Wednesday, March 2, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 3]




Safely arrived KK at 9.30 am. Nasib flight tak delay. Kalau tak abislah semua rancangan terdelay jugak. Ngokngek2 kat airport je dah dekat kul 10 lebih. Terus gi amek kereta dan jalan-jalan area KK dulu sementara nak tunggu waktu check in kul 1. 

Langit di KK. Mungkin langitmu lebih biru..huhuhu

Masjid ape tah tu. Tak tau nama. Hehe.

Jalan-jalan tanpa arah tujuan, akhirnya singgah di satu pantai tak tau nama apa. Tapi pantai dia tak berapa cantik. Kotor. Dekat dengan masjid ni. Jalan nak menghala ke Tuaran & One Borneo.





Dah puas bergambar perut lak rasa lapar. Mula-mula ni agak pening jugak la sebab tak tau nak makan kat mana. Ada member suggest makan dekat area town. Makan nasi daun pisang. Tah mana gaya la kan nasi daun pisang ni. Cari punya cari kedai nya rupanya kat kedai bawah apartment kitaorang je la. Makan nasi atas daun pisang rupanya. Aku pun tak pasti kedai yang kitaorang makan tu mamak ke kedai India. Nama kedai DEVI'S CORNER. (laki aku sebut device corner). Biasa-biasa je la. Takde pe yang best pun. Lepas makan terus check in pastu tido kejap. Biasalah perut dah kenyang mata pun jadi mengantuk. 


Tiba-tiba aku pun jadi mengantuk. Nak lelap sat la. Sambung next entry yer. ^_^

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..