Saturday, February 26, 2011

Doddy & Bella Become a Daddy & Mummy (^_^)

19 Februari 2011 is the day!

Tak sangka pulak Bella beranak secepat ni. Tengok perut dia macam kecik je. Ingat lagi malam 19 hb tu aku dok usap-suap perut Bella tanya bila dia nak beranak. Masa pegang perut dia tu terasa anak-anak Bella dok tendang-tandang. Excited gile aku! Hahaha.

Pagi tu Bella lain macam je ngan aku. Bukan Bella je, Doddy pun sama. Pagi-pagi lagi dah dok kejut aku. Tonyoh-tonyoh muka aku sampai aku rasa geram nak sepak je dia. Biasanya dia macam tu kalau dia dah lapar sangat. Aku pun bangun tengok makanan dia banyak lagi. Aku pun dok la kat tempat makan dia tu, teman dia makan. Bella ni kadang-kadang mengada makan nak berteman. Tapi yang pelik tu dia tak makan pun. Aku pun malas nak layan dia sebab sibuk nak kemas bilik stor. 

Tapi Bella tak abes-abes dok kacau aku. Doddy pulak dok berlari ke sana sini macam tak keruan. Aku macam dah syak dah dia nak beranak. Tapi dia diam je tak mengiau pun. Biasanya kucing nak beranak dia akan mengiau kan? Ni dia diam je. Tapi bila dia dok hidu2 bawah rak tempat dia selalu tido aku confirm dah dia nak beranak. Pastu dia kais-kais macam nak berak. Then dia terus baring kat situ. Satu lagi dia dok masuk bilik stor and dok bawah almari. Bella jarang-jarang buat perangai macam tu. Doddy je selalu macam tu. Then aku cakap kat laki aku 'yang, i rasa Bella nak beranak la'. Laki aku macam tak percaya so dia dok follow je Bella sampailah Bella masuk lam almari baju aku. 


Bella sedang menahan sakit.

Masa mula-mula aku memang tak berani nak tengok. Tapi laki aku terjerit-jerit dok panggil aku, aku pun rasa excited la nak tengok. Dan akhirnya ;

Bella first baby!

We named it LUCKY. Why lucky? Sebab masa dia baru keluar tu, Bella wat bodoh je. Tak jilat langsung anak dia. So sarung selaput dia tu belum terbukak. Hampir-hampir nak mati jugak anak dia. Kitaorg memang biar je saja nak tengok dia pandai ke tak. Tapi dia buat tak tau je macam tak reti nak buat apa. Then laki aku la dok koyakkan sarung tu tapi still tak gerak-gerak. Ingatkan dah mati. Lepas tu dalam tiga minit baru la Lucky ni tarik nafas panjang macam baru dapat nyawa. He was born at 3.19 pm.

5 minutes later kuar lagi sekor anak Bella. Kaler oren + putih. Kali ni Bella dah pandai dah. Kuar je anak dia, terus dia bersihkan. Lepas tu dia terus makan uri anak dia. Then 46 minutes later kuar lagi sekor kaler oren. Comel gile! 

Bella kepenatan selepas dah kuar tiga ekor kitten. 

Ingatkan lepas tiga ekor dah abes dah. Tapi sejam lepas tu kuar lagi sekor. Kali ni aku sempat rakam. Herry & Qaren yang kebetulan datang rumah pun sempat tengok Bella deliver anak dia yang keempat. 




Aku syak macam ada lagi ni yang kuar. Tunggu punya tunggu 20 minit kemudian keluar lagi sekor kaler hitam cam Doddy tapi muka dia ada putih sket macam pakai topeng. Kitaorang namakan dia Zorro. Tak syak lagi la ini semua anak Doddy. Hehehe. 

So total semua anak Bella 5 ekor.



Meh aku kenalkan sekor-sekor. 

2nd Baby. Name : FABBY. Born on 19 Februari 2011 at 3:24 pm
(nama Fabby ni member aku Aril yang bagi. Dia dah cop nak yang ni)

3rd Baby. Name : OREN. Born on 19 Februari 2011 at 4.00 pm


4th Baby. Belum ada nama lagi. Plan nak bagi nama CHIBBY.
Born 19 Februari 2011 at 5:06 pm

Last Baby. Name : ZORRO (nampak tak muka dia macam pakai mask)
Born on 19 February 2011 at 5:28 pm


Kenapa 4 ekor je yang ada? Ok ni cerita sedih yang aku nak habaq ni. Nasib aku baik sebab Bella beranak sebelum aku pergi Sabah. At least dapatlah tengok-tengok kan masa dia beranak tu kan. So boleh la senang hati pergi Sabah. Nanti mintak mak/adik aku datang tengok kat rumah time aku takde. Tapi malangnya balik je dari Sabah aku tengok anak Bella tinggal 4 ekoq je. Sekoq lagi dah hilang. Puas aku cari tak jumpa. Nak kata dia jatuh ke macam tak logik sebab aku letak dalam kotak. Bella tak mungkin akan angkat anak dia sebab aku dha tengok dah dia tak reti nak gonggong nak dia pun. Satu kemungkinan je. Samada Doddy/Bella dah makan anak dia. Orang kata kucing ni kalau anak dia 3 kaler memang dia akan makan. Tapi takde pulak tanda-tanda kesan kejadian horro tu. Rumah aku bersih je. Entahlah. Susah nak cakap sebab tak nampak. Tapi rasa terkilan sangat-sangat sampai sekarang. Mood happy balik dari Sabah terus hilang macam tu je. Haih.

Adik aku cakap ada kemungkinan Doddy yang makan. Lepas tu Doddy rasa bersalah terus buat keputusan suicide dengan cara terjun bangunan sebab masa aku balik Doddy pun hilang. Cari-cari jumpa kat bawah dengan kaki dah tempang. Jatuh lagi dari apartment rumah aku. Kali ni keadaan dia teruk jugak la. Kaki dia tak boleh jalan betul-betul. Macam terseliuh / patah. Nak bawak dia klinik laki aku cakap tak payah. Tunggu 2-3 hari lagi. Tapi, kesian sangat kat Doddy. Diam je dia  tak ceria langsung. Takde dah nak manja-manja dengan aku. Sorry Doddy & Bella. :-(

7 comments:

  1. maksudnya, bella first baby la yang mati tu ye? patut la dia xnk jilat...

    ReplyDelete
  2. cian bby yg 1st tue ilang...tp semua comel2 ank bella =)
    gewram gilerrr..meriah giler la pasnie rumah main kejar2..best2

    ReplyDelete
  3. sume ni ko bela ker or bg orang? comell giler kot...

    ReplyDelete
  4. plan nak bela sekor dua je kot..yg lain nak bagi org..

    LJ - ko nak ke?? meh pilih2...hehehe

    ReplyDelete
  5. adoi sakit perut plak aku gelak baca part si Doddy rasa bersalah terus terjun apartmen...hehehe...your ayat very the kelakar...anyway comel la kittens tu...kaler itam tu yang best! Zorro!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..