Tuesday, March 22, 2011

Ada Orang Cakap Kalau Kita Bela Kucing Nanti Susah Nak Dapat Anak.

Betul ke?

Apa eh kaitan kucing dengan susah nak dapat anak? Bila dah 5 bulan aku kawen tapi tak mengandung lagi, ada mulut-mulut yang cakap 'haa, kan dah cakap kalau bela kucing susah nak mengandung'. 'Bulu kucing tu penyebab macam-macam penyakit'. 'Bulu kucing tu najis tau'.


Merong Mahawangsa & Bella.
Nama asal Merong ialah Oren.
Telah ditukar sejak menonton filem HMM.
Supaya dia jadi gagah macam Merong.
Masa ni umur Merong baru 3 minggu.


I'm a cat lover. Serius. Hati aku tenang je kalau tengok kucing. Bagi lah mood apa pun yang datang, ribut taufan, puting beliung, tapi bila aku tengok je kucing atau gambar-gambar kucing serta merta mood aku jadi ok. Tapi bila banyak orang cakap macam ni aku jadi macam serba salah pulak. Biasalah manusia ni mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang kita tak tau lagi kebenarannya.

Hisap tetek beramai-ramai.

Atas semangat kecintaan aku yang tinggi terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni, gigih la aku mengoogle maklumat-maklumat berkaitan kucing ni.

Current research has demonstrated that pets in general can provide many physical and psychological benefits. Cats decrease blood pressure and can even lower cholesterol. They can also reduce the mortality rate related to heart disease. Cat ownership can lead to fewer office visits to the doctor and a significant reduction in minor health problems. 
Cats can also provide emotional support from time to time when it is most needed. People who suffer from diseases can feel alone and a cat can decrease these feelings by creating intimacy with its owner. They provide unconditional love to their owner and other members of the family. If you think about it, a cat never gets mad at you or holds a grudge. A cat never talks behind your back and is physically and emotionally unable to hurt your feelings. This is why many people become so close to their cats and have such a hard time when their pet dies. They have nothing but good memories of their kitty. 
It has been said that cats know when their owner is sick. Many people have noticed that when they have a cold or are stuck in bed with some kind of illness, their cat is right there snuggled up in bed or on the couch with them. They have also been known to be able to detect when their owner is emotionally upset.

Ini pula dari http://www.sixwise.com/newsletters/05/12/07/how-can-having-pets-improve-your-health-let-us-count-the-ways.html
According to the Centers for Disease Control and Prevention (CDC), having a pet can decrease your:
Blood pressure
Cholesterol levels
Triglyceride levels
Feelings of loneliness 
Furthermore, kids who have a cat or dog in the home during their first years of life are less likely to develop hay fever, asthma and animal-related allergies than those who don't. This is because they have developed their body immune system from having pets at home 
Research presented at the 10th International Conference on Human Animal Interaction in October 2004 found that pet owners simply experience better health than non pet-owners. The survey of more than 11,000 Australians, Chinese and Germans found that over a five-year period: 
Pet owners made 15-20 percent fewer annual visits to the doctor than non pet-owners.
Those who went to the doctor the least were those who continuously owned a pet.
The next healthiest group was people who got a pet during the study.

Ini pula mengenai bulu kucing. Dipetik dari ; http://soaljawab.wordpress.com/2009/02/08/bulu-haiwan-najiskah/
SOALAN:
sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan, iaitu mengenai bulu. adakah bulu kucing bulu unta serta bulu binatang2 lain dikira sebagai najis? dan adakah perlu kepada kita untuk memperbaharui wuduk apabila tersentuh bulu yg telah terpisah daripada badan kucing tersebut?? adakah ia dikira sebagai bangkai?
sekian terimakasih. kalau boleh ustaz sertakan dengan dalil skali.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam
Masalah bulu binatang ini ada dibincangkan oleh para ulama. Kalau bulu haiwan bangkai(sama ada haiwan yang tidak disembelih atau haiwan yang tidak boleh dimakan selain anjing dan babi), ada perselisihan pendapat ulama berkenaannya.
Berbalik soalan anda, ada dua kategori, bulu kucing dan bulu anjing. Jika bulu unta, ia adalah suci sebagaimana ijmak yang dinukilkan oleh al-Nawawi. 
Kata al-Nawawi (al-Majmuk 1/241) :
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.
Manakala masalah bulu kucing, ini ada khilaf di sisi ulama.
Di sisi mazhab Syafie ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’. 
Di sisi Malik, Ahmad, Ishaq dan al-Muzani, mereka membezakan antara tulang, tanduk, gigi, kuku dan antara bulu (sama ada bulu spt burung, kambing dll). Mereka mengatakan tulang atau tanduk najis, manakala bulu adalah suci.
Ada pendapat dari Malik, Abu Hanifah dan Ahmad semuanya adalah suci yakni bulu dan tulang.
(Sila rujuk al-Majmuk li al-Nawawi 1/236) 
Pendapat yang lebih dicenderungi kebanyakan ulama ia adalah suci. Ibn Qudamah berpendapat jika haiwan itu najis maka bulunya najis, sebaliknya jika suci maka bulunya juga suci.
Berkata Ibn Qudamah : “Dan setiap haiwan, maka bulunya seperti baki bahagiannya yang lain, apa yang suci maka bulunya turut suci, dan apa yang najis maka bulunya juga begitu (najis). Tiada beza antara ketika hidup atau mati”. (al-Mughni 1/97). 
Hujah pendapat yang mengatakan bulu adalah suci (al-Nahl : 80) :
MAKSUDNYA : “dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas Rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”. 
Bahkan menurut Ibn Taimiah, semua bulu adalah suci.
Kata beliau dalam Majmuk al-Fatawa (5/51) : “Dan pendapat yang rajih ialah suci semua bulu : anjing dan babi dan selain keduanya. Berbeza pula air liur. Maka berdasarkan ini, jika bulu anjing lembap dan terkena baju seseorang, maka tidak ada apa-apa ke atasnya. Sebagaimana pendapat jumhur fuqaha’ Abi Hanifah, Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat nya. Hal ini kerana al-asl (asal) dalam benda-benda ialah suci, maka tidak harus menajiskan sesuatu atau mengharamkannya kecuali dengan dalil sepertimana firman Allah Taala (al-An’am 119) :
“padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya?.”

