Tuesday, April 26, 2011

Alasan Terbaik Lambat Ke Tempat Kerja.

"Bos, saya lambat sikit hari ni. Kunci rumah saya tertinggal dalam kereta. Husband saya pulak pagi-pagi dah pergi kerja, dia kunci pintu. Saya dah terkurung dalam rumah. Tunggu bantuan datang".
Aku pernah terfikir nak gunakan alasan ni kalau lambat pergi kerja.

Malangnya hari ni betul-betul terjadi. Damm!!!! Cari-cari kunci dalam handbag, takde. Baru teringat semalam aku letak kat dashbord kereta je. Biasanya kalau balik kerja laki aku dah ade kat rumah. So tak payah la nak guna kunci bagai. Pagi-pagi pulak dia pergi kerja awal. Dah aku terkunci kat dalam ni. Jahanam sungguh!

Sekarang ni aku ngah tunggu Pakcik aku datang amekkan kunci rumah yang dalam kereta tu. Nasib baik park kereta tak jauh. Dan nasib baik juga sedara mara dok dekat-dekat je. Kalau tak, cuti kecemasan la aku jawabnya hari ni. 

Phewww. Pagi selasa yang sungguh celaka.

2 comments:

  1. laa siannyer..patutler tak nmpk minum tadi.. ;)

    ReplyDelete
  2. haha....lawak lah sis...tp ttap cool i likt this!!!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..