boleh berkompromi dengan internet yang slow-slow ni. Silap-silap patah dua laptop aku kerjakan dek sebab hangen dengan internet yang slow. Sekarang ni download movie 15 minit jek!! Ok la, takde la laju sangat. Aku bayangkan sblm ni kalau pakai unifi download movie tu sekelip mata je leh siap..kena tunggu jugak 15 minit. Hmm..nak wat camne. Internet kat malaysia ni memang lembap. Dah la mahal!! Tapi disebabkan kat area rumah aku ni, Unifi je pun yang ade.

Sebelum ni aku pakai streamyx. Ingatkan hari tu nak pindahkan la streamyx dari rumah lama tu ke sini. Sekali aku tanya orang TM dia kata, kat area rumah aku ni streamyx takde. Kabel tuk streamyx tu takde. Ade untuk Unifi je. Camtu la lebih kurang alasannya. Tah pape kan?? Saje la tu nak soh langgan Unifi. Tapi bila fikirkan mahal bebeno masa tu, tak jadi pulak aku amek Unifi, try pakai maxis broadband dulu. Hasilnya?? Maxis broadband dia punya slow macam lanahat ko tau. Bukan kata lembap je, langsung takde line. Celaka betul!! Masa mula-mula aku register Maxis Broadband tu dia kata kalau tak nak pakai bila-bila masa je boleh terminate. Takde kontrak, dan takde penalti kalau terminate. Janji pulangkan modem. Sekali pas sebulan aku pakai langsung tak dapat line, haruslah aku nak terminate kan.. sekali budak kat maxis tu cakap kena penalti 200 sebab ade kontrak setahun. Cam babi kan???? Ha masa tu ko akan tengok cujen bukan lagi cujen yang sebenarnya. Kat situ jugak aku naik hangin. Habis sume pekerja maxis tu aku babikan. Last-last dia kata nnt datang bil yang 200 tu bawak dtg situ nnt dia setelkan. Sampai sekarang tak pergi lagi. Tengok la kalau aku rajin sok lusa.

Eh panjang pulak citer pasal maxis berukband ni.

Back to the topic. Akhirnya aku nekad je la pasang unifi kat rumah ni. Setel masalah aku. Mahal pun mahal la janji hati puas. Now promotion installation sume free. Kalau register online free sebulan bil. Kiranya bulan pertama takyah bayar la. Bil sebulan RM 149 untuk kelajuan 5mbps. Ikutkan hati aku ni nak je amek yang 20mbps. Tapi tu kalau ikut hati la, kalau ikut kemampuan yang 5mbps ni pun tak berapa nak mampu sebenarnya. (tetiba rasa sayang duit sebulan 150 untuk internet jekkkk). Tapi kan, aku tengok U Mobile lagi laju, 42mbps! Murah lak tu, 68 hengget jek. Tapi sayangnya tempat aku lom ade coverage. Tah pape la kat sini sume coverage cam hampeh. Rasa macam dok dalam hutan pulak.

Ok la cukup dulu citer pasal unifi yang panjang lebar ni. Mekasih sebab baca!

Friday, December 9, 2011

Roy.

Ni bukan pasal Azroy Gila Gila Remaja. Tapi pasal perutku yang semakin memboroi dengan dasyatnya. Berat badan aku yang dulu tak pernah cecah 40kg, now dah 45kg. Ok memang la ok sebab aku memang target nak berat badan 45kg. Takdelah nampak skinny sangat. Tapi masalahnya, perut aku pun sama naik selari dengan kenaikan badan aku. Apa kes??

Serius aku rasa tertekan tengok perut boroi aku ni. Bila pakai jeans yang ketat je, konpom perut aku terkeluar. Dammm!!!! Tak boleh jadi camnie.

Aku berjanji aku akan wat sit up 50 kali sehari. 


Start minggu depan. 


Sila percaya. 


Thursday, December 1, 2011

New Family Member.

Tahun ni ahli keluarga aku makin bertambah sebab abang & adik aku dapat baby. 
Dua-dua baby girl.


