Tuesday, January 11, 2011

Tau Tak Apa Hari Yang Paling SIAL Dalam Hidup Anda?

Anda berasa boring di opis. Bos cuti. Kerja pun dah tentu la tak berapa nak ada. Line internet opis pulak asyik down dari semalam. Telefon opis pun sama tak boleh guna. Kebetulan ext hard disk anda yang memuatkan lagu-lagu dan movie-movie untuk dilayan ketika masa boring, tertinggal kat rumah. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Memang boleh gila kalau sampai petang camni. 


Nasib baik la rumah dekat dengan opis. Boleh jugak balik kejap pergi amek. Anda pun dengan lajunya balik ke rumah dengan niat asal nak amek ext hard disk. Dalam kereta tetiba terasa lapar. Oh lupa pulak belum breakfast lagi rupanya. Anda pun membelok kereta menuju ke petronas berhampiran rumah untuk membeli nasi lemak. 


"Makan nasi lemak dengan nescafe sambil layan HBO kat rumah pun best gak ni. Pas kenyang kang boleh la tido kejap. Masuk opis lambat sket la. Dalam tengah-tengahari kang la. Bos pun takde ni." - Akal jahat anda mula berkata-kata.


Senyuman semakin lebar terukir di bibir. Bawak kereta laju-laju supaya cepat sampai rumah. Naik lif pun laju-laju. Nasib baik la rumah tingkat 2 je. Setibanya anda di depan pintu rumah anda, baru anda perasan;























KUNCI RUMAH TERTINGGAL KAT OPIS!!!!!!!!!!!!!!!









Itulah padahnya kalau niat anda tak betul. 


Sekarang, silalah ketawakan saya secara berjemaah.



p/s : morak of the story : Lu pikir la sendiri. 

5 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..