Friday, March 4, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 5]

Hari kedua di Sabah. Untuk hari kedua ni kami memang dah plan nak ke KUNDASANG. Aku la yang beria sangat sebab tengok gambar orang macam best je kan. Kundasang ni jauhnya kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Sebelum pergi aku dah list kan tempat-tempat yang wajib pergi. Antaranya;

Mesilau Dairy Farm
Kundasang War Memorial
Kinabalu Park
Poring Hot Spring
Tagal Fish Spa
Sabah Tea

Alhamdulilah semua tempat yang aku list kan tu sempat pergi. Cuma tak boleh lama la kat satu tempat sebab masa singkat. Satu hari trip je ke Kundasang ni. Agak rushing jugak la. Sesiapa yang plan nak ke Kundasang ni kalau boleh tido la satu malam kat sana. Aku pun asalnya plan nak tido je kat sana semalam. Kat Kinabalu Pine Resort. Tapi memandangkan dapat rate Promenade Apartment tu murah, terus kensel tido kat Kundasang. Budget agak tight masa tu. Hehehe. Takpelah, maybe next time. 

Untuk part 5 kali ni aku ingat nak sumbat semua dalam satu entry je. Tapi gambar agak banyak. Tengok la macam mana. 

Ok, lets continue.

Kitaorang gerak agak lambat. Dalam kul 6 lebih macam tu sebab tunggu Datin Affa dan Dato' Azli bersiap. Punyalah beria dari malam nak gerak kul 5 konon. Laki aku lagi la poyo, nak gerak kul 4 pagi. *pengsan!!. Sebelum gerak, isi perut dulu kat kedai mamak bawah apartment kitaorg tu.



Gambar ngah breakfast pun mau letak ka?? Gedik!

Dah kenyang perut baru gerak. Jalan nak ke Kundasang ni senang je. Cari signboard menghala ke Tuaran. Lepas tu jalan terus je. Jalan pun ok. Takdelah teruk sangat macam jalan ke Cameroon. Cuma kalau dok belakang lori maka lambat la perjalanan korang. Huhuhu.

Sabar je la dok belakang lori ni. Haih.

Ok, sepanjang jalan nak ke Kundasang ni korang akan lalu beberapa tempat menarik. Salah satunya;



(sila click di atas untuk baca sejarah tentang Jambatan Tamparuli. baru aku tau Jambatan Tamparuli yang kitaorang pergi tu bukan yang asal. Yang asal dah ranap masa banjir tahun 1999. ini kiranya Jambatan Tamparuli yang baru la)

Itu dia Jambatan tamparuli yang baru.

Ok, jom naik!

Gambar gedix laki bini haruslah ada kan. ^_^

Group foto. Wajib! Tapi setiap kali group foto, mesti laki aku takde.
Sayang, lain kali kita tak payah bawa kamera. Biar diorang je amek gambar kita. :p

Ada pasar kat belakang tu. Tak tau la tiap-tiap hari ada atau kebetulan hari yang kami pergi tu ada.
Tapi, tak singgah pun sebab nak cepat.

Percubaan menari tarian lagu Jambatan Tamparuli. (gagal)


Ni dia tarian Jambatan Tamparuli yang betul. Hihihi


Selepas hampir 15 minit di sini, kami pun meneruskan perjalanan ke Kundasang. So far perjalanan berjalan lancar. Sebelum sampai ke pekan Kundasang tu sempat jugak berhenti tepi jalan untuk amek gambar. View kat sini cantik. Boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Tapi masa kitaorang singgah tu, kabus tebal. Tak nampak la Gunung Kinabalu nye. (masa balik view Gunung tu jelas sangat. tapi tak berhenti pun sebab hujan lebat). Tak tau la apa nama tempat ni. Tapi ada tulis kat situ tempat ni tempat paling tinggi kot sepanjang jalan ke Kundasang tu. Tah la, aku pun lupa.

Nice View! Malangnya tak nampak pulak Gunung Kinabalu.

Sejuk gila kat sini.


Group foto before left.


Lebih kurang 25 minit perjalanan dari sini kami pun sampai la di Kundasang. Singgah di Kinabalu Park dulu. Masuk sini bayar RM 3. Tapi tak ada apa pun. Untuk yang mendaki Gunung Kinabalu ok la kot. Kitaorang tak turun pun dari kereta. Naik kereta sampai ke atas. 

Map Gunung Kinabalu.

Sini pun sejuk jugak. Cakap boleh kuar asap dr mulut. Huhuhu


Laki aku jakun nak wat asap bentuk love. Hahaha



Tak lama pun ada kat sini. Boring la. Then kami teruskan perjalanan. Dalam beberapa minit sampai la kitaorang di Pekan Kundasang. Pekan tu sibuk dengan pembinaan jalan. Dan disebabkan pembinaan jalan tu, kami pun terlepas le Mesilau Dairy Farm & Kundasang War Memorial. Dari jalan besar tu kena belok kiri rupanya. Nampak je dereten bank (aku nampak Alliance Bank), kat belakang situ la War Memorial. Mesilau Dairy Farm atas bukit sket. 

Kat sini la kami terlepas jalan. Atas tu la Mesilau Dairy Farm

Semua gara-gara pembinaan jalan ni.


