Monday, March 7, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 6]

Ye ye aku tau. Dah boring ye hari-hari update pasal Trip To KK. Hehe. Bawak bersabar je la ye. Saya pun dah mula nak muntah ni. Nak pilih gambo lagi, edit sket-sket, nak karang ayat lagi. Korang ingat senang ke nak wat blog ni?? Dah..dah..jangan buang masa. Marilah kita bersama-sama merasai keriangan *atau mungkin kebosanan di Sabah melalui entry saya ini. ^_^.

Macam yang dijanjikan untuk part 6 ni aku hapdet pasal Sabah Tea Garden, Tagal Fish Spa, Mesilau Dairy Farm & Kundasang War Memorial. Kita mulakan dengan;


SABAH TEA GARDEN

Actually Sabah Tea Garden ni takde pun dalam tersenarai dalam list tempat yang aku beria nak pergi. Tapi, si Zam la beria nak pergi. Nak beli teh sabah katanya. Ala, teh sabah kat Carrefour pun de jual. Tapi takpelah, layankannnnn.

Itu dia Sabah Tea Garden

Welcome!!

Ladang teh. Kitaorang tak masuk pun. Beli souveneir & teh je.

Sedang menyibuk di dalam kedai.


Ni dia Video Promo Teh Sabah by Zam. (hehehehehe)






Dah selesai membeli kami pun blah. Bergegas nak ke Dairy Farm. Mula-mula ingatkan nak skip aje Tagal Fish Spa tu, sekali keluar je dari gate Sabah Tea Garden tu, ade signborad ke Tagal Fish Spa tu. Sekali Fish Spa tu kat sebelah je la. Dah alang-alang dekat tu, singgah je la kan. Cam rugi pulak kalau tak pergi.

Tu dia signboard ke Tagal Fish Spa.


TAGAL FISH SPA


Nak menyibuk juga bergambar di sini. Hehehe.

Bayaran masuk di sini RM 5 seorang untuk 15 minit (untuk rendam kaki je, kalau nak mandi RM10). Tapi masa kitaorang datang tu takde orang, so lama jugak la rendam kaki kat situ. Lebih setengah jam kot. Dari entrance kena jalan kaki sket ke sungai Tagal tu. Dekat je pun. 

Dah sampai!! Nampak tak..nampak tak ikan beso-beso tu.

Takut-takut mahu.

Ikan beso-beso nok!!! Tak main la fish spa ikan kecik-kecik tu. Hehehe. Mula-mula tu sume cam takut-takut gak nak masukkan kaki. Gila ko, ikan dia beso lengan aku. Ini kalau ade cagu kat kaki konpom boleh hilang. Huhuhu. Cuak jugak la dibuatnya. Tapi rugi la bayar RM 5 kalau tak spa kaki aku kan. Hehehe. Masukkan jugak la kaki. Terjerit-jerit kami sume. Geli-geli sket tapi best!! Tak dapat bayangkan kalau kitaorang mandi dalam sungai tu. Yang lelaki kalau mandi tak pakai baju konpom kena gigit puting. Hihihi. 




Best giler weh!!

Serius best. Must visit place kalau pergi Sabah. Rasa tak cukup je masa setengah jam tu. Tapi memandangkan kami pun rushing terpaksa la lupakan hasrat di hati. Dapat merasa pun jadi la. Lepas rendam kaki, rushing pulak ke Mesilau Dairy Farm. Perjalanan 20 minit dari Tagal Fish Spa.


MESILAU DAIRY FARM



Inilah dia Mesilau Dairy Farm. Ladang lembu. Best giler kat sini. (perasan tak dah berapa kali aku guna perkataan best gile ni). Banyak sangat lembu kat sini. Untungnya masa kami sampai kat sini, tengah waktu perahan susu. So dapat la tengok macam mana susu lembu diperah.

Oooo..camni rupanya susu lembu diperah. Ingatkan perah pakai tangan. Heheh

Nak jugak. ^_^

Lembu-lembu menunggu giliran untuk diperah susunya.

Merasa la jugak kami beli susu lembu fresh. Ini baru dikatakan SEGAR DARI LADANG.
Memang terbaik!!

Sebelum balik, haruslah bermain-main di sekitar ladang lembu tu. Kat sini sumpah sejuk gila! Kitaorang sampai kul 3.30 petang pun sejuk ya amat. Rasa macam kat New Zealand pulak. Dengan lembu-lembu berkeliaran dan bau lembu yang menusuk di kalbu. Hehehe. 

