Monday, February 28, 2011

Trip To Sabah [Part 1]

Kenapa bah..kau berubah...kenapa bah..

Perlu ke balik dari Sabah nak nyanyi lagu Stacy?? Haruslah kan nok. Mood sabah belum hilang lagi nie. Hehehe ^_^.

Kembali bekerja setelah cuti selama seminggu. Seminggu uolss! Lepas ni confirm aku tak boleh cuti dah. Asalnya nak cuti 4 hari je. Selasa sampai Jumaat. Tapi hari Isnin lepas siyes aku tak larat nak pergi kerja. Sms bos ; 'Bos, saya nak cuti hari ni. Cuti saya hari jumaat tu saya gantikan dengan hari ni. Jumaat nanti saya datang kerja'. Huh, ayat manis semua tu. Sudahnya aku cuti jugak Jumaat tu. Penat weh! Sampai rumah kul 3 pagi. Konpom la tak terjaga pagi tu kan. Tapi Sabah memang best!! Banyak nak update ni. So entry-entry aku lepas ni semua cerita pasal trip to Sabah. Bawak bersabar je la eh.

Trip nak ke Sabah ni tak dirancang pun sebenarnya. Aku la dok teringin sangat nak ke sana. Tapi takde plan pun, dok sembang-sembang kosong je ngan laki aku. Tup-tup bulan 11 ari tu member aku dok heboh Fireflyz buat promotion tiket pergi Sabah 1 sen je. All in fare RM 18 hengget je pergi balik. Tak ke gila dia punya murah tu? Haruslah tanpa berpikir panjang aku terus membooking tiket. Lepas dah booking tuk kami berdua, dok gebang pulak dalam FB ajak member-member lain pergi. Tak best la kan kalau pergi berdua je. Hasil hasutan syaitonirajim aku ni, akhirnya 7 orang mengconfirmkan diri. So total yang ikut rombongan cik kiah ni ialah 9 orang. 

3 pagi dah sampai airport. Gila sexcited!! 
Macih En. Bard sebab sudi antarkan kami.
Baju I  Sabah tu dah pakai?? Hehe.



Jauh gile nak jalan ke waiting hall tu.



Sempat lagi bermain-main di airport.


Boleh pulak kat airport ni ada kerusi urut.
Haruslah lelaki yang gilakan kerusi urut ni nak try kannnn.
Sabar je la aku!

Mestilah aku pun tak melepaskan peluang. 
Hihihi

Mestilah semua pun nak try kan!!
Memang terbaik la kerusi urut ni.
Tak percaya????
Lepas tengok gambar di bawah ni, aku jamin la 
korang akan berebut-rebut cari kerusi urut ni.







Hahahahahahahahahahaha.
Sorry la Aril, bukan bertujuan nak mengaibkan ko.
Tapi gambar ni siyes tak boleh blah.



Ok cukup. Cukup. Gambar kat airport je dah 300 keping. Boleh muntah hijau kalau nak upload semua. Ni la padahnya kalau bercuti dengan geng kepala sengal. Hihi.

Next entry is review about our flight, hotel and car rental. Penting ni untuk sesiapa yang bercadang bercuti kat Sabah sebab rate yang aku dapat untuk flight, hotel & kereta sewa sangat-sangat la murah. Total kitaorang spend kat sabah termasuk tiket flight, accomodation, kereta sewa, minyak kereta, makan dan segala bagai bayaran kat sana tak lebih dari RM600 untuk dua orang. Berbaloi-baloi!

So tunggu next entry ok. ^_^

3 comments:

  1. cite pegi sabah tapi gmba kat sabah takdak pon...LOL

    ReplyDelete
  2. cerita aku banyak episoe..kena baca satu2....huhu..haruslah aku cerita secara detail kan.. so senang nnt org yang nak gi sabah boleh bace blog aku je...huhuhuhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..