Tuesday, April 5, 2011

Dalam Bijak Ada Jugak Bodohnya.

Ada sorang adik aku ni. Dia ni memang pandai la dalam keluarga kitaorang. Dalam kelas sejak dari darjah satu sampai tingkatan 5, sentiasa dalam top 3 je. UPSR dia 5A, PMR 8A, SPM 10A. Pendek kata memang pandai la. Kepala dia pun agak besar kalau nak dibandingkan dengan kepala kitaorang. Kerana kepandaian dia tu, dapatlah dia melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Satu malam tu (beberapa hari sebelum dia berangkat ke UK), sibuk la dia mengemas-ngemaskan barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Beli bag bapak besar (sebut beso) gila vavi. Aku pun boleh muat dalam tu. Gigih la dia memenuhkan beg dia tu sume. Kena bajet-bajet sebab takut terlebih muatan pulak. Tak silap aku dia tak nak berat beg tu lebih 30kg. Nanti kena bayar lebih. 

Lepas dah penuh beg tu, dah siap zip sume, dengan bersusah payah dia pun angkat la beg tu bawak ke luar bilik nak timbang pakai penimbang badan yang diletakkan di ruang tamu. Ko bayangkan la beg seberat hampir 30 kg dia usung bawak keluar dari bilik ke ruang tamu. Dengan bersusah payah dan menggunakan segala kudrat yang ada. Kitaorang adik beradik lain memang tak amek port. Malas nak layan. 

Akhirnya berjaya jugak dia angkat beg tu keluar bilik. Sampai je kat ruang tamu, mak aku boleh sound la "apsal ko tak bawak je penimbang ni masuk bilik? kan senang. susah payah gi angkat beg berat-berat tu"

Hihihihi. Sekali kena sound ngan mak aku yang sekolah takat SPM je. Speechless aku dibuatnya. 

10 comments:

  1. hehehe....entry kau ni kak, buat aku gelak pg2... hilang segala ngantuk aku...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....sbb pandai sgt 2...

    ReplyDelete
  3. hahahah lawak tol...ada lagi 1 kisah yg sama macam ni..kokde gak la..tapi aku lupeee la plak...kalo tak, leh up skali ngn cite ni...

    HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  4. sumpah, adik ko yang ni memang sengal.

    *sorry mak, spm ari tu saya tiru je. haha

    ReplyDelete
  5. dah semangat sangat nak pergi UK tu.. praktis angkat sekali kot.haha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..