Kawasan persekitaran yang nyamannn.





Suami isteri yang bahagia di samping lambu-lambu ternakan mereka. ^_^

Jiran mereka.


Group foto before left.

Terpaksa gerak awal sebab cuaca dah mendung. Masa nak balik tu, kabus tebal gila sampai tak nampak apa dah. Tak lama lepas tu hujan pun turun. Tapi memang best la sini. Tak tau pulak kat Malaysia ada tempat macam ni. Tak payah pergi jauh-jauh nak rasa cuaca sejuk dan tengok lembu. (rasanya iklan susu Fernleaf dulu buat kat sini la ek?)

Lupa nak bagitau, bayaran masuk kat sini RM 3 per head. Waktu perahan susu jam 3.00 petang. Waktu tutup jam 5.00. Jadi, sesiapa plan nak pergi sini, boleh la bajet-bajet masa. 


(Click above to read more info about Kundasang War Memorial)

Actually, sebelum sampai ke Mesilau Dairy Farm tu korang akan jumpa Memorial War dulu. Tapi kitaorang nak kejarkan tengok lembu diperah susu, tu yang bergegas pergi sana dulu. Balik dari dairy farm tu barulah singgah sini. Tapi, masa ni hari dah hujan. Member-member lain sume pakat tak nak masuk. Aku?? Mestilah nak masuk. Alang-alang dah sampai masuk je la kan. Nak pegi lagi tak tau la bila pulak. Hujan pun hujan air je. Bukan hujan batu. Lagipun payung disediakan. Nak tak nak, ajak jugak laki aku masuk sama. So kami berdua je la yang masuk ke Kundasang War Memorial ni. Member lain semua tunggu dalam kereta. Bayaran masuk sini RM 2 hengget saja. Waktu tutup jam 5 petang. Masa aku sampai ni pun tggal lagi 15 minit nak tutup. Tapi dia still bagi masuk lagi.


Kat dalam War Memorial ni ada 4 garden. Actually tempat ni mcm tugu peringatan perang la. Tapi dia buat garden-garden yang cantik. Best jugak la. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam ni.



Australian Garden

Tolong jangan pijak saya, nanti saya mati. ^_^



English Garden


Borneo Garden




Top of Kundasang War Memorial.
Dari sini patutnya boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelasnya.
Malangnya masa ni hujan dah turun dengan lebatnya.
Nampak sayup-sayup je la. 

Lepas tu terus bergegas balik ke KK. Ni pun nak kena rushing jugak sebab takut jalan gelap. Maklumlah jalan tak biasa kan. So better gerak sebelum gelap. Hujan masa ni lebat gila. Sampai KK kat kul 7 jugak la. Terus gi makan dekat pasar belakang Pasar Filipine tu. 

Macam-macam jenis ikan ada.

Pilih, jangan tak pilih.


Kekenyangan.

Macam biasalah, gambar sebelum kenyang tak sempat amek. Sebab masing-masing kebulur. Belum sempat nak snap gambar, dah ngap dulu. Hehehehe. Lepas makan jalan-jalan kejap kat situ lepas tu balik semula ke apartment. 

Esok sambung part 7. Part 7 is last part for entry Trip To KK & Kundasang. About our trip to Pulau Manukan & Sapi. Tungguuu!!!



10 comments:

  1. comel gile yg "tolong jgn pijak saya nnti saya mati"
    haha

    ReplyDelete
  2. bestnyer... mummy pun ungat nak bw family jalan2 ke sabah hujung tahun... bolehla bg cadangan tmpt menarik yer...

    ReplyDelete
  3. boleh je...sabah memang best...now de tiket fireflyz murah lg..boleh la book

    ReplyDelete
  4. Ni kat KK. Cube p Tawau.. dkt ngn Sipadan. Lg best

    ReplyDelete
  5. apa jak la masran buat atas batu time group photo d mesilau tu...

    ReplyDelete
  6. i like ur black skirt! canteknye kundasang ek...tak penah lagi sampai kundasang..

    ReplyDelete
  7. mane part 7??
    hehe
    cr2 tara jumpaa..

    ReplyDelete
  8. pn cejun..mane part 7 xjumpe pong..eh sabah n kundasang tuh kalo p hanimun besh x..ke x seswai huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..