Alang-alang dah terlepas tu kitaorang teruskan je la perjalanan. Singgah petronas tanya orang-orang kat situ. Katanya Dairy Farm tu dah terlepas. Kalau nak pergi Hot Spring kena terus lagi. Nak tak nak kitaorang terus la pergi Hot Spring. Malas ah nak patah balik. Dari petronas tu adalah dalam 20 minit baru sampai ke Hot Spring.

PORING HOT SPRING

Itu dia signboard ke Poring Hot Spring. (nak dekat baru de signboard la)

Visitor Centre. Depan visitor centre ni ada kaunter. Bayaran RM 3 per head.

Ok, dah bayar baru leh masuk. Jom!


Kena berjalan kaki dalam 5 minit baru lah sampai di kawasan kolam air panas.


Ok, dah sampai di kawasan kolam air panas.


Kat kolam air panas ni ade kolam air sejuk dengan air panas. Tapi tak sempat nak amek gambar pun. Kitaorang decide untuk pergi ke Canopy Walk dulu & taman-taman lain yang ada kat dalam Poring Hot Spring, dah nak balik baru la mandi kat kolam air panas tu.

Ini kolam air sejuk. Pic credit to GODBLESZ.BLOGSPOT.COM


Ini pula kolam air panas. Pic credit to GODBLESZ.BLOGSPOT.COM
Dua-dua kolam ni free. Untuk public. 
Untuk Indoor punya kolam air panas, kena bayar. Not sure berapa hengget.



Nak pergi taman-taman lain kena naik atas sikit. Jom tengok apa yang ada kat dalam Poring Hot Spring nie;

Huhuhu. Macam-macam rupanya ada kat sini. Ingatkan kolam air panas semata-mata. ^_^

Malangnya kami sempat pergi Canopy Walk sahaja. Maklumlah masa tidak mengizinkan. Mulanya nak pergi sekali Kebun Kupu-Kupu tu sebab dekat je ngan Canopy Walk tapi laki aku cakap kebun kupu-kupu kat KL pun ade. Ye la ye la. (padahal dia takut ngan kupu-kupu sebenarnya). Air Terjun Kipungit & Gua Kelawar tu katanya ambil masa 30 minit baru sampai. (jalan kaki tau). Air Terjun Langanan pulak amek masa dekat dua (2) jam perjalanan hokey! Memang konpom tak pergi la.


CANOPY WALK

Dalam 5 minit berjalan kaki (sambil berenti amek-amek gambar) kitaorang pun sampai la kat pintu masuk Canopy Walk. Baru sampai kat entrance je tau. Belum sampai kat Canopy Walk tu lagi.

As u seen. Waktu buka 8.00 pagi - 4.00 petang.
Bayaran masuk RM 3.00

Ada orang gayat. Huhuhuhu.

Aku ingatkan masuk-masuk terus jumpa la Canopy Walk tu. Rupanya kena treking dalam 20 minit la baru sampai. Huhuhu. Penat woo. Naik bukit macam nak naik Gunung Ledang. Nasihat saya, kalau pergi bersama warga tua atau budak kecil tak payah la bawak diorang datang sini. Nanti menyesal nok.

Kepenatan.

Akhirnya sampai juga. Pic credit to : AFFA

Dah berpeluh-peluh tu baru la sampai ke Canopy Walk. Aku ingatkan apa la canopy walk ni. Rupanya jambatan gantung. Huh. patutlah dia kata kalau gayat jangan naik. Hihihi. Nasib baik aku tak gayat. -___-.

Nampak tak..nampak tak muka saya yang tak gayat tu. -____-


Ini contoh warga tua yang gayat. Fokus pada mamat pakai baju purple tu.

Canopy Walk ada 4 jambatan gantung. Kalau dah naik kena la habiskan empat-empat tu walaupun gayat. Nak patah balik memang jauh la. Kalau gayat jangan naik dari awal. Nanti menyesal. (-:

Dah tak gayat dah ^_^


Gambar kami laki bini takde :-(
Nampak tak tinggi jambatan gantung tu??

Dah puas bermain-main di Canopy Walk, kitaorang pun turun balik ke kolam air panas. Tapi time ni dah ramai orang. Kolam banyak dah penuh. Dah tu nak tadah air panas tu pun lambat. Dapat rendam-rendam kaki je. Dekat kul 2 kitaorang dah gerak. Nak pergi Sabah Tea & Tagal Fish Spa pulak. Then sebelum balik nak singgah Mesilau Dairy Farm & Kundasang War Memorial. Itu aku sambung next entry la yer.

Bai bai.

7 comments:

  1. Kedai mamak yg sama I pegi ! Muahahahahahahha :P

    ReplyDelete
  2. miss bride to be?? ell ke nie?? huhuhu

    ReplyDelete
  3. best nye ...i tgh plan nk gi this month...brape ek sewa keta kt kk tu klau nk drive sndiri gi kundasang..

    ReplyDelete
  4. anon - sewa kereta rm 88 sehari...hyundai matrix.. sewa dr hertz...

    ReplyDelete
  5. kalo dapat trip naik gunung kinabalu ni memang menariks giler~ huhu

    ReplyDelete
  6. murah ler klau 88 hengget je..sewa kete kt kk ke? jauh ke klau drve?mau p sna jgk ni

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...