Thursday, March 31, 2011

Qada' Puasa & Pengiraan Bayaran Fidyah.

Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 )
Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara.
Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.
Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :
Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).
Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.


Hari ni aku tetiba tergerak hati nak check fidyah yang aku kena bayar untuk puasa-puasa yang telah aku tinggalkan dengan sengaja dan masih belum diganti sehingga ke hari ini. 

Rasanya banyak lagi puasa-puasa aku yang belum diganti. Aku start period umur 12 tahun iaitu tahun 1996. Sekarang ni dah tahun 2011. Maknanya dah 15 tahun. Katalah setahun aku tinggal 10 hari. 15 tahun darab dengan 10 hari = 150 hari. Itu puasa yang WAJIB aku ganti. Puasa memang tak naik bilangan hari. Tapi fidyah akan naik kalau kita tak ganti sampai datang Ramadhan yang seterusnya.

Setelah aku check di website ZAKAT.COM.MY, ini dia fidyah yang perlu aku bayar untuk puasa yang telah aku tinggal tu.

*pengiraan berdasarkan kadar fidyah RM 1.80 sehari.

Tahun 1996 x 10 hari = RM 252 / 140 cupak beras.
Tahun 1997 x 10 hari = RM 234 / 130 cupak beras.
Tahun 1998 x 10 hari = RM 216 / 120 cupak beras.
Tahun 1999 x 10 hari = RM 198 / 110 cupak beras.
Tahun 2000 x 10 hari = RM 180 / 100 cupak beras.
Tahun 2001 x 10 hari = RM 162 /   90 cupak beras.
Tahun 2002 x 10 hari = RM 144 /   80 cupak beras.
Tahun 2003 x 10 hari = RM 126 /   70 cupak beras.
Tahun 2004 x 10 hari = RM 108 /   60 cupak beras.
Tahun 2005 x 10 hari = RM   90 /   50 cupak beras.
Tahun 2006 x 10 hari = RM   72 /   40 cupak beras.
Tahun 2007 x 10 hari = RM   54 /   30 cupak beras.
Tahun 2008 x 10 hari = RM   36 /   20 cupak beras.
Tahun 2009 x 10 hari = RM   18 /   10 cupak beras.


Jumlah fidyah yang perlu aku bayar ialah RM 1890 atau 1050 cupak beras.

Itupun kalau aku berjaya mengganti kesemua puasa aku sebanyak 150 hari dalam tahun ini juga sebelum menjelangnya Ramadhan. Kalau tak, jumlah bayaran fidyah tu akan naik lagi.

Itu lah, dah tua-tua nak mampus baru datang kesedaran kan. Kan bagus kalau tiap-tiap tahun aku ganti puasa tu. Bukan banyak pun, 10 hari je dalam setahun. Setahun ada 365 hari, tapi sehari pun aku tak boleh nak ganti. Bayangkan dalam masa 15 tahun yang aku tak ganti puasa tu tuhan cabut nyawa aku?? Hmm.

Sementara ada nyawa di badan dan diberi kesempatan ni, marilah kita sama-sama mengganti puasa. (untuk siapa-siapa yang selalu tak ganti puasa macam aku la). Yang ganti tiap-tiap tahun tu, Alhamdulilah.

Tapi, kalau aku puasa setiap hari mulai hari ni pun, rasanya tak dapat nak ganti kesemua puasa 150 hari tu sebelum puasa akan datang ni. Takpe lah slow-slow. Yang penting GANTI.

Insyaallah aku akan cuba juga ganti puasa aku tu dan bayar fidyah dalam tempoh dua tahun ni.


*Ini baru puasa. Belum bab solat lagi. Takut kan bila fikir dosa-dosa yang kita dah buat selama ni.

3 comments:

  1. bila mana datang kesedaran wlupun sedikit, Allah akan permudahkannya.yang penting, istiqamah :)

    ReplyDelete
  2. thanks ya!
    saya ad tinggal puasa tahun 2000.3hari.tp belum ganti sampai sekarang.tahun ini, bertekad mahu bayar fidyah dan ganti puasa.Thanks!

    ReplyDelete
  3. same goes to me... tiap tahun memang ada bayar puasa, tapi xingat berapa hari, mcm belum cukup jer :(

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..