Monday, March 21, 2011

Berkalung Noda.

Pagi ni aku tertarik dengan satu isu yang dibangkitkan kawan aku di status Facebook yang berbunyi begini;

Kenapa bila perempuan berumur kahwin/berpasangan dengan lelaki yang jauh lebih muda, perempuan itu dipandang rendah dan dikatakan tak sedar diri dan bila lelaki yang berumur kahwin/berpasangan dengan perempuan yang jauh lebih muda, perempuan juga yang dipandang rendah dikatakan mengikis harta lelaki. Kenapa?

Tapi bukan topik tu yang aku nak cerita. Status dia tu mengingatkan aku pada cerekarama TV3 dia minggu lepas. Drama bertajuk BERKALANG NODA. Lakonan Fasha Sandha dan Roy Azman. Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok drama tu, meh sini aku cerita sikit sinopsis drama tu;

Mengisahkan Karina(Fasha Sandha) hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai(Roy Azman), jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7 dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.  Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina (Elyana). Hubungan Karina dengan Jay semakin hari semakin intim sampaikan Karina sanggup belikan kereta mewah untuk Jay dan sebuah rumah untuk mereka bersama. Karina pulak semakin hari jadi semakin pembengis dengan anak-anak dia dan pembantu rumah sampaikan dia sanggup halau pembantu rumah.  Satu hari Azrai dapat tau kecurangan Karina melalui anak-anak dia dan dia buat keputusan untuk mengintip aktiviti Karina dan Jay. Makan ternampak lah segala kecurangan Karina dan Jay. Azrai ni pun bawak la sekali pencegah maksiat serbu rumah Karina dan Jay duduk tu. Dan pada masa tu jugak, Azrai jatuhkan talak 3 pada Karina dan mengharamkan Karina untuk jumpa anak-anak dia.  Karina pulak kena masuk penjara sebab ditangkap khalwat dan takde sape nak jamin dia kot. Lepas keluar penjara, Karina pulang ke kampung tapi dia kena halau dengan adik dia. Bapak & mak Karina mati sebab tindakan Karina. Akhirnya Karina jadi gila dan merayau-rayau tak tentu arah sampailah dia mati kena langgar dengan kereta yang dipandu Jay.

Drama yang menarik tapi ada beberapa perkara yang juga menarik perhatian aku untuk memberi komen. Pertama, kenapa setiap kali bila isu  CURANG timbul, perempuan yang akan dipersalahkan? Aku sampai bertekak la dengan suami aku sebab drama ni. Aku tak puas hati kenapa drama ni tunjukkan pembalasan untuk perempuan sahaja?? Laki aku cakap, lelaki kalau curang pun takpe sebab dia boleh kawen empat?? Hey, apa kaitan lelaki boleh kawen empat dengan isu curang?? Bukan hukum berzina baik lelaki atau perempuan sama je ke? Dosa tetap dosa. Sepatutnya sama-sama dapat balasan. Soal lelaki boleh kawen empat itu isu lain ok! Tapi dalam drama ni, hanya tunjukkan balasan yang diterima oleh kaum perempuan. Sedangkan lelaki lepas macam tu je. Lagi sadis dalam drama tu Berkalang Noda ni lelaki yg sama-sama skandal dengan Karina tu pulak yang langgar dia. Akhirnya mati lah Karina dalam keadaan yang sungguh hina. Diskriminasi.

Kedua, adil kah suami Karina melafazkan sampai talak 3 dan mengharamkan Karina berjumpa anak-anaknya sedangkan suami Karina sepatutnya akui kesilapan sendiri yang menyebabkan terbukanya peluang Karina untuk berlaku curang. Ok, fine laki dia sibuk sebab Karina dan anak-anak jugak. Untuk kesenangan dan kemewahan keluarga. Tapi, adil ke lelaki tinggalkan isteri sampai berbulan-bulan lamanya. Nafkah zahir memang la terlebih cukup. How about nafkah batin isteri. Tinggal lama-lama memang la isteri akan rasa sunyi. Suami pun kena ingat, tanggungjawab suami bukan setakat bagi duit je. Kasih sayang, amek berat dan perhatian juga perlu diambil kira. Memang la itu bukan alasan untuk Karina berlaku curang tapi suami Karina juga bersalah dalam hal ni. Dia pun perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ni. Tapi apa yang dipaparkan dalam drama tersebut? Kononnya suami Karina adalah orang yang kesian yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Karina. Diskriminasi.

Ok, berbalik kepasa soalan kawan aku di atas tadi. Jawapan kepada soalan tu dah boleh nampak dah melalui drama tersebut. Kita kat Malaysia ni dah selalu disogokkan dengan dengan benda-benda macam ni. Kalau isteri curang, dah tentu isteri yang akan disalahkan. Kalau suami curang pun, isteri yang disalahkan sebab tak pandai jaga suami. Lelaki tua kawen dengan perempuan muda, perempuan jugak disalahkan kononnya nak mengikis lelaki atau perosak rumah tangga orang. Kalau perempuan berumur kawen lelaki muda pulak, perempuan jugak disalahkan kononnnya tak sedar diri. Kalau anak-anak jahat, kaum ibu jugak disalahkan sebab tak pandai jaga anak. Yer la, orang lelaki sibuk mencari rezekil Kononnya!!

Memang masyarakat kita dah sebati dengan mentaliti macam ni. Buat drama pun fokus pada kesalahan kaum perempuan. Bila dah selalu dimomokkan dengan benda-benda camni, lama-lama akan jadi sebati la. Nak cakap apa lagi kan?



8 comments:

  1. betul tu. aku sokong.
    aku baca sikit je. tp aku dpt rasa apa kau nak sampaikan. haha
    jodoh pertemuan, semua Tuhan yang tentukan. kita takde hak nak menilai buruk baiknya. :)

    ReplyDelete
  2. pENULIS SAHAJA..

    ANDA LARI DARI TAJUK..
    HAHHAHAHHA

    ReplyDelete
  3. hahaha...sy baru je nak komen... en penulis ni dia bace tak abes..ngelat..

    ReplyDelete
  4. Setuju!

    Err.. agaknya banyak disalahkan perempuan sebab perempuan nie byk nafsu.. Hahaha!

    Itu tak cukup, ini tak cukup..

    Eh, I pun pempuan :)) Gila jap!

    ReplyDelete
  5. aku pun tgk drama tu,tp aku rasa sebab pengarah dia lelaki kot, tu sbb semua salah perempuan :D

    ReplyDelete
  6. bleh x klu aku nk ckp yg mmg mentaliti masyarakat kite mmg x penah berubah ditelan zaman? smpai akhir zaman gamaknye cmtu.

    ReplyDelete
  7. @kullestFAFA memang betul pun apa ko cakap tu

    ReplyDelete
  8. aku sokong n setuju ngn pe ko ckp tuh.:)kdg laki ni ingt dia je yg betul n ego mesti kuat.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..