Anak kedua abang aku. Baby girl.
Nama dia FAZA ZULAIKHA.
Lahir pada ... ala tak ingat la pulak. Dalam bulan 8 kot.
Ni gambar dia masa umur sebulan, kecik comel je.
Sekarang ni mak oi, punya la semangat. Terkejut aku tgk perubahan dia.
Agaknya minum susu ibu mmg cepat membesar kot.



Yang ni pulak baby girl adik aku.
Lahir 24 Nov 2011
Nama dia takde lagi.
Rambut dia bukan main lebat lagi. Hihi.

Alhamdulilah, murah rezeki diorang. Aku punya turn? Yang tu jangan tanya aku. Semua kerja Tuhan. Ada sebab kenapa Dia lom bagi rezeki kat aku nak ada anak. Insyaallah ada rezeki aku satu hari nanti. :-)

*berangan kalau de baby nanti nak letak nama ADRIANA or IRDINA. (tu pun kalau baby girl)
hehehehe. 

Tuesday, November 29, 2011

Resipi Malas : Ayam Bakar Lemon.

Ok hari aku berbesar hati nak share resipi yang aku try ahad lepas. Maklumlah semenjak tengok rancangan Masterchef ni, semangat nak masak dan mencuba resipi baru semakin berkobar-kobar. Gigih la aku gi cari oven ni semata-mata nak try buat Ayam Bakar Lemon ni. Sampai 5 kedai dan pasaraya gi cari tapi tak jumpa. Kalau ada yang berkenan semua habis stok. Nasib baik la aku ni jenis tak putus asa. Akhirnya jumpa sebijik kat Senheng Alamanda. Punyalah dekat je ngan rumah aku. Beriya aku pegi cari kat Jusco & Giant kat Equine tu tapi harammmm. Menyakitkan hati je. Tapi dah dapat oven bukan buat dan dan tu jugak. Minggu lepas baru sempat buat. Tak sabo-sabo nak beli oven kan?? Lepas tu malas. Hihihi.

So ahad lepas saje-saje nak buat BBQ tapi tak jadi pun BBQ. Buat makan-makan je. Sempena Maal Hijrah kononnya. Hikhik. Resipi aku hari tu ialah Nasi Ayam (mintak resipi dari Cik CT kita), Ayam Bakar Lemon, Ayam Bakar Mayonis & Ayam Goreng Madu. Ok, semuanya ayam. Tapi aku buat Ayam Bakar Lemon sikit je. 4 ketol je. Kedekut tak aku? Hahaha. Aku mula-mula nak try test je buat Ayam Bakar Lemon tu, tu yang buat sikit je. Takut tak sedap kang, rugi ayam aku. Tapi feedback kata sedap. So nak sharing la hasil kejayaan aku kononnya. Hehehehe.

Aku panggil resipi malas sebab resipi ni simple sangat. Sambil tetekkan anak pun boleh buat. Bahan-bahan pun simple je. Bahan-bahannya :

Ayam
Lemon
Halia
Bawang Putih
Butter 
Gula 
Air


Ha, betul tak aku kata simple. Kalau dah bahan simple, cara nak buat pun haruslah simple kan. Bahan-bahan tu aku tak ikut sukatan pun. Agak-agak kome la nak buat banyak mana. Pandai-pandai bajet. Dah ada sume bahan, jom kita buat!

1. Tumbuk bawang putih dan halia.

2. Lumurkan kat ayam. Lepas tu perahkan lemon. Gaul sebati. Then perap kejap.
(ayam ni memang akan rasa tawar sikit tapi akan ok bila makan dengan sos lemon.
tapi kalau korg nak berasa sket, tambah la madu or garam sket)


4. Susunkan lemon yang dipotong nipis dalam loyang empat segi


5. Susun ayam atas lemon tu molek-molek, then bakar dalam oven selama sejam dengan suhu 230'c



Sambil tunggu ayam masak, moh kita buat sos lemon pulak.

