Monday, March 14, 2011

Cerita Hari Isnin.

Boleh tak hari ni malas nak buat apa-apa? Bila aku cakap malas tu, it means betul-betul malas. Bos cuti seminggu. Bos-bos lain pun ramai cuti. Sebab cuti sekolah kot? Aku pun baru tau tadi minggu ni sekolah cuti. Patutlah jalan lengang dan parking pun tak penuh. Huhu. I like cuti sekolah walaupun aku tak cuti. -___-

Bukti kemalasan aku hari ni. 

Pagi ni boleh pulak kereta aku buat hal. Tiba-tiba tak boleh start. Huh, menggelabah jugak aku dibuatnya. Masa tu aku kat presint 15. Ada urusan seri paduka baginda di sana. Hehehe. Masa pergi tu ok. Nak balik tu tiba-tiba tak boleh start. Ah, sudah! Aku pun dok keras je la dalam kereta tu tak tau buat apa. Nak keluar mintak pertolongan malu pulak. Ceh, malu tak bertempat. Bukan apa, tadi bukan main aku jalan berlenggang-lenggang kangkung. Muka konfiden bajet cun. Dah la ramai orang dok breakfast kat kedai mamak tu. Semua dok perati aku. (perasan!) Sekali masuk-masuk kereta tak boleh start. Mestilah malu kan nok!! 

Orang pertama aku call mestilah laki aku kan. Dia kata nak datang ngan kawan dia bawak jumper. Memang masalah bateri pun kereta aku ni. Sebenarnya dah hint banyak kali. Setiap kali susah nak start. Tapi aku wat bodoh je. Prinsip aku selagi boleh jalan, belasah je la. Sekali tak boleh start terus pucat muka. Biasalah, perempuan. Tau start, bawak je. Hmm. Sementara tunggu laki aku sampai, aku soh adik aku amek dulu. Lama kot dari Cheras nak ke Putrajaya. Nasib baik adik aku tak kerja hari ni. Haih, nasib nasib.

Pas laki aku datang terus jumper kereta, terus boleh start. Huh, nasib baik. Harap-harap boleh bertahan sampai hujung bulan. (kerana bulan ini dah terover bajet dengan membelanja yang bukan-bukan).

Ya allah, apa lah bosan sangat kau punya cerita ni cujen??

Hehehe. Sabar je la yer, aku pun bosan jugak ni. Tu yang cerita pun bosan jugak. Oh ya, saje nak gebang kat sini, blog cujen the lejen ade header baru;

Comel tak???? Cakap comel cepat!

Suka sangat sebab ade pelangi & volksvagen pink yang sangat kiut miut. Tapi, mestilah header ni bukan aku yang buat. Aku nak buat?? Sejak dah tua ni tak rajin la nok. Lagipun aku bukan mahir sangat photoshop. Kalau nak edit camni kena bukak tutorial dulu. Tu pun amek masa berhari-hari baru siap agaknya. Nak senang, aku tempah je header ni kat Si Comel Lote ni. Cepat gila dia buat. Aku bitau semalam, pagi ni dah siap. Gila ah. Yang penting header nye sangat comel. I like!!

Satu lagi aku ada tempah dollydle jugak. Dollydle tu apa? Korang pegi la search sendiri. Aku pun tak tau definisi yang tepat. Tapi macam lukisan kartun korang kot. Yang ni pun comel jugak. Sehari je dah siap. Dasyat betul. Orang-orang berseni ni lain betul. Tak macam aku yang langsung tak berseni. Hehehe. So, here is my dollydle;

Sangat comel!! Macam aku tak?? Hehehe.

Kenapa mesti ade pelangi? Mestilah sebab aku suka pelangi ^_^. So kalau nak tempah dollydle yang comel macam ni boleh la usha-usha blog nie: THE DOLLYDLE'S COTTAGE. Punyalah suka sangat ngan dia nye dollydle ni, sampaikan bila dia bukak untuk tempahan, aku jadi pertama. Hahaha. Korang kalau nak, boleh la tempah yer. Sangat cepat dia punya reply. ^_^. Thanks Mira for the super duper cute dollydle ni. Eh, baru perasan dua-dua blog yang aku buat tempahan ni, pemiliknya bernama MIRA. What's a coincidence.

6 comments:

  1. hari snin mesti malas kan? nurul pun. rasa nak blk rumah je

    ReplyDelete
  2. okaylah, x tau nk kate chumel ke x, tp aku suke gamba ko seketul tu. kaki u slim, okkaayy!!

    ReplyDelete
  3. hahaha..br je kete xblh stat sbb xde minyak.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..