Wednesday, March 23, 2011

Blogger Pilihan Cujen The Lejen.

Sebagai blogger korang pun mesti ade blogger feveret kan? Hari ni Puan Cujen nak cerita la pasal blogger-blogger kegemaran Puan Cujen. Feveret sangat sampai kalau dia update laju-laju je nak baca. Actually banyak sangat sebenarnya blogger feveret aku. Kalau nak listkan memang tak muat page nie. Tapi aku suka jadi silent reader je. Suka baca tapi paling malas bagi komen. Hehehe boleh tak camtu? Tu pasal la blog aku pun tak ramai orang komen. Ala blog Hanis Zalikha yang femes yang follower sampai 20k tu pun komen dia dalam 200++ je. So kalau blog aku setakat follower ciput tak sampai seratus, ade 10 komen pun dah cukup baik. 

Blog-blog yang menjadi pilihan aku semestinya blog yang ada unsur-unsur lawak yang boleh buat aku ketawa macam orang kena sawan, blog-blog fashionita (boleh stalk gambar-gambar pompuan cantik dan style2 terbaru) or blog2 yang emo-emo pun aku suka jugak. Masa mula-mula blogging dulu aku suka baca blog MAK ANDEH, NIZAM ZAKARIA & ada la beberapa lagi blog. Dah lama dah, tak ingat pun. Blog diorang pun tak wujud lagi. Lepas tu aku suka baca BLOG ANAK MAT NOR & BLOG BUDAK YANG JAHAT. Ini blog aku jamin kalau korang bace, korang akan gelak sampai hilang akal. Confirm. Tapi sayangnya diorang pun dah lama tak update. 

Sekarang ni aku nak listkan blog-blog yang masih lagi aktif dan menjadi pojaan hatiku. Aku listkan random je la eh. 
Sape yang tak suka baca Hanis Zalikha? Dan sape blogger yang tak kenal Hanis Zalikha? Dia ni antara blogger wajib yang blogger-blogger lain akan letak di blogroll mereka. Kenapa aku suka baca blog dia? Sebab dia sempoi, cantik, kelakar dan kadang-kadang dia post citer pasal kucing. 
Ni memang feveret aku. Terjumpa blog dia melalui adik aku. Masa tu kitaorang ngah cari apa tah. Something berkaitan dengan Jepun rasanya. So secara tak sengaja jumpa blog dia ni. Terus follow. Sebabnya dia belajar kat Jepun. Hahaha. Apa kaitan belajar kat Jepun dan memfollow blog dia? Aku memang obses dengan Jepun. Obses sangat-sangat. Tapi tak bepeluang nak jejakkan kaki ke sana apatah lagi nak dok sana 5 tahun macam Mummy Dart ni. Aku follow blog dia since dia bujang lagi, sampai lah dia kawen dah ada anak pun. Aku rasa life dia sangat best and she's blessed. Dia pun sangat sempoi dan stylo! Muka dia pun dah cam awek Jepun dah. Pendek kata i love everything about her!
Ni pun feveret aku jugak. Mula-mula tak perasan pun dia ni senior aku masa kat Poli. Lepas tertengok gambar baru perasan. Memang kenal la sangat. Tapi dia tak kenal aku. Aku rasa dia pun macam Mummy Dart jugak. Punya life yang sangat intresting. Suka cara penulisan dia dan gambar-gambar dia yang best-best. Oh ya, dia juga punya anak lelaki yang SANGAT COMEL, Umar Arjuna.
Ni salah satu blog yang bila aku terbaca satu entry dia, terus buat aku rasa nak baca semua entry dia start dari dia tulis blog. I did it. Hahaha. Gila betul. Aku pun tak tau kenapa tapi aku suka gila baca blog dia. Macam ada sesuatu yang menarik2 aku tuk bace keseluruhan blog dia. Weh, ubat senyonyong apa kau letak kat blog ko ar? Haha. Satu lagi, aku paling rajin komen kat blog dia.
Sape tak kenal diorang ni?? Famous kot. Diorang ni antara blogger jujur pada aku. Jujur tu maksudnya bukan jujur kat aku la. Diorang kenal aku pun tak kot. Tapi cara penulisan diorang tu jujur dan tulen. Kenapa aku letak nama diorang sekali kat sini? Sebabnya dulu-dulu aku sealu konpius dengan dua orang ini. Tak tau kenapa, tapi rasanya diorang macam banyak persamaan la. Paling suka baca blog pasal wedding diorang.
Ni blog kawan aku. Sama-sama belajar kat poli. satu kelas. Tak sangka dia ni berbakat dalam penulisan. Tak caya? Pergi usha blog dia. Ayat-ayat dia, perghh! Mantap ok. Kalau tak, takkan la sampai ada orang sanggup copy bulat-bulat blog dia pastu mengaku sendiri punya. Hehe. Ain, aku rasa ko patut cuba tulis novel la.