Sos Lemon
Panaskan butter dalam periuk. Tambah gula dan air secukup rasa. (butter jangan banyak sangat sebab takut muak). Yang ni pun korg agak2 la nak rasa macam mana. Kalau nak rasa masam sket, perah lemon banyak sket. Nak rasa manis, letak gula lebih. Lepas tu nak pekatkan sos lemon tu, tambah tepung jagung. Tapi pastikan tepung jagung tu bancuh ngan air dulu. Jangan terus masuk lam sos td, kang berketul-ketul lak sos korang.

Dah masak ayam tu nanti, just curahkan je sos lemon atas ayam. Hias la sikit dengan lemon-lemon yang dihiris. Hiasan pun ade markah tau! Hehe.

Dah siap!


Jemput makan semua ^_^

Monday, November 14, 2011

My New Addicted.


SWITCHED AT BIRTH
Series terbaru di Star World. Kisah pasal tertukar anak masa lahir kat hospital. Anak dah besar baru tau yang diorang ni sebenarnya tertukar anak. Menarik gak cerita ni. Lagipun baru je start minggu lepas, so sempat lagi nak follow. Cerita ni setiap hari Khamis & Jumaat 8.00 malam di Staw World (ch711).



GREYSON CHANCE!
Seriously aku baru tau pasal budak ni masa AIM lepas. Masa kat blue carpet dah terperasan cuteeeeenye budak ni. Aku ingatkan anak sapo la ni. Rupanya penyanyi dari US la. Hihihi. Aku memang slow la bab bab artis ni. Maklumlah semenjak umo makin lanjut ni, selera pun dah berubah. Tapi siyes weh, budak ni chomeelllllllll gilerrrrrrrr! Suara dia pun power. Dah lama dah tak minat artis macam ni. Lagipun aku bukan suka sangat lelaki muka jambu-jambu ni. Tapi yang ni dikecualikan sebab dia sangat cute!! Perfomance dia masa kat AIM pun best. Orang kata dia ni start from youtube eh?


Friday, November 11, 2011

11.11.11

Hari ni ramai orang kawen.

Hari ni ramai orang beranak.

Hari ni status FB penuh dengan 11.11.11

Hari ni ada orang wat entry blog 11.11.11

Hehehehehehhe.

Bukan senang nak jumpa tarik-tarikh cantk macam ni. Sekali dalam seumur hidup je kot. Kalau aku pun nak jugak cipta sejarah dengan tarikh macam ni. Tapi setakat ni, 11.11.11 aku berlalu macam biasa. Korang macam mana?

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #5

Bella and her 2nd batch kittens.
Born on 15 Sept 2011



Tarabas


Fantaghiro


Mimi


Tom


Jerry

Alhamdulilah, kali ni kelima-lima anak Bella selamat.
:)


Friday, November 4, 2011

Perempuan Kalau Pakai Kereta Macam Ni La.


Ha nampak tak menatang kat bawah kereta tu terkopek. Hehehehehehe. Ini adalah kali keberapa tah aku aku dah menjahamkan kereta kecilku ini. 

Alkisahnya tadi masa nak isi minyak kat Petronas, aku dengan yakinnya telah melanggar divider kat tempat pam minyak tu sampai ternaik kereta aku kat atas tu. Hihihi. Aku bajet-bajet cam lepas la kan, sekali sangkut! Cisss! Nasib baik orang tak perasan sangat td. Nasib baik jugak tak terlajak sampai terlanggar tempat pam minyak tu. Kalau tak, masuk metro muka depan la aku. 

Pehtu slow-slow la aku reverse dan isi minyak macam takde apa-apa berlaku. Hehehehehehehhe.


Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Pambaziran Amalan Syaiton!!

Sejak dari dulu lagi aku dah perasan yang aku ni ade masalah kekeliruan identiti yang tak berapa kronik. Sebabnya walaupun umo aku dah masuk 30 dua tahun lagi, tapi aku still lagi suka barang-barang comel yang layaknya disukai oleh golongan yang berumur 15 tahun kebawah. 