Banyak lagi maklumat yang aku dapat tapi ni je yang aku nak share buat masa ni. Maklumat ni penting buat aku sebab kat rumah aku dah ada 6 ekor kucing. Bulu pun makin banyak la gugur. Dan kerja aku semakin bertambah la jawabnya. Tapi takpe, yang penting aku happy & enjoy.

Anak-anak Bella sekarang dah pandai jalan laju-laju tp belum tahap berlari lagi. Comel gila jalan terkedek-kedek. Dah pandai nak bergurau sekarang. Suka nak explore tempat-tempat baru. Pastu kalau dah penat, terus je tido tak kira kat mana-mana pun. Hahaha. Comel gile!

Fabby 

Zorro. Ikut suka dia je nak tido kat mana.

Chibby. Mulut dia paling bising sekali.


Ini video diorang bergurau. Sumpah comel!!


Ada banyak lagi video diorang yg comel-comel. Video Doddy bergurau dengan anak-anak dia pun ade. Tapi nanti la aku upload. Next entry k. 

Have a good day everyone!

13 comments:

  1. Ish.. takde lah kot. Bukan penyebab utama tak preggy. Tu mulut org biasa la.. nak kondem jer. Huhu..

    I ade terbace artikel : http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-409859.html

    Mostly early stage masa preggy yg dorg cuba jauhi kucing. Itu jer :)

    ReplyDelete
  2. halolololo...comey betul anak2 ko ni cujen! geram nengok! gebu2 je sekor2..pinjam wat balik umah sminggu boley..?

    ReplyDelete
  3. salam..
    sangat comey giler kucing u..
    eee..geram tengokkk...
    (^__^)

    ReplyDelete
  4. aku x penah dgr plak org kate bela kucing ni ssh nk dpt anak. yg slalu aku dgr, bile bela kucing, murah rezeki. tp kite same, aku pn suke kucing. wlupn aku allergic kucing, tp klu jumpe kt tepi jln skali pn, aku sggup stop dn belai2 dia kejap, wlu pon lepas tu mata aku akan gatal2, muka tumbuh bintat dn selseme drastik.

    hehe. kucing mmg makhluk yg berjaya memenangi hati manusia. kdg2 syg kt kucing lebih bermakne drpd syg kt manusia.

    ReplyDelete
  5. cujen

    so comel la.ade for sale tak?ank2 aku mmg suke kucing:)

    ReplyDelete
  6. coemlnyeeee... semua cantik2 plak tu.

    awang ada seekor anak kucing betina, skrg dh masuk 3 bulan kot. Kuat betul berlari, dan suka menggigit. Tapi tak kuat makan.

    Kena tinggal oleh mak dia masa baru 4 minggu, time tu nak berjalan pun tak pandai lagi.

    nie first time bela kucing.. so nak tanya sikit. anak2 kucing tu, mmg letak dalam sangkar atau lepaskan je dlm rumah eh?

    ReplyDelete
  7. LJ - datang la umah aku amek sekor..

    AH - anak2 kucing tu sy letak dalam sangkar dulu. sebab kecik lagi.. nak ajar dia berak kat pasir.. nnt dah besar sket dan dah pandai berak kat pasir tu, baru leh lepaskan... mak bapak kucing tu mmg sy lepaskan.. tp sekarang ibu dia kena kurung skali ngan anak dia sebab nak bg anak dia menyusu..

    ReplyDelete
  8. ic, tu la mak dia tak sempat nak ajar dia berak dlm pasir. so mmg dia berak merata2 dia nak.. mmg rumah berbau. dah lama pastu, saya kena ajar dia sendiri camne nak berak dalam pasir. akhirnya smapai skrg pandai dh berak kencing kat pasir. ;)

    ReplyDelete
  9. ada tak anak kucing yg jantan? kalau ada, color ape eh?

    ReplyDelete
  10. ade...2 ekor jantan 2 ekor betina.. jantan tu yang kaler oren... kaler putih n hitam tu betina... rasanya;ah sebab kecik lagi susan nak nampak..hehehe

    ReplyDelete
  11. salam, ngarut lah sapa yg ckp mcm tu kat u....sbb dulu i pun lalui perkara yg sama....ada org ckp nanti susah dpt anak kalau bela kucing....sayang kucing....ngarut...i ada almost 50 ekor kucing tapi lepas kawin dapat gak anak....semua kuasa Allah....nak jadi x jadi semua kehendaknya.....

    ReplyDelete
  12. saya juga syg kucing tetapi selepas kucing sy mati terus sy x bela sbb masih teringat padanya...[hembus nafas tekakhir di pangkuan sy..sy menangis x henti2]

    ttg mengandung..sedara sy mmg byk membela kucing...dia juga tidak mengandung tetapi selepas dia mengurangkan kucing2 itu x lama selepas itu dia mengandung...

    mmg betul kita x tahu sejauhmana kebenarannya tp mungkin itu salah satu sebab. tp x perlu terlalu mempercayai..wallahualam..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..