Thursday, March 3, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 4]

Sambung cerita semalam.

Hampir dua jam gak la kitaorang tertido. Nasib baik ada member yang terjaga petang tu. Dok kejut kami semua. Kalau tak alamat sampai ke malam la jawabnya. Apa kes pergi holiday tapi tido je dalam bilik?? 

So petang tu kitaorang pun meneruskan agenda jalan-jalan sekitar town je. Jalan kaki je. Pergi pasar Filipine dan kawasan-kawan sekitar situ je.

Tercari-cari map yang dapat membantu. 
Masih blur2 tak tau nak pi mana.

Ok, map dah ada. Jom!!

Waa..aku cam hebat je baca map kan. Hehe

Tak tau apa bangunan ni. Cam tempat shopping.



Menuju ke pasar filipine.

Sepanjang jalan ni banyak sangat orang jual buah Mangga

Pasar Ikan Masin. Sebelah je dengan pasar Filipine
Tak beli apa sangat. Ikan bilis je untuk mak aku.

Pasar Kraftangan/Pasar Filipine


Beli, jangan tak beli.


Dah penat berjalan-jalan tanpa arah tujuan, kitaorang balik semula ke apartment untuk amek kereta. Nak pergi Tanjung Aru tengok sunset. Orang kata sunset kat situ best. Haruslah tak melepaskan peluang. Hari pun dah nak gelap. Cepat-cepat gerak. Main redah walaupun tak tau jalan. Yang pelik nya laki aku macam tau je jalan sini. Langsung tak sesat. Tapi still bergantung pada map jugak la. Dan tanya orang tempatan. Ttiba-tiba rasa curiga kat laki aku sebab tau jalan KK. Kata first time sampai tapi tau je jalan-jalan KK. Musykil nieh.. ^_^ (tak baik curiga dengan suami sendiri). Hehehe.

Sampai di Tanjung Aru agak lewat jugak la. Hampir-hampir terlepas sunset. Tapi view sini sangat-sangat cantik! Pantai dia pun best.

Ooo...ini la dia yang Awie cakap tu, Senja Nan Merah.

Can't take my eyes of this. Superb view!

Dah view cantik-cantik macam ni, haruslah semua tak melepaskan peluang bergambar ala-ala poskad kan. Jom layan gambar-gambar poyo kitaorang. Hehehe.

 Gambar poskad pertama : Me & My Hubby

Mr. Aril & Miss Agas

Mr. Azlie & Miss Affa

Mr. Hery & Miss Qaren

Orang lain sume de couple. Dia sorang je single : Zam


Laki aku nak tunjuk hebat. Angkat aku yang kurus ni boleh la.


Cuba angkat Hery yang 'gemok' ni. Hahahaha.


Aril ngan Zam macam kena sawan je.


Berrcanda di persiran pantai..kita bersama memadu asmara.




Selepas puas memadu asmara di persiran pantai, hari pun dah gelap. Kat sabah kul 6 petang dah gelap. Bila dah gelap perut pun mula terasa lapar. Kitaorang makan dekat sekitar kawasan Tanjung Aru tu je. Malas nak pergi jauh-jauh. Tak ingat apa nama tempat tu tapi tempatnya macam food court la. Mahal dowh makan kat sini. Tapi makanan nya mmg sedap la. Chicken wing sini memang terbaik la. Terasa-rasa lagi kesedapan ciken wing itu. Huhuhu.

Meleleh air liuq dah ni.

Terbaik!!

Ini je gambar makanan yang sempat amek. Yang lain-lain tak sempat amek dah masuk dalam perut. Hehehe. Nanti try la makan sini. Sume sedap-sedap. Mahal sikit je. Ala sekali sekala apa salahnya.

Lepas kenyang mengketedarah kitaorang balik semula ke town, lepak-lepak tepi laut je.


Deret ni sume club. Tapi aku tak sempat pergi. Sebab kami laki bini gila tido. Hahaha.
Diorang yang lain pergi la. Sempoi gila club diorg.
Datang pakai selipar, suar pendek cam baru balik dari laut. 

Group foto. 

Kul 11 malam balik semula ke apartment untuk tido dan rest secukupnya sebab esoknya nak kena bangun pagi. Nak pergi Kundasang. Yay!!

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..