So hari ni aku nak cerita la betapa penyakit kekeliruan identiti aku yang tak berapa nak kronik tu rupanya dah membawa kepada masalah pembaziran yang maha dasyat. 

Ini adalah sebahagian KECIL je dari apa yang telah aku bazirkan selama aku hidup ni.




Meh kita usha barang-barang tersebut dari dekat. Kamon bebeh!



Sticker!

Korang rasa-rasa budak darjah berapa yang main sticker-sticker ni semua? Adik aku yang darjah satu tu pun tak main sticker-sticker ni. Tapi aku yang dah layak jadi mak budak ni pulak yang suka kumpul sticker ni. Pantang tengok sticker yang comel-comel mesti gatal tangan nak membeli. Motif?? Mestilah tiada motif melainkan pembaziran semata-mata. 




Note Book

Kan aku pernah cakap aku memang suka buku lagi-lagi notebook yang comel-comel dan ada cover yang unik. Confirm aku beli tanpa keraguan. Malangnya kesemua buku yang aku beli tu, aku akan guna muka surat pertama je. Tu pun tulis nama dengan alamat pastu tandatangan. Tapi kebanyakannya memang tak bertulis langsung. Masih suci. Tidak ke itu merupakan satu pembaziran yang tidak kurang hebatnya?



Barang-barang untuk FELT CRAFT.

Berangan kononnya nak menceburkan diri dalam bidang felt craft ni. Siap dah ada nama blog untuk jual hasil-hasil craft aku tu. CUJEN CRAFT. Hihihi. Comel kan. Dah ada Cujen The Lejen, Cujen Closet, pastu Cujen Craft then Cujen Collection pulak nanti. Pastu logo syarikat aku mestilah huruf C besar dan huruf C kecik. Berangan!! Hakikatnya tu la satu-satunya hasil craft aku, henpon casing yang ade gambo pelangi tu. 



Greetings Card

Ni pun salah satu obsession aku. Suka bebeno dengan kad-kad comel macam ni. Aku kan memang sweet orangnya. Kalau tengok kad-kad yang comel tu, mula la aku rasa nak beli pastu bagi kat sape-sape. Malangnya tak semua orang sweet macam aku. Diorang tak main bagi-bagi kad ni semua. Tak macam dulu. Zaman sekolah dulu, aku mmg rajin bertukar-tukar kad dengan kawan-kawan aku. Zaman sekarang ni semua Facebook je. Bosan betul. Akhirnya kad comel lagi unik tu aku simpan je la buat kenangan



Soletape.

Tah betul ke tak ejaan tu. Nama saintifik aku tak tau, tapi aku panggil soletape je. Ni sebahagian je yang tinggal sebabnya mende ni dah jadi mainan kucing aku si Doddy tu. Aku pun tak paham kenapa Doddy suka sangat main menatang ni. Kalau aku simpan elok-elok pun dia pandai korek. Sabo je la. Last-last tinggal ni je yang ada. Yang lain semua dah hilang. Membazir betul.



Pen Warna Warni

Nampak tak pen yang depan tu aku tak bukak lagi bungkusannya. Padahal dah beli lebih setahun lepas. Aku pun tak tau motif aku beli. Ada lagi dua set yang aku tak sempat nak amek gambo. Betapa hebatnya pembaziran ini. 



Rubber Stamp

Ok jangan tanya kenapa aku beli menatang ni sebabnya aku guna pun ade la sekali dua. Beli konon-kononnya nak cop dalam diary supaya jadi comel. Malangnya nak tulis diary pun takde masa.



Polaroid Picture.

Ni pun beli tanpa motip sebabnya aku memang suka gambar-gambar polaroid. Dah tu tamak punya pasal beli sampai 2. Lepas tu simpan dalam kotak sampai tumbuh cendawan. 



