Tuesday, March 1, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 2]

Tajuk Trip To Sabah dah tukar ke Trip To Kota Kinabalu & Kundasang. Sabah tu luas sangat. Nanti orang konpius pulak.

Untuk part 2 ni aku nak cerita pasal flight, hotel dan kereta sewa saja sepanjang kitaorang kat KK tu. Kita mulakan dengan flight la yer.

Flight



Untuk trip kali ni kitaorang memilih penerbangan Fireflyz! Waa, ayat kau tak boleh blah. Macam la selalu pergi holiday dan naik kapal terbang. Hehehe. Sebenarnya flight ni bukan kitaorang pilih-pilih pun. Dah kebetulan tiket Fireflyz murah, sambar je la. Dah tak tengok dah tiket Air Asia. Hehehe. Masa ni Fireflyz baru buat promo untuk ke Kuching dan KK. Diorang launch kapal terbang baru. Boeing 737. Sebelum ni kan Fireflyz tak fly ke Kuching & KK. Bila dah start fly tu haruslah ada tiket murah. Dah rezeki kitaorang dapat tiket 1 sen ni.

First time naik Fireflyz ni, aku nak kasi fedback sikit la. So far aku rasa better naik Fireflyz daripada Air Asia. Sebabnya : 1. Fireflyz depart from KLIA Terminal 1. So tak payah jauh-jauh nak pergi LCCT ok. Boleh naik ERL je. 2. Tak payah susah-susah nak naik tangga bagai untuk naik ke kapal macam Air Asia. Takde la nak kena jalan jauh-jauh. Macam naik MAS jugak kot. (aku tak pernah naik MAS). Er, tu je la dua kebaikan yang boleh aku bagi naik Fireflyz nie. Hihihihi. Yang lain-lain tu aku rasa sama je kot dengan Air Asia.


At Waiting Hall. Airport sangat sejuk hokey!


Camwhored dalam flight.


Aku rasa seat Fireflyz mcam luas sikit dari Air Asia. Ke perasaan aku je? Oh ya, satu lagi kebaikan Fireflyz ni kita boleh pilih seat masa booking tu. Tapi, dengan syarat korang kena amek Standard Package/Premium Package masa booking. Macam aku, amek Standard Pakcage. RM 30. Tapi, sekarang dah naik RM 38. Standard Package ni termasuk la seat selection, meal in flight, check in baggage 15 kg & excess baggage 5kg. So korang boleh jimat la. Kalau tak amek package pun takpe. Boleh add on kemudian tapi jd lagi mahal la. Nasihat aku, kalau pergi berdua tu, sorang amek pakckage, sorang lagi tak payah. Amek package standard sudah. Lagi satu masa pilih seat tu, jangan la pilih seat dekat dengan sayap. Jangan jadi macam aku.


Ini pemandangan 'indah' aku sepanjang penerbangan aku ke KK.
Rasa nak pukul diri sendiri sebab pandai sangat pilih seat nie.
Tak dapat nak amek gambar KK dr atas flight.
Dah la tu 3 rows seat dekat ngan sayap tu tak boleh adjust.
Dok tegak je aku sepanjang 2 jam. Sakit tengkuk.
Hampeh betul!

Ini je yang aku dapat. Huhuhu.
Sedihnye. Balik pun seat dekat2 ngan wing.
Tahi kuceng betul la.

Kesal kemudian pun tiada berguna. Huh. Biasalah orang jarang-jarang naik flight ni, mana nak tau kan seat-seat mcm tu. Ingat sama je. Heheh. Lepas ni nak pilih seat paling depan sekali. Seat depan luas sket. Sape kaki panjang bley ar amek seat depan tu. Lets continue with our transport sepanjang di KK.


Transport/Car Rental

 Ini kereta yang kitaorang sewa sepanjang trip nie.

Hyundai Matrix dengan rate RM 88 sehari. Murah tak murah la. Aku dah survey banyak tempat tak dapat harga camnie. Standard rate kereta sewa kat sana RM 130 untuk Myvi. Satu lagi quotation yang aku dapat sewa Van yang boleh muat 9 orang untuk 3 hari termasuk driver dan minyak segala RM 1000. Kalau bahagi 9 orang RM 100 lebih sorang. Kira punya kira sewa Hyundai ni lagi murah. Sewa dua bijik untuk dua hari termasuk minyak segala tak sampai RM 70 sorang. 