MARIA ELENA
Blog ni baru-baru je jumpa. Pertama kali baca terus suka, terus follow. She's got her own style yang sangat-sangat sempoi. Dia memang selamba gile and she's too beautiful too. Dia suka buat video. And trust me video dia sume superb! Funny. Dan banyak tutorial hijab jugak. Sila follow blog dia sekarang.
Awek comel bakal doktor ni sape tak kenal kan? Memang famous la dia ni. Tapi kan masa mula-mula aku bace blog dia aku rasa cam hmm...takde apa pun yang best. Masa tu pun dia tak famous lagi. Tapi, makin lama makin suka pulak. Sebabnya dia sangat stylo, comel dan kadang-kadang kelakar jugak. Aku banyak stalk style dia dressing. Orang cantik pakai apa pun cantik je. Cuba aku yang pakai?? Hmmmm.



Eh, apa ni. Semua blog perempuan je? Ish, takkan la takde blog lelaki kan? Mestilah ada. I'm not lesbo ok yang asyik nak stalk perempuan-perempuan cantik je. Hahahha.

So, here's the list blogger lelaki pilihan Cujen The Lejen
Tengok tajuk blog pun dah boleh buat aku gelak. Baca blog dia lagi lah. Ni pun dah lama jugak follow. Nasib baik dia masih aktif lagi kalau tak aku dah kehabisan blog-blog yang kelakar untuk dilayan. Korang kena baca blog dia. Sumpah kelakar.
Orang muo. Dah tentulah jawa. Nama blog pun jowopinter. Aku banyak belajar bahasa jawa dari blog dia. Dan satu yang buat aku suka sangat. Setipa kali dia balik muo, dia akan update dalam entry dia siap ngan gambar-ganbar sekali. Terubat jugak la rindu aku kat bando muo tu. Huhuhu.
Jumpa blog dia through blog Dart. Kan aku dah kata aku memang obses dengan Jepun. Tak dapat dok sana, dapat stalk blog orang yang dok sana pun ok. Dapat jugak rasa pengalaman kan. Blog dia ni jugak penuh dengan gambar-gambar menarik. Dengar cerita nak balik Malaysia dah minggu depan. Nak mintak souveneir dari Jepun boleh?? Hehehe. Tak memasal nak mintak-mintak, bukan dia kenal aku pon.



Ok itu je yang dapat aku listkan buat masa ni. Actually banyak lagi sebenarnya.Yang mana aku follow, aku letak kat blogroll tu sume feveret aku la tu. So, guys kalau ada masa jengok-jengok la blog mereka. (tapi rasanya diorang ni sume dah famous, korang mesti dah tau kan??)

Tapi kan, blog yang satu ni mesti korang tak pernah tau. Ni aku share sket. Sila baca blog ini. Agak kelakar jugak. ^_^


Ni protege aku. Dia banyak dapat ilham dari blog aku. Tak caya? Sila lawat blog dia sekarang. Hihihi. 

Ni sebenarnya blog adik aku yang baru Tingkatan 1 tu. Budak-budak sekarang ni advanced betul. Aku tak ajar pun dia pasal blog. Dia buat sendiri je. Blog budak-budak remaja . Kadang-kadang baca buat aku gelak sorang-sorang je. Haih.

Lawak dowh. Tak bley blah. Hahaha.

3 comments:

  1. ceq suka bc blog anak mat noor dengan perempuan jomblo..
    apasal la anak mat nor tu lama tak update..si Jebon tu kan..hahahhaha

    ReplyDelete
  2. aku x pakai minyak senyonyong la. aku cume mintak ilmu keras dr ayah pin je. hehehe.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..