Wooden Clip 

Ni pun salah satu obsesion aku. Memang aku tak dapat kawal nafsu kalau tengok wooden clip yang comel-comel camni. Kononnya nak clip gambo-gambo polaroid tadi pastu gantung kat work station aku. Namun sehingga kini semua tu tak berlaku langsung! Yang berlaku hanyalah wooden clip yang terbiar sepi dalam kotak. Ni pun separuh je dari wooden clip aku. Ade lagi banyak sebenarnya.



Polaroid Album

Beli benda ni konon-konon nak simpan gambar-gambar yang aku amek guna polaroid camera yang aku beli tahun lepas tu. Tapi tak guna pun sebabnya aku pun jarang-jarang amek gambo guna polaroid camera tu. Kalau ade pun gambo tu aku tampal je kat board. Tengok la tu plastik pun aku tak bukak lagi. Ish ish ish!



Batang Aiskrim

Aku beli benda ni dulu masa nak kawen. Konon-kononnya nak buat something untuk dijadikan prop masa amek gambo outdoor. Tapi tak sempat nak buat pun. Sekarang ni tak tau nak buat apa dengan batang eksrim nie.



Kipas Bulu ala mak datin.

Ni pun beli untuk kegunaan masa kawen kononnya. Disebabkan pengapit aku masa tu pakai baju pink, so kononnya nak dikipas guna kipas pink jugak la. Tapi rupanya mak andam aku dah sediakan kipas tuk pengantin. Sebiji camni cuma kaler je lain. Dia punya kaler putih. Tak jadi la guna kipas bulu-bulu yang aku beli ni. Simpan je la untuk adik-adik aku ke nanti.



London Diary

Aku memang suka benda-benda yang berkaitan ngan London ni. Nampak cam klasik sangat. Nak pergi london tak mampu so beli je la apa-apa yang berkaitan London. Macam la jugak diari ni. Tapi malangnya aku sempat tulis diari tuk 2 hari di bulan Januari je. Lepas tu hampeh! Takde masa la nok nak tulis diary bagai. Mak busy kaedahnya.



Wristband

Ok ini memang terserlah pembazirannya. Aku ni bukan la jenis bersukan pun. Nak naik bahagian atas kat rumah tu pun kalau boleh nak pakai lif. Tapi kenapa mesti aku beli wristband ni?? Beli sampai dua pulak tu. Crazy!

Banyak lagi barang-barang pembaziran yang telah dibeli oleh ku.






Tu la dia sebahagian daripada barang-barang cute yang aku beli tanpa motif. Kebanyakannya langsung tak pernah digunakan ataupun memang tak akan digunakan dalam kehidupan seharian. Itu baru aku cerita barang-barang kecik macam tu, belum lagi aku cerita pembaziran aku terhadap kasut, baju & makanan. Itu lagi hebat. Kalau aku cerita, bukan lagi jadi pembaziran amalan syaiton. Ni dah dikira bapak setan nie. Hihihi.

Kalau la duit yang aku membazir tu aku simpan dalam tabung haji, mau dah 5-6 kali naik haji. Setakat nak pergi New Zealand tu, senyum je huluq duit. Ni tak, berangan nak bercuti di New Zealand kononnya. Terpaksalah kerja part time di Mydin untuk merealisasikan impian tu. Hehehe.

Ok la mulai tahun depan takmo membazir lagi. Sehari simpan 10 hengget. Setahun aku ade RM3,650.00. Banyak tuuuuu. Pergi New Zealand baru 3000 lebih termasuk flight. Ok2, semangat ni nak kompol duit.

New Zealand, tunggu aku!


cujen said : korang punya tahap pembaziran ada macam aku tak?


Monday, October 24, 2011

Life.

We never get what we want
We never want what we get
We never have what we like
We never like what we have
And still we live and love
That's LIFE. 

Jangan sia-siakan apa yang kita ada.
Nikmatilah hidup yang singkat ini.
cujen the lejen.

Friday, October 21, 2011

Sesungguhnya aku sangat memerlukan rak kasut baru.



Dapat ni semalam dapat peti surat. Macam tau-tau je kan aku memerlukan rak kasut yang baru. :-)