Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.

Ini review aku;
Lakonan Stephen Rahman memang mantap. Badan dia pun, hmmmm mantap!
Masa 1 jam 49 minit tu pada aku tak cukup untuk cerita epik macam ni. Jadi kelam kabut sikit. Tapi kalau lama sangat pun boleh buat orang boring jugak. Tapi at least tunjuk la sikit scene Embok dengan Merong bercinta. Ni tak, tau-tau je last tu Embok mengandungkan anak Merong. Scene Embok ngan Merong bercinta tak banyak. Yang banyak scene Putera Rom dengan Puteri China bercinta. 
Penggunaan basa melayu klasik buat aku susah nak paham. Nasib baik ade subtitle english. Tapi dah nama pun cerita epik melayu dulu kala. 
Pelilihan pelakon sesuai dengan watak masaing-masing terutama watak Merong, Putera Rom, Laksamana China dan Puteri China.
Ada jugak diselitkan beberapa scence berunsur komedi tapi macam tak berapa menjadi sebab takde orang gelak pun. Semua macam serius tengah tengok dokumentari sejarah.
Teknik CGI ok. Takde lah nampak kartun sangat. 

Itu je review yang mampu aku bagi. Aku memang failed bab bagi-bagi review ni. Tapi aku rasa tak rugi la tengok cerita ni. Untuk filem melayu, aku rasa agak bagus. Aku bagi 3.5/5.

Eh, ada satu lagi aku nak komen;
Lagu Anuar Zain Sedetik Lebih tu memang la best. Tapi entah kenapa aku rasa sangat tak sesuai dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni. Cerita ni pun bukan cerita cinta. Scene Embok dengan Merong bercinta pun takde la sangat tapi lagu macam la movie ni genre romatik habis. Hish, tak sesuai ok lagu tu.

9 comments:

  1. hukhukhuk..jumaat mlm baru mau pegi tgk...

    ReplyDelete
  2. Aku rasa Ying Ying tu kelakar. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. aku sokong part bercinta tu.
    tibe2 je ade anok.
    p/s: aku rasa aku keturunan Raja Iskandar juge. hehe.

    ReplyDelete
  4. @Puan Nemo pergi, jangan tak pergi

    @Lulu Junior Ying ying tu penyeri dalam itu pilem

    @Nur Fatimah pergilah ajak kokde

    @penulis.sahaja kalau kau keturunan Raja Iskandar, aku rasa aku keturunan Putera Rom yang kachak tu. hehe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. best gak cite ni..ada ek lagu anuar zain..tak pasan lak aku..hahaha...

    ko mengalami masalah menaip ke ha...banyak gileeeeer typo....

    1) basa-bahasa
    2) scence - scene
    3) pelilihan - pemilihan
    4) romatik - romantik

    HAHAHAHA :D

    ReplyDelete
  7. hahaha...typo tu memang aku la...trademark aku

    ReplyDelete
  8. cujen jom le join contest ni

    http://bidadari-kayanganku.blogspot.com/2011/03/my-1st-giveaway-by-shida-dan-esya.html

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..