Tapi rate RM 88 ni untuk booking online sahaja. Kalau minat boleh log in saja di sini ; SIMEDARBY RENTAL CAR. Diorang selalu wat promotion. Sangat-sangat berbaloi kalau plan nak drive sendiri. (aku suggest drive sendiri je. Jalan KK senang je. Kitaorang langsung tak sesat pun)



Office Hertz di KK ni kat Terminal 1 je. Turun-turun flight je dah boleh terus amek kereta. Tapi kalau korang naik Air Asia dan turun di Terminal 2 pun boleh jugak sewa dari Hertz ni. Tak payah susah-susah nak pergi amek. Boleh mintak diorang hantar kan ke Terminal 2. Takde charge pun (rasanya la).

Satu lagi kena ingat. Masa booking online korang dah kena bayar dah charge sewa tu by Credit Card. Tapi masa amek kereta nanti, dia akan mintak lagi CC korang tu untuk dia block amaun RM 500 for deposit. Ni yang masalah sikit sebab dia hanya terima CC untuk transaction ini. Takmo cash or debit card. Alasan diorang, amaun ni hanya untuk deposit je. Kalau de CC diorang akan block je. Takde charge pun. Unless kalau masa pulang kereta nanti, kereta ada rosak. Masa ni la diorang akan guna RM 500. Aku tanya apa jadi kalau takde CC? Diorang kata diorang takkan release kereta. Masalah jugak kan. So, standby je la CC korang tu yer. Apa pun kereta ni sangat2 berbaloi. Boleh muat 5 orang dengan selesa. Minyak pun jimat juga. Sepanjang 2 hari setengah kitaorang kat sana minyak RM 80 sahaja. Siap pergi balik Kundasang lagi. Ok la kan?


Hotel/Apartment







Ini Apartment tempat tinggal kami di KK. Asalnya nak tido KK satu malam, Kundasang satu malam. Tapi memandangkan rate PROMENADE APARTMENT ni sangat murah, terus decide dok sini 2 malam. RM 50 satu malam pada aku sangat murah. Siap ada dapur leh masak bagai. Luas pun luas. Selesa sangat-sangat. Apartment ni takde bilik. Studio Suite je. Tapi ok la pada aku. Gi travel takkan nak dok dalam bilik je kan??

Kat bawah apartment tu semua kedai ada. Kedai dobi, kedai makan, bank, 7 eleven, McD semua ada. Nak pergi Pasar Filipine pun boleh jalan kaki je. Kitaorang pun jalan kaki je. Dekat je. Cume kena lintas jalan sket la. Depan apartment ni ada shopping complex Centre Point. Apa lagi nak dengan bayaran RM 50 hengget semalam? Ok la kan.


Cukup dulu untuk part 2. Saya udah ngantuk bah. Esok saya sambung lagi ye. Nite-nite!

5 comments:

  1. cujen: aku jeles! aku pon nak gi gak. tgh carik kengkawan nih. haha.
    beb, firefly wat promosi gak. 1sen je. haha

    ReplyDelete
  2. i pon dulu stay sini (^_^)

    jln dr hotel ke jetty semata2 nak pergi round island.. putus kaki.

    ReplyDelete
  3. tiada nama - pergi jangan tak pergi beb. aku nak repeat lagi ni..huhuhu

    ell - jauh tu pegi jetty...takat pasar filipine ok lagi... tp masa i dok meridian dulu, selamba je jalan kaki ke jetty...

    ReplyDelete
  4. sy azwa...sy google nak cr kete sewa kt kk coz nak gi sana jun nanti...jupe blog u...jadi alang2 tu nak tanye..promenade apartment murah sungguh..dkt ngan pasar filipina tak?nape i tgk rate apartment tu cm mahal jer...

    ReplyDelete
  5. i think rm50 semalam utk apartment mcm sangat snagat sangat la murah... for me tak jauh sangat dengan pasar filipine...dalam 10 minit jalan kaki.. tp kena banyak melintas jalan... bawak org tua or anak kecik susah